Aku mendekati salah satu pelanggan lelaki yang sedari tadi menggamit aku dari kejauhan. Barangan yang perlu disusun aku simpan semula ke dalam troli, kerana pelanggan adalah utama. Aku kemaskan pakaian semasa berjalan ke arahnya, senyuman manis aku tempelkan pada muka.
“Iya, ada apa encik?” Tanya aku dengan ramah.
Matanya tajam memandang aku atas ke bawah sebelum satu senyuman sumbing terukir di bibirnya. Melihatkan itu, senyuman aku menjadi kekok, tengkuk aku meremang semacam.
“Tolong ambilkan itu,” Dia menundingkan jarinya pada susunan bedak bayi yang berada di rak tingkat ke empat. “Saya tak dapat capai.”
Aku memandang dia dan rak itu bersilih ganti. Sebab apa? Sebab menurut pandangan aku, lelaki ini cukup tinggi untuk mencapai botol bedak itu. Hanya berbeza beberapa inci sahaja, kalau berjengket mungkin sampai. Dia suruh aku pula yang mengambilnya, sedangkan aku jauh lebih rendah.
Pelik.
“Ah, sebentar encik saya panggilkan pekerja yang lain sebab saya pun tak sampai ni.” Ujar aku dengan ramah sambil tersengih janggal.
“Tak, saya mahu awak yang ambilkannya buat saya. Berusaha, untuk melayan pelanggan awak.”
“Errr. . .” Aku menggaru pipi yang tidak gatal. Dengan keterpaksaan aku pusing menghadap rak tersebut. Kaki aku jengketkan sehabis yang mungkin untuk mencapai sebotol bedak, dan aku berjaya mendapat satu. “Ini di—”
“Bukan yang itu, yang di sebelahnya lagi.” Dia mencelah segera sebelum sempat aku berkata apa-apa.
Aku ternganga, memandang kosong ke arah rak tadi semula. Keluhan halus aku lepaskan sebelum melakukan hal yang sama seperti tadi. Berusaha untuk meletakkan botol yang salah, dan mencapai botol yang lain.
“Yang mana satu iya, encik?”
Tidak menjawab pertanyaan aku, sebaliknya dia sudah berdiri dekat di belakang aku. Tubuh aku menjadi kaku serta merta. Nafasnya kuat menampar belakang telinga aku.
“Yang itu. . .sebelahnya.” Bisiknya halus, belakang badan aku bertemu dengan badannya.
Tangan aku menggeletar, sebaik nafas aku menjadi tidak teratur. “Y-Yang botol merah jambu ke, e-encik?”
Dia tertawa kecil sebelum mengundurkan dirinya. Akhirnya aku dapat bernafas lega. Mujurlah aku berpegang pada peraturan pekerja, kalau tidak mungkin mukanya sudah aku siku tadi.
“Iya, tapi saya nak yang botol besar itu.”
Aku memejamkan mata menahan rasa geram. Aku beralih ke kanan sedikit untuk mencapainya, namun ada tangan lain sudah mencapainya terlebih dahulu sebelum aku. Terasa terdapat satu fabrik jaket labuh disangkut di belakang bahu aku.
Aku menoleh sedikit ke belakang, melihat Jimin di situ. Aku terdiam.
“Ini dia encik, bedak yang encik mahukan. Ada apa-apa lagi yang encik mahukan? Saya boleh tolong ambilkan. Mungkin encik juga berminat untuk merenung punggung saya pula, kan?” Kata Jimin sebelum tersenyum lebar.
Pelanggan lelaki tadi mendengus perlahan sebelum berlalu meninggalkan aku dengan Jimin.
Apa. . .yang berlaku sebenarnya?
Jimin berpaling menghadap aku lalu dahi aku dijentiknya. “Auh, kenapalah kau bengap betul ni.”
Aku mengusap dahi aku yang berbekas jentikan sambil mencebirkan bibir. “Apa. .ada apa juga ni?”
“Kau tahukah, orang tua miang tu sengaja suruh kau ambil barang di tempat tinggi supaya dia boleh tengok kau punya pung— Ah, kau faham juga kan?”
Aku menundukkan wajah sedikit. Tangan aku menyentuh jaket yang bergantung di bahu aku. Kenapalah aku lembab betul? “Terima kasih, Jimin.”
“Kita kawan kan, itulah gunanya aku,” Dia tersenyum lebar sambil mencuit pipi aku. “Sudah, sambung kerja. Kalau ada lagi pelanggan miang begitu, bagitahu aku. Ataupun bagitahu suami kau, biar dia pergi hempuk orang-orang gatal begitu.”
Aku hanya mampu tertawa mendengar nasihat berbaur lawaknya itu. Sebaik sahaja aku berpaling ke tepi, aku melihat Jungkook di depan pintu stor sedang mencerlung aku tajam. Aku ukirkan senyuman manis dan berniat ingin menyapanya.
“Jung—” Dia berpaling pergi. “Kook?”
Wajahnya tegang.
Ada apa?
*****
target nak tamatkan dlm bulan ini soooooo wish me luck ! ❤
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...