Mata aku tidak pernah meninggalkan sesosok tubuh milik suami aku itu. Meneliti dia dengan baik, dalam diam. Apa yang dapat aku perhatikan, badannya ada sedikit menyusut. Wajahnya selalu sahaja aku lihat pucat tidak bermaya, dan pipi dia semakin cengkung. Entah apa cuma perasaan aku saja, atau memang benar Jungkook begitu?
Dia ada masalah ke? Kenapa dia tidak pernah bagitahu aku apa-apa? Kenapa dia pendam sampaikan beri kesan pada diri dia?
Disebabkan aku risau. Takut dengan keadaannya yang sebegitu rupa, namanya aku seru perlahan. Bila dia menoleh, aku menepuk bahagian sebelah aku di atas katil pesakit. Mengerti apa yang aku mahukan, langkah diatur mendekati aku lantas punggung dilabuh.
“Kenapa sayang? Awak perlukan apa-apa? Awak nak makan?” Tanya dia bertubi-tubi. Mendapat gelengan berterusan dari aku.
“Tak. Ia bukan berkaitan saya, tetapi awak. Jungkook, awak ada selindungkan apa-apa dari pengetahuan saya ke?” Mata aku pandang terus ke dalam anak matanya yang berwarna kecoklatan. Mengharapkan satu jawapan jujur darinya.
Untuk mengelak kejanggalan berlaku, dia tertawa kecil sambil menggosok-gosok atas kepala aku. “Apa sayang cakap ni? Saya tak faham. Saya tak ada selindungkan apa-apa dari awak, sayang.”
“Awak sakit ke?”
“Iya, memang saya sakit,” Balasnya segera yang langsung membuat aku terkaku. Mata aku sedikit membesar akibat terkejut. Namun tidak lama kemudian dia tertawa lalu mencuit hujung hidung aku. “Saya sakit bila tengok awak sakit. Makanya cepat-cepat sihat, supaya cepat keluar dari sini. Awak yang buat saya risau setiap masa, tahu.”
“Jungkook,” Hujung jari kelingking aku talakan padanya. Ingin membuat perjanjian bersamanya. “Janji dengan saya, yang awak tak akan selindungkan apa-apa dari saya. Iya?”
Agak lama dia berdiam, membiarkan jari aku hanya terangkat ke udara tanpa dia ingin mengait jari turut sama. Dia terkaku beberapa saat sebelum tersenyum nipis sahaja. Jarinya dipautkan bersama jari aku. Mata dia pandang tepat ke dalam mata aku.
“Saya berjanji, sayang.”
Harap awak tidak memungkiri janji, Jeon Jungkook.
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanficETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...