Aku melabuhkan punggung ke atas sebuah kotak kayu, mata aku memerhatikan setiap pergerakan Jungkook yang sedang memunggah barang dari lori ke dalam stor. Masa kerja aku sudah tamat setengah jam yang lalu, sekarang aku menunggu dia habiskan kerja-kerjanya pula. Dia katakan yang dia baik-baik sahaja, dia cuba yakinkan aku dengan senyumannya, tetapi aku yang sakit melihat dia begitu.
Aku tahu dan aku yakin, dia tidak biasa dengan semua ini. Dia hanya memaksa dirinya.
Aku puncanya kenapa hidup dia berubah 360 darjah. Jungkook selama ini hidup dalam serba mewah, dan kerjanya sangat baik. Hanya kerana dia memilih untuk hidup bersama aku, kehidupannya sebelum ini dia tinggalkan.
Aku menyusahkan dia sahaja.
“Baby!” Aku mengangkat muka setelah mendengar laungannya memanggil aku. Beg digantung satu tali pada bahu, lalu dia berlari anak ke sini. “Sudah lama tunggu?”
Aku ukirkan senyuman, kepala aku gelengkan. “Taklah, baru sahaja pun.”
Aku berdiri di hadapannya, mata aku meneroka setiap inci wajahnya yang dibasahi dengan peluh sehingga anak rambutnya juga turut kelihatan lembab. Kolar lengan baju aku tarik turun, lalu aku mengusap wajahnya dengan lembut.
“Auh, tengoklah keringat ni basah macam awak mandi,” Aku menggumam. Mata aku pandang ke dalam matanya. “Macam mana hari pertama kerja, okay?”
Dia memuncungkan mulutnya sebelum menganggukkan kepala. “Okay, tak ada masalah. Memang banyak kerja, tapi bila ramai kawan untuk bercerita. Kerja berat pun tak terasa sangat.”
“Wah, cepat dapat kawan.”
“Orang kacak macam saya, siapa saja yang tak nak berkawan kan?” Ujarnya dengan bangga, sebelum mengkerucutkan hidung dan mulutnya dengan manja.
Aku tertawa geli hati dengan reaksinya. Berasa geram dengn perangainya yang acah comel, pipinya aku gomol sehingga mulutnya memuncung ke depan. Aku tertawa lagi melihatnya. Comel betul, geram-geram aku.
“Arnab dalam bahasa Inggeris, apa iya?”
Dia terus kerutkan dahi mendengar pertanyaan aku. “Kenapa tiba-tiba tanya?”
“Saja, jawablah apa dia?”
“Errr. . .bunny?”
“Okay bunny! Saya akan belanja untuk makan malam kita, awak nak makan apa?”
“Sekejap. . . .” Dia kecilkan mata sambil rapatkan dirinya dengan aku. Aku terkekeh-kekeh menahan ketawa melihatkan reaksi wajahnya bila aku panggil bunny. “Awak panggil saya bunny?!”
Aku terus membuka langkah, berlari anak meninggalkan dia di belakang bila dia sepertinya mahu menerkam aku. Tetapi jika mahu dibandingkan langkahnya dengan aku, apa sahajalah kemampuan aku untuk berlari jauh. Hasilnya dia sudah berjaya menangkap aku.
Perut aku dicuitnya berkali-kali. Tidak mampu aku menahan ketawa. Tangan aku menahan tangannya, memintanya untuk berhenti. “Okay! Okay! Sudah! Saya mengalah, berhentilah!”
“Awak panggil saya bunny lagi, saya gigit awak cukup-cukup.”
Aku menghabiskan sisa tawa sambil menganggukkan kepala laju. “Saya takkan panggil lagi, sungguh.”
Sedikit demi sedikit dia lepaskan rangkulannya. Kemudian tangannya dilingkarkan pada belakang leher aku, semasa kami berjalan beriringan bersama.
“Tadi saya tanya, awak nak makan apa lepasni? Saya belanja. Cepat sebelum saya tukar fikiran.”
Dia menggumam sekejap sebelum membuka mulut. “Habis kerja, penat begini. . .sedapnya makan—”
“Jjajangmyeon!” Aku mencelah segera. Matanya membulat sambil mulutnya menggerutu, terkejut dengan jawapan aku.
“Wah, baby baca fikiran saya ke apa?”
Aku mendabik dada bangga. “Saya ada kuasa, saya boleh baca fikiran awak tahu?”
“Oh iya,” Dia tersenyum senget sambil dekatkan wajahnya sedikit dengan aku. “Cuba teka, apa yang saya tengah fikirkan sekarang?”
“Awak tengah fikirkan saya.”
“Baby betul-betul baca fikiran saya.” Ucapnya sebelum mencium dahi aku. Aku hanya menyengih panjang. Sebenarnya aku teka rambang sahaja pun, tak sangka pula betul.
Melihat senyumnya, mendengar tawanya, adalah ubat penenang buat aku. Entah esok, entah lusa, bila masanya semua kegembiraan kami akan ditarik dari kami. Jadi biarlah buat masa sekarang ini, Jungkook dengan aku gunakan masa yang ada untuk saling menggembirakan hati antara satu sama lain.
Siapa tahu masanya aku akan pergi meninggalkan dia, ataukah dia yang akan tinggalkan aku.
Kan.
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...