“Saya minta maaf.”
Sebaris ayat yang meluncur keluar dari celahan mulut Jungkook selepas begitu lama dia diam, enggan bercakap dengan aku. Dari semenjak kedatangan lelaki formal itu, dia banyak berdiam selepas dia bergaduh dengan dirinya sendiri. Kali pertama aku melihat dia melepaskan amarahnya, kali pertama aku mendengar dia mencarut, dan kali pertama aku menyaksikan Jungkook di luar kawalannya.
Dan aku dapat tahu, itu semua kerana Mummy, ibu Jungkook sendiri.
Aku yang semenjak tadi hanya memerhatikan Jungkook dari kejauhan, mengambil sedikit keberanian untuk mendekatinya. Pada awalnya, aku pelik kenapa Jungkook tiba-tiba selongkar almari dan keluarkan pakaian aku dan pakaiannya sekaligus. Lama-kelamaan, sepertinya aku dapat meneka apa yang berlaku.
Aku genggam tangannya yang menggeletar, dan bawa ke riba aku. “Apa yang berlaku, hm? Apa yang ibu awak katakan sehingga awak hilang kawalan begini?”
“D-Dia,” Jungkook menarik nafas dalam sambil memejamkan matanya. Mendengar bunyi nafasnya yang tidak teratur, seakan-akan perkara yang berlaku itu juga sangat berat buatnya. “Dia tarik segalanya. Rumah, kereta, dia bekukan akaun bank dan segala yang melibatkan nama Jeon Jungkook. Kita kena keluar dari rumah ni, dalam tempoh 24 jam. Dia betul-betul melampau.”
Aku tersenyum lemah sambil mengusap lembut belakang tangannya. “Awak bersabar iya? Tak baik cakap begitu pada Mummy awak. Walau macam mana sekalipun, dia tetap ibu awak orang telah melahirkan awak. Awak tak boleh bencikan dia, Jungkook.”
“Dia memang sengaja susahkan hidup kita, dia memang merancang semua ini.”
Aku hanya mampu senyum nipis dan diam, kerana aku tahu ini semua sebenarnya berpunca dari aku. Aku yakin itu. Ibu Jungkook mesti buat semua itu semata-mata ingin membuka mata Jungkook yang aku ini hanyalah mendatangkan kesusahan buat dirinya.
Dan sememangnya aku begitu.
Hanya membawa susah pada Jungkook.
Aku mengesot mendekati Jungkook, sebelum mendakap tubuhnya. Muka aku sembamkan pada bahunya apabila sebak tiba-tiba menguasai diri.
“Saya yang sepatutnya minta maaf pada awak, Jungkook. Sebab saya semua ini terjadi. Saya cuma bawa malang pada awak. Perkahwinan ini tidak membawa kebahagiaan untuk awak hanya penderitaan.”
Dia membalas pelukan sambil menepuk belakang badan aku dengan lembut. Bertujuan untuk menenangkan aku.
“Sebuah perkahwinan bukannya penamat bagi cerita yang hanya dipenuhi dengan kebahagiaan, sebaliknya adalah titik permulaan untuk satu perjalanan yang dipenuhi dengan pelbagai dugaan. Yang penting kita bersama, saya okay.”
Tipu, dia tidak okay langsung, aku tahu.
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...