Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari lobi, aku berlari anak menghampiri Elena yang berdiri tidak jauh dari sini. Senyuman aku ukirkan padanya bila dia berpaling untuk memandangnya. Dia sedang merokok sambil bersandar pada dinding kereta miliknya, mungkin.
“Jadi, ada apa yang awak mahukan katakan pada saya?” Soal aku sebaik sahaja aku berdiri betul-betul sebelahnya.
Elena menarik satu tarikan yang dalam sebelum menghembuskan nafasnya menghasilkan satu kepulan asap yang tebal. Seterusnya dia membuang puntung rokok yang tersisa dan meludah beberapa kali.
“Masuk dalam kereta.”
“Uh?” Minda aku bertukar kosong dengan arahan spontannya itu. “Ada. .apa sebenarnya?”
“Bukankah sudah aku katakan tadi, aku mahu culik kau dari Jungkook. Jadi masuk ke dalam kereta sekarang.”
“Masuk?”
“Iyalah, habis itu kau mahu duduk di atas atapkah? Boleh sahaja, aku tak kisah.”
Aku tersengih panjang sambil membuat muka gedik. Beriak seperti budak kecil meminta gula-gula. Entah kenapa aku melakukan ini, aku cuma mahu membuatnya tertawa. Dan aku berjaya.
Dia tertawa kecil sebelum menepuk pipi aku dengan lembut. “Sekarang aku melihat sisi kau yang Jungkook sukakan itu.”
“Iya? Awak cakap apa?” Tanya aku kembali bila tidak seberapa jelas dengan apa yang dia gumamkan.
“Tak adalah, cepat masuk ke dalam kereta. Kita sudah terlambat.”
Aku tidak mempunyai pilihan lain selain menurut arahannya, memandangkan dia sudah merampas beg aku lantas dilempar masuk ke dalam kereta melalui tingkap yang terbuka. Aku memuncungkan mulut, bergerak masuk ke dalam kereta mewahnya. Setelah itu, Elena juga turut menerobos masuk ke dalam kereta. Kaca mata gelap dikenakan, lantas dia mula memandu kereta meluncur di jalan raya.
Aku hanya mendiamkan diri, memandang keluar sambil aku mendengar lagu-lagu barat yang diputarkan di radio. Acap kali aku terdengar dia bersenandung perlahan mengikut lagu. Alangkah bagusnya kalau aku juga dapat memahami bahasa-bahasa asing.
“Okay, kita sudah sampai. Turunlah.” Ujarnya, membuat lamunan aku sebentar tadi terputus.
Aku memandang ke luar, melihat gedung mewah yang megah berdiri sebelah aku. Dengan teragak-agak aku melangkah turun dari kereta. “Awak nak buat apa bawa saya ke mari?”
Elena meliarkan matanya ke kiri dan kanan, seperti mencari seseorang. “Sekejap, dia akan sampa— ah, itu dia!”
Mata aku besarkan untuk melihat ke arah yang ditunjuknya. Lantas aku berpaling be belakang, untuk mencari orang yang dia maksudkan. Pandangan aku jatuh pada dua orang lelaki yang sedang berjalan ke mari. Keduanya mewarnakan rambut mereka, merah. Salah satunya adalah Jeon Jungkook.
Dan, dia tampak sungguh kacak.
“Kerja aku dah selesai, bye have fun!” Elena terus berlalu pergi selepas menarik lengan Taehyung, meninggalkan aku dengan Jungkook.
Tidak sempat aku membantah atau apa, sekarang aku membatu di depan dia. Kenapa aku terlalu bengap untuk meneka ini semua?
Aku mendengar dia berdehem janggal sebelum mendekati aku sedikit. “Jadi, apa pendapat awak dengan warna rambut baru saya?”
Wajah diangkat, bibir dikemam, mencari-cari perkataan yang sesuai untuk balas. Cuma untuk apa dia bertanya tentang pendapat aku? “Errr. . .hebat?”
Jungkook tertawa halus, matanya mengecil. Kacaknya. “Hebat? Wah, satu jawapan yang buat saya terkelu. Awak suka bila saya warnakan rambut saya begini?”
“Saya. . .tak tahulah. Saya sukakannya, awak nampak lain sangat. Tapi saya juga suka penampilan awak yang sebelum ini, sebab nampak matang.”
“Awak memang pandang saya begitu?”
Aku mengeluh lemas. Dia buat aku lemas dalam renungannya itu, jantung aku menggila. “Memangnya kenapa juga awak ubah penampilan? Yang pentingnya lagi, kenapa awak bawa saya ke mari?”
“Ini adalah first date kita, jadi saya mahu kelihatan menarik di mata awak.”
Aku bulatkan mata. “First date? Apa itu?”
Jungkook tertawa lagi sebelum pipi aku dicubit lembut. “Maksudnya, hari ini adalah hari pertama kita keluar bersama selepas awak jadi baby saya.”
Aku terkelu lidah, tidak tahu hendak membalas apa. Pipi aku membahang panas sementara jemari aku tidak boleh berdiam. Ini panik bukan kerana takut atau apa, aku panik sebab aku terlupa bagaimana hendak bernafas.
“Baby pula maksudnya, awak adalah gadis istimewa buat saya. Mulai hari ini, awak adalah teman wanita saya.”
Bernafas Sung Kyung!
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...