Bab 45

271 46 0
                                    

Aku berdiri tidak jauh dari Jungkook yang membuat perjanjian sewa rumah dengan pemilik perumahan flat kecil ini. Mengikut seperti yang diarahkan, kami keluar dari apartmen Jungkook yang sebelum ini, dan sekarang kami berdua mengheret bagasi-bagasi pakaian kami berjalan ke sana sini semata-mata untuk mencari rumah sewa yang lain.

Dan mujurlah ada. Dari pagi tadi kami berjalan sampai petang, penatnya itu bukan kepalang lagi. Mungkin aku tidak seberapa penat, tapi aku risaukan Jungkook. Dia yang mengangkat barang, dia juga yang sibuk ke sana sini mencari rumah untuk disewa. Melihat wajahnya yang sedikit layu itu, membuat aku yang merasakan sakit dan letihnya.

Hey baby, jom masuk dalam. Saya dah selesaikan apa yang patut, dan mulai hari ini kita berdua akan mulakan hidup di sini.” Jungkook tayangkan kunci rumah di depan aku sambil tersenyum lebar. Aku hanya menganggukkan kepala, memberikan dia ruang untuk membuka pintu.

Sebaik sahaja daun pintu terbuka, Jungkook dan aku sama-sama masuk ke dalam. Rumah ini memang tidak semewah apartmen yang sebelumnya, kecil sahaja dan kawasannya terhad. Tapi sejujurnya aku tidak kisah langsung. Bukan aku tidak pernah tinggal di rumah begini, malah lebih kurang juga dengan rumah sewa aku yang sebelum ini.

Aku hanya fikirkan tentang Jungkook sahaja sekarang ini, dia mampukah bertahan di tempat begini?

Baby, sekarang saya tak berapa mampu untuk berikan awak hidup yang mewah. Tapi saya akan berusaha untuk kita berdua. Saya harap awak tak kisah kalau kita tinggal di sini dulu.” Ujarnya sambil berjalan ke mari selepas memerika dapur dan bilik tidur kami.

Aku hanya mampu membantu menyenangkan hatinya dengan tersenyum sahaja buat masa sekarang ini. Sebab aku tahu dia juga serabut. Aku tidak mahu menambah kekusutannya, dan membuatnya berasa terbeban.

“Saya tak kisah, Jungkook. Malahan saya risaukan awak, tahu? Awak okay dengan semua ini?”

“Saya okay.” Balasnya bersama senyuman nipis. Dia menipu lagi, wajahnya mengatakan yang sebaliknya.

Aku menghela nafas perlahan, sebelum menghampirinya. Aku menjengketkan hujung kaki bagi menyamakan ketinggian kami lalu aku mengurut perlahan bahunya.

“Lusa saya dah mula masuk kerja semula di minimarket tu, saya akan bantu awak. Kita sama-sama bina kehidupan kita selepas ini. Susah senang kita bersama. Awak bersedia?”

Dia memaut pinggang aku lalu menghadiahkan sebuah ciuman hangat di dahi aku. “Yang penting, saya ada awak. Awak adalah punca kekuatan saya.”

Aku tersenyum manis. Bawah bibirnya yang tertempel tahi lalat kecil itu, aku kucup sekilas. “Awak berehatlah dahulu, mesti awak penat kan? Saya kemaskan apa yang patut, lepastu kita turun bawah beli makanan untuk makan malam nanti. Okay suami?”

Jungkook tertawa kecil, menganggukkan kepalanya laju. Dia mengheret kakinya ke bahagian ruang tamu lalu terus merebahkan tubuhnya ke lantai. Terbongkang macam kena landa ribut. Aku hanya mampu tertawa melihatnya.

Huh. . .ini baru dugaan pertama. Tidak tahu apa lagi yang akan datang selepas ini. Ya Tuhan, berikan kekuatan untuk kami berdua.

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now