Bab 18

357 53 1
                                    

Jari manisnya dihulurkan pada aku bertujuan untuk mengikat janji. Aku perhatikan dia dari rambut, dahi, mata, hidung, bibir dan seluruh wajahnya. Ah, aku pasti akan merindukan ciptaan Tuhan yang indah ini. Terutama senyumannya dan kebaikkannya pada aku, dan juga tahi lalat kecil di bawah bibirnya itu. Comel.

“Janji dengan saya Sung, awak akan terima apa sahaja yang berlaku antara kita berdua nanti. Awak kena terima saya, dan awak tak boleh menolak lagi.”

Aku tertawa halus. “Yakin betul awak yang kita berdua akan berjumpa lagi ya?”

“Sebab takdir tak pernah lagi kecewakan saya setakat ini. Dia yang bawa awak pada saya, dan saya yakin dia akan lakukannya sekali lagi.” Ujarnya dengan bersungguh-sungguh sebelum tersenyum manis mempamerkan barisan giginya yang cantik.

Jari manis aku pautkan dengan jarinya. “Baiklah kalau begitu, saya janji.”

Kami berdua tersengih janggal sebelum melepaskan pautan jari. Dia menggaru belakang lehernya sebelum berdehem kecil, sementara aku pula macam mahu seret muka ini di atas jalan tar. Aku tak boleh berhenti dari berasa malu bila berhadapan dengannya.

Uhm, Sung?”

Aku angkat muka sedikit melihatnya, dan sekelip mata hujung hidung aku dikucupnya sekilas. Pantas. Mata aku jadinya tidak berkedip akibat terkejut. A-apa yang dia lakukan tadi?

“Selamat tinggal buat sekarang, sampai jumpa awak nanti.”

Aku hanya diam, memerhatikan belakang badannya yang semakin menjauh bila dia mula membuka langkah pergi. Hujung hidung aku sentuh sambil aku tertawa kecil. Entah kenapa hati aku rasa berbunga-bunga dan gembira yang amat. Jauh dalam sudut hati aku, aku berharap yang keyakinan dia menjadi kenyataan. Sebab jujur, aku juga mula sukakan dia.

Siapa sahaja akan merasakan hal yang sama seperti aku, tahu. Dia lelaki yang baik.

“Semoga kita berjumpa lagi, Jeon Jungkook.” Aku tersenyum malu, bila membayangkan wajah kacaknya semula. Oh, apakah perasaan ini?!

Aku melompat kecil tanda gembira sehingga tidak sedar ada seseorang memandang aku dari kejauhan. Aku menggigit bibir sebelum berlari anak menerpa ke arahnya lalu memeluk dia seeratnya.

Ehmm Hyojung, aku rindukan kau!”

“Rindu tahi kau! Aku cari kau macam orang hilang anak tahu tak?! Kau baru munculkan diri kau sekarang?! Bertuah betul!”

Aku tersengih serupa kerang wangi selepas meleraikan pelukan. Lengannya aku paut manja, sambil melentokkan kepala pada bahunya. Aku tahu, dia cuma risaukan aku sahaja. Memang hanya dia sahaja yang selalu cari aku, selalu ada untuk aku. Dia umpama kakak, juga umpama ibu kedua buat aku meskipun umurnya cuma beza tiga tahun dengan aku.

“Minta maaflah sebab buat kau risau, tapi aku di sini sekarang. Aku tak apa-apapun, heee. .”

“Apa yang jadi sebenarnya, ha? Kau ke mana sebenarnya?”

“Aku ceritakan nanti okay? Tapi sekarang, boleh tak temankan aku balik rumah sewa untuk barang-barang aku?”

“Kau nak pindah pergi mana?” Dia besarkan mata tengok aku. Melihatnya aku terus tergelak kecil.

“Boleh tak kalau aku nak tumpang rumah kau sementara?” Mata aku bulatkan dan beriak manja. Berharap dia akan termakan pujukkan aku, tetapi hampa lagi. Dia menunjal kepala aku lalu terus sahaja dia membuka langkah pergi meninggalkan aku.

Aku memuncungkan mulut. “Alah, Jung kejam.”

“Boleh memang boleh, tapi kau tidur di kaki lima!”

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now