Semenjak tadi aku hanya menundukkan pandangan ke lantai mengelak dari melihat wajah-wajah orang yang lalu. Tangan aku menggenggam hujung baju bila gementar aku rasakan semakin menggila. Cuma apa sahaja yang mereka bualkan, begitu lama?
Aku bukannya berfikiran apapun, tetapi aku takut berlama-lama di luar sini. Pandangan orang-orang yang melihat aku sangat aneh. Ada yang tersengih, ada yang memandang aku atas ke bawah. Aku jadinya takut dan berdebar.
Disebabkan aku berasa demikian, aku pejamkan mata sambil mengetap bibir. Dalam fikiran aku membuat kira-kira bagi menghilangkan rasa gentar ini. Nanti tidak pasal panik aku menyerang pula.
Tiba-tiba tangan aku dipegang oleh seseorang yang membuat aku tersentak kaget. Sepantas yang termampu aku menepis tangannya, dan aku mendongak melihatnya. Aku menelan liur yang terasa berbatu pada tekak melihat seorang lelaki yang agak berumur berdiri di hadapan aku bersama senyuman sengetnya.
“J-jangan sentuh saya.” Tegas aku. Semakin mengundurkan diri ke belakang.
“Kalau tak boleh sentuh, macam mana nak proceed? Ah, saya faham. Awak malu eh, tak apa kita masuk dalam okay?” Ujarnya dengan sengihan yang semakin melebar.
“J-jangan dekat.” Aku pejamkan mata bila belakang badan aku sudah melekap di dinding. Muka aku tekup dengan telapak tangan. Jantung aku berdebar hebat sampai terasa di setiap saraf denyutannya itu.
“She's mine.”
Satu ayat asing kedengaran sebelum bahu aku dipeluk oleh seseorang. Aku tahu suara itu, milik Jeon Jungkook. Jadi aku menghela nafas lega sebelum mencengkam fabrik baju belakang badan Jungkook tanda mencari perlindungan darinya.
“Jom, Sung.” Mengabaikan lelaki tua tadi, Jungkook terus bawa aku keluar dari tempat ini dengan cara dia yang masih memeluk bahu aku. Seolah-olah ingin melindungi aku sepenuhnya di dalam pelukannya.
“Saya tak akan tinggalkan awak sendiri lagi, tak akan. Susah betul, baru saja tinggalkan beberapa minit banyak sudah yang datang ganggu awak.”
Aku muncungkan mulut. Mengejeknya. “Jadi awak nak berkepit terus dengan saya ha? Ke mana-mana pun awak nak ikut?”
“Tentu sekali. Tiap saat, tiap waktu, saya nak awak ada di sisi saya. Sebab selepas ini, tak ada alasan lagi kerana awak sudah menjadi isteri saya. Jadi, saya memang akan berkepit dengan awak dua puluh empat jam.”
Dia menyengih menayang gigi arnabnya. Rasa macam mahu cabut sahaja giginya itu. Geram!
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...