Hari kelima.
Iya, hari ini sudah masuk hari kelima dimana, lelaki bernama Jeon Jungkook itu selalu sahaja memunculkan dirinya di depan aku. Sewaktu hendak pergi kerja, mesti ada dia sudah sedia menunggu di depan pagar supaya dia dapat berjalan bersama dengan aku. Bila tamat waktu kerja juga begitu, sudah ada menunggu di belakang lobi pekerja.
Aku suka diperlakukan sebegitu, seolah-olah dia sememangnya serius mahu mengenali aku dengan lebih rapat lagi. Namun dalam masa yang sama, aku berasa ragu-ragu.
Tidak mungkin dia suka pada aku, cuma apa yang dilihatnya pada aku?
Aku mengeluh halus menghilangkan segala tanggapan negatif aku terhadapnya. Jika benarlah dia berniat yang bukan-bukan pada aku, mengapa dia membantu aku dahulu kan?
“Hey, fikir apa itu haa?” Sapa seseorang selepas meletakkan setin 7up di meja kaunter.
Aku mengangkat wajah seraya berdiri untuk melayan pembeli. Melihatnya, senyuman aku lantas melebar ke telinga. “Elena? Gembira dapat jumpa awak lagi. Tak ada apa-apa pun, cuma fikir pasal kerja.”
“Iyalah itu pasal kerja, tapi tersengih-sengih. Dari jauh lagi sudah nampak gigi. Mesti fikir pasal Jungkook gigi arnab tu, kan?”
Aku tersedak air liur mendengarnya. Pantas aku menggelengkan kepala menidakkan pernyataannya itu. Tapi aku pasti dia dapat mengesan penipuan aku, sebab pipi aku betul-betul panas sekarang ini.
“M-mana ada, serius,” Aku menundukkan wajah, dan berpura-pura mengscan minuman yang dibelinya. “Awak beli ini sahaja?”
“Oh, berikan juga sekotak Lamborghini Ice Tornado itu.” Balasnya dengan dialek baratnya yang sedikit pekat sambil menunding jari ke arah rak rokok di belakang aku.
Dahi aku kerutkan memandangnya selepas mengambil rokok yang dimaksudkannya. “Awak merokok, El?”
Dia menganggukkan kepalanya dengan selamba. Sejumlah wang dihulurkan pada aku. “Kenapa? Memangnya aneh kalau perempuan merokok?”
Aku tersengih kekok, kepala aku gelengkan. Aku bukan mahu membuatnya berkecil hati, aku hanya terkejut sahaja mendapat tahu yang dia seorang perokok. “Tak tak, bukan itu maksud saya. Saya minta maaf.”
“Tak mengapa, aku sudah biasa dengan reaksi itu. Oh ya, jam berapa kau habis kerja?”
Aku mengerling jam digital yang terletak di atas meja. “Dua puluh minit lagi, kenapa?”
“Baik, aku tunggu kau di luar. Aku nak culik kau dari Jungkook.”
Aku hanya tertawa halus dengan itu.
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanficETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...