Sedang aku ralit menyusun barang-barang runcit pada raknya, bahu aku ditepuk perlahan oleh seseorang. Aku menoleh untuk melihat Saeran, rakan sekerja aku, bila dia mengambil tempat di sebelah aku. Dahi aku kerutkan sambil memberikan pandangan pelik pada dia.
Bagaimana tidak pelik kalau dia tersengih-sengih sahaja. Macam orang tak betul pun, ada juga.
“Kenapa?” Tanya aku sebal bila dia langsung tidak bercakap hanya tersengih. Geram.
Dia berdehem perlahan, beriak seperti mencuba menahan perasaan terujanya. Ada apa juga sebenarnya? “Begini. .tadi aku tengok ada pekerja baru tahu. Kacak gila!”
Aku membuat muka menyampah sambil menggolekkan mata ke atas. Pantang tengok lelaki mulalah nak menggedik hm. Siapa tak kenal Jung Saeran kan? “Purr. .kau ni pantanglah tengok lelaki. Semuanya kau kata kacak.”
“Tapi weh, sumpah! Yang ini betul-betul kacak, sampai aku rasa berdebar setiap kali tengok muka dia. Senyumannya lagi, comel macam arnab. Serius!”
Bila mendengar perkataan senyuman macam arnab, kerja tangan aku menjadi terhenti. Ciri-ciri yang dia sebutkan sepertinya aku kenali. Takkanlah Jungkook?
“Siapa nama dia?”
“Tak tahulah, aku tak sempat nak berkenalan sebab penyelia tengah bawa dia keliling stor buat orientasi sikit. Dia kerja bahagian angkat barang stok.”
Entah kenapa kata hati aku kuat mengatakan yang itu adalah Jungkook, sehingga aku tidak tenang selagi tidak mendapatkan sebarang kepastian.
Barang di dalam tangan aku berikan pada Saeran. Dia terus membuat muka jelek. “Sae, kau tolong susunkan iya? Aku nak ke belakang sekejap.”
“Yah, yah! Sung!”
Aku hanya tayangkan sengihan pada dia yang sudah cemberut. Langkah terus aku atur ke bahagian stor barang mencari pekerja baharu yang Saeran ceritakan itu. Dan aku berhenti sebaik sahaja mata aku menangkap sesusuk tubuh yang sangat-sangat aku kenali. Tekaan aku benar, dia adalah Jeon Jungkook.
Bila mata kami bertembung, dia tersenyum manis pada aku. Barang dalam pegangannya, dia letakkan di tepi lalu dia berjalan ke mari dengan senyuman yang tidak lekang.
“Awak buat apa ni?” Soal aku serta merta.
Dia gulikkan matanya ke atas beriak seperti berfikir, sebelum bawah dagu aku dicuitnya. “Saya kerjalah, buat apa lagi baby?”
“Iya saya tahu kerja, tapi kenapa di sini? Kenapa kerja di sini?”
“Aih, tak suka ke kalau saya satu tempat kerja dengan awak? Takut saya perhatikan setiap masa, begitu?”
Aku melepaskan satu keluhan berat, kepala aku gelengkan dalam tidak percayanya. Yang benar sahaja dia ni? “Bukan itu maksud saya, awakkan ada kelulusan akedemik yang tinggi kenapa pilih untuk buat kerja-kerja begini? Sudahlah kerja angkat barang. Berat tahu, awak larat ke?”
“Heh,” Jungkook mencebirkan bibirnya sambil menyilangkan tangan ke dada. “Awak pandang rendah dengan suami awak sendiri, Jeon Sung Kyung. Tak tengok tangan saya yang kekar ni, setakat barang-barang ni. Tiada masalah buat saya.”
“Tapi—” Aku terhenti bercakap bila dia letakkan hujung jarinya pada mulut aku. Kepala dia gelengkan.
“Jangan risau, baby. Saya mampu buat semua ni, demi awak, demi saya, demi kita berdua,” Pipi aku dikucup sekilas. Mata aku puas menjamah senyumannya tak pernah putus. “Sudah, pergi sambung kerja, majikan marah baru tahu. Kita balik sama-sama nanti, biar sweet.”
Aku hanya membuat muka, susah mahu membantah keputusan dia.
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...