Bab 84

164 20 1
                                    

“Kita terpaksa melakukan pembedahan caesar awal. Bila sahaja kandungan Sung sudah mencecah tujuh bulan. Makin lama keadaan dia semakin membahayakan kandungan. Semua ini demi keselamatan anak kamu.”

“Benar Jungkook, apa yang berlaku padanya semalam mungkin akan berulang lagi. Tiada pengaliran oksigen yang mencukupi di dalam badannya. Cuba kamu bayangkan kalau ia terus jejaskan bayi dalam kandungannya?”

“Tapi besar juga risikonya buat Sung Kyung nanti, kan?”

“Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk mereka berdua, Jungkook. Ayah juga tidak mahu apa-apa berlaku pada cucu dan menantu ayah.”

 
 
 

Jungkook?

Perlahan aku membuka tirai mata selepas menghela nafas lesu, perbualan demi perbualan yang tertangkap di indera pendengaran aku antara Jungkook dan ayahnya menyedarkan aku dari lena sepenuhnya. Pada awalnya ia sedikit samar-samar, tetapi aku ada mendengar sesuatu berkaitan dengan kandungan aku. Ia cukup menarik perhatian aku untuk bertanya lebih lanjut.

Apa yang berlaku, mengapa ayah mengatakan yang bayi aku berada di dalam keadaan yang bahaya?

Jadi sebaik aku mencelik sepenuhnya, mata aku langsung mencari Jungkook. Dia ada berdiri jauh beberapa meter dari katil bersama ayah dan seorang doktor wanita. Aku menarik hembus nafas beberapa kali lagi, lalu aku sedar ada sesuatu alat yang terkatup di mulut dan hidung aku, menyukarkan aku untuk bersuara. Tekad ingin memanggil Jungkook, tangan aku naik untuk menarik objek tadi ke bawah supaya memudahkan aku untuk bercakap.

Seraya itu, nafas aku menjadi tersekat-sekat. Mata terpejam sesaat, dan aku cuba untuk menggagahkan diri. “J-Jungkook. .”

Dan syukurlah, aku tidak perlu untuk mengulang seru namanya lagi kerana dia terus menoleh ke arah aku sebaik sahaja terdengar suara sayup aku. Jungkook dengan pantas menghampiri dengan mata yang terbuka luas, seakan terkejut dengan diri aku yang sudah tersedar di sini.

“Sayang, kenapa buka alat ini? Awak tak sepatutnya buat begitu, awak masih memerlukan alat bantuan ni.” Tanyanya yang lebih kepada satu teguran. Laju sahaja tangannya ingin menekup semula objek itu ke mulut aku, namun aku tahan tangannya.

Kepala aku gelengkan, bersama bibir yang terketap. Aku akan cuba untuk tidak menangis dan lemah. “J-Jungkook, tadi saya terdengar perbualan awak tentang baby kita. K-kenapa, ada apa yang berlaku?”

Jungkook cuba untuk beriak tenang sambil menyimpul senyuman kecil di bibirnya. Tangannya berusaha bagi melawan mahu meneruskan niatnya yang hendak menekup aku dengan objek pernafasan ini semula.

“Tak ada apa-apa, sayang. Baby kita okay, jangan risau iya? Jangan bebankan fikiran awak dengan berfikir yang bukan-bukan, nanti keadaan awak merundum. Saya akan pastikan tiada apa yang berlaku pada awak dan baby kita.”

Aku tolak lagi tangannya, menolak turun semula objek tersebut bila aku masih lagi mahu berbicara. Abaikan sahaja diriku yang seakan kekurangan udara, hal yang berkait kandungan aku adalah lebih utama. “S-saya dengar ayah bercakap sesuatu tentang pembedahan, demi keselamatan baby. A-apa itu? Ia sesuatu yang serius?”

“Tak ada, sayang. . . Tolonglah jangan tanyakan tentangnya.” Elak Jungkook lagi, seolah-olah dia tidak mahu aku tahu tentang apa sahaja perbualan mereka tadi. Padahal aku mendengarnya, dan aku faham sedikit isi dialog mereka.

Anak aku akan berada dalam keadaan bahaya jika aku tidak dibedah, tetapi Jungkook enggan kerana risikonya besar buat aku.

Jungkook sebenarnya dilema hendak membuat keputusan di antara aku ataupun anak kami.

Aku tahan tangisan di saat mata aku sudah mulai berkaca. Dada aku semakin pantas naik turun mengejar nafas yang semakin kehabisan. “Saya merayu, Jungkook. Lakukan apa sahaja agar baby selamat lahir ke dunia. S-saya sanggup terima semua risikonya asalkan dia selamat. B-boleh ya, Jungkook?”

Jungkook memejamkan mata seketika, wajahnya yang agak memerah tertunduk sedikit. Nafas yang dihelanya kedengaran berat dan sarat dengan bebanan fikiran. “Sayang, pakai alat ni semula. Saya merayu. . .”

Sewaktu titisan air mata aku yang pertama jatuh ke pipi, tangannya aku lepaskan membiarkan dia menekup mulut dan hidung aku dengan objek itu semula. Mata aku tidak pernah meninggalkan anak matanya yang sudah kelihatan berurat merah, meskipun dia tidak membalas pandangan aku.

Kedua belah pipi aku tekup dengan tangan, memaksa dia untuk memandang aku. Di saat itu, aku sedar yang dia sedang menangis. Bibirnya bergemetaran sementara air mata berjujuran jatuh di pipi. Mengundang rasa sebak aku yang terdalam.

“Jungkook, janji dengan saya yang awak akan terima apa sahaja demi anak kita, iya? Saya mahu baby selamat meskipun risikonya adalah nyawa saya sekalipun. Janji dengan saya, Jungkook. . .”

Dan akhirnya dia mengangguk, dalam esak tangisan.

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now