Tisu aku tarik lagi, mengelap airmata dengan cecair yang mengalir dari hidung. Tersedu sedan aku menangis sampai mata aku terasa mengecil, dan sembab. Ia cuma terlalu menyentuh perasaan sehingga aku tidak dapat menghentikan tangisan meskipun sudah setengah jam aku menangis. Bibir aku menggeletar sementara hidung aku tersumbat.
Hati aku berasa sayu dan sedih.
Kenapa ia terlalu sedih??
"Sayang?"
"Hmm. ." Aku angkat muka untuk pandang Jungkook yang baru masuk ke dalam bilik. Beg tangan dia letakkan atas meja, lalu secepatnya dia memanjat naik ke atas tilam. Menghampiri aku.
Kedua tangan dia dilekapkan pada pipi aku, mengusap sisa airmata dengan ibu jarinya. Matanya melihat ke dalam mata aku. "Sayang. . .hey, kenapa menangis ni hm? Awak sakit ke? Atau ada apa-apa yang berlaku?"
Hidung aku kerucutkan menahan rasa sebak, sesekali aku menarik naik cecair dalam hidung aku. Kepala aku geleng lemah sebab rasa pening bila menangis untuk satu masa yang agak lama.
"Jadi, ada apa sayang? Kenapa pula awak menangis teruk begini?"
"S-sedih. ."
"Sedih, sedih kenapa?"
Badan Jungkook aku tolak sedikit, pipi aku lap dengan belakang tangan. Lalu telefon bimbit aku ambil untuk menunjukkan Jungkook sesuatu. Video memilukan hati yang aku tonton semenjak tadi. Sumpah, semua sedih dan aku terharu dengan melihat itu semua. Lagi-lagi dengan emosi aku yang tidak stabil ini.
"Ini, saya tonton video ni," Video seorang wanita yang sedang berusaha untuk bersalin, yang setia ditemani oleh suaminya. Katakanlah, bagaimana ia tidak akan menjadi sedih lagi-lagi bila mereka suami isteri menangis bersama semasa menimang bayi mereka. "Sedih sangat. . ."
Jungkook menyambut telefon aku, lalu mula memainkan video. Tidak lama selepas itu dia tertawa halus, menghentikan video lantas memandang aku dengan senyumannya yang lebar.
"Ya Tuhan, sayang. . . Saya mati-mati risaukan awak, rupanya awak menangis gara-gara menonton video sahaja? Awak buat saya takut."
"Tak adalah, cuma video sedih sangat. Suami dia tu, tak pernah tinggalkan saat-saat isteri dia menahan sakit sebab mahu melahirkan bayi mereka. Lepastu kan, bila bayi mereka dah lahir, pasangan suami isteri tu menangis sambil timang bayi kecil mereka. Sedih tahu." Ujar aku sebelum menangis lagi. Ah, aku tidak boleh berhenti menangis bila mengingatkan ia lagi, dan lagi.
"Aw. . ." Jungkook picit hujung hidung aku perlahan sebelum menarik badan aku ke dalam pelukannya. Dahi aku dicium. "Kenapalah isteri saya ni comel sangat hm, sayang? Tidak pernah dalam sehari saya tak jatuh cinta pada awak. Saya terjatuh, lagi dan lagi, setiap hari."
Aku membalas pelukannya, sambil menenangkan perasaan di dadanya yang hangat, suam, selesa. "Awak akan temankan saya juga, kan? Waktu saya lalui saat-saat sakit berjuang untuk lahirkan bayi kita. Kan?"
"Saya akan berada di sisi awak sentiasa, sayang." Balas Jungkook sambil kemaskan pelukan.
"Awak janji?"
"Saya janji."
Aku senyum nipis, bibirnya aku kucup sekilas. Lalu wajah aku sembamkan semula pada dadanya. Mendengar degupan jantungnya yang laju.
*****
payah melawan writer's block dan dan aku rasa ff ni mcm makin noob en? haihhhhh mesti anda bosan membacanya kan?
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...