Aku duduk bersila di atas katil bersama debaran di dada. Acap kali aku menggigit bibir untuk menenangkan gelora gementar, namun semakin gementar aku jadinya. Aku menunggu Jungkook selesai mandi, dan permasalahan antara kami berdua perlu untuk diselesaikan. Tetapi aku masih belum menjumpai cara yang terbaik untuk berbicara dengan Jungkook nanti.
Dia mengelak dari aku, dan dia tidak mahu bercakap dengan aku.
Apa yang sepatutnya aku lakukan?
Memang silap aku sebab cuai, dan mungkin sahaja aku terlihat rapat dengan Jimin. Aku sememangnya mesra dengan sesiapa, bukan dengan dia sahaja bahkan kebanyakkan pekerja yang ada juga rapat dengan aku. Jungkook cuma salah faham, dan cemburu tidak bertempat.
Aku tidak boleh menyalahkan dia, sebab dia baru dengan semua ini. Tapi dia juga mesti faham, yang aku juga baru dengan situasi kami berdua. Perkahwinan adalah hal yang asing buat aku, juga untuk dia. Jadi seharusnya kami mempunyai kesepakatan yang baik, memahami antara satu sama lain.
Aku akan mencuba memahami cara hidupnya, dan begitu juga dengan dia. Dia mesti faham cara kehidupan aku bagaimana.
Masalahnya sekarang ini, Jungkook terus sahaja menghukum aku.
Sebaik aku mendengar pintu bilik air terbuka, kepala aku lantas mendongak untuk melihatnya. Mulut aku terbuka bersedia untuk memulakan perbicaraan. Namun setelah memerhati keseriusan wajahnya, mulut aku tertutup semula. Ketakutan kini menguasai diri aku sehingga ayat yang ingin aku lontarkan tadi hilang begitu sahaja.
Hasilnya, aku hanya mampu melihat sahaja setiap gerak geri Jungkook dalam senyap. Aku tidak mampu untuk menghalangnya, bila dia mengambil sebiji bantal dari sebelah aku.
Mulut aku rasa berat tapi aku paksakan ia. “J-Jungkook. .kita-a, s-saya nak—”
Sebelum sempat aku berkata apa-apa, Jungkook terlebih dahulu mencium dahi aku sekilas lantas dia berlalu keluar dari bilik ini dengan membawa bantal tadi. Aku terkaku tanpa kata. Dia betul-betul dingin dengan aku.
Memikirkan semua itu membuat aku berasa sebak tiba-tiba. Aku tidak biasa begini. Kelakuan dia yang demikian memberikan impak terus ke dalam hati aku. Aku terasa, sungguh. Cuma sebesar mana kesalahan aku sebenarnya?
Salah aku, atau hanya dia yang cemburu?
Aku mengetap bibir menahan sendu. Sejujurnya, aku tidak mahu berbalah dengan dia. Aku merasakan kekurangan bila dia mencuba mengelak dari aku seperti yang dia lakukan sekarang ini. Aku mahu dia ada dekat dengan aku setiap masa, aku mahu kami berdua sentiasa mesra.
Aku tak suka bila kami bergaduh begini.
Jadi disebabkan aku berasa demikian, aku mengambil keputusan untuk mengikutnya di luar. Mata aku jatuh pada sekujur tubuhnya yang sudah berbaring, tidur di atas lantai ruang tamu. Aku menarik nafas dalam sebelum menghampirinya perlahan.
Tanpa sebarang suara, aku turut baring bersamanya di situ. Aku memeluk dia dari arah belakang sambil muka aku sembamkan pada badannya. Jungkook bergerak sedikit menolak badan aku, tetapi aku kakukan diri. Tidak mahu beralah.
“Saya minta maaf,” Ucap aku dengan payah melawan rasa sebak. “Maafkan saya, ya?”
Jungkook senyap. Rasa sedih semakin membelenggu diri aku. Emosi aku tidak ketentuan sehingga dengan mudahnya aku mengalirkan airmata. Aku rasa bersalah, aku rasa marah dengan diri sendiri, aku rasa kecil hati dengan kedinginan Jungkook, dan semua itu membuat aku menangis tambah teruk.
Pelukan semakin aku eratkan, wajah aku tekupkan lebih dalam pada belakang badannya. “J-Janganlah begini, janganlah abaikan saya. Tolong, Jungkook. S-saya rasa teruk sekarang, saya memang teruk kan? Tolonglah maafkan saya. .”
“Jungkook. . .saya sayangkan awak sahaja. Hanya awak, tak ada yang lain lagi, sumpah. Saya tak akan buat lagi kesalahan yang sama. Saya janji,” Sambung aku lagi. Bersungguh aku ingin memujuk dia. Tapi nampaknya Jungkook tidak menghiraukan aku. “S-saya sayang awak.”
Perlahan kait tangan aku dileraikan olehnya dan dia berpaling badan menghadap aku. Pipi aku seka dengan telapak tangan sementara esak tangis berusaha untuk aku selindungkan. Mata aku mencari anak matanya segera.
Jungkook masih senyap, hanya merenung aku tanpa sebarang suara. Yang hanya kedengaran adalah esakkan perlahan yang terhasil dari celahan mulut aku. Untuk beberapa ketika kami kekal dengan posisi menghadap satu sama lain, sebelum dia menarik aku merapat dengannya. Aku ditarik ke dalam dakapannya.
Perlakuannya ini bahkan membuat aku menangis semula. Jauh dalam benak aku berasa lega, bercampur dengan sebak yang masih bersisa.
Aku membalas pelukan dia, muka aku sembamkan pada dadanya. “S-saya minta maaf, saya tak akan buat lagi. Awak maafkan saya, kan?”
“Saya tak marahkan awak, saya cuma cemburu,” Jungkook bernafas berat. Belakang kepala aku diusap dengan lembut. “Mungkin ini perasaan baharu yang kita sama-sama rasakan dalam perhubungan yang masih muda. Saya cemburu, baby. Dan saya tak boleh elak perasaan itu.”
“Saya akan jaga batas kemesraan saya dengan orang lain selepas ini. Jangan berdingin dengan saya lagi, saya sedih, dan saya tak sukakannya.”
“I'm sorry baby, saya cuma terlalu ikutkan perasaan.”
Aku tersenyum lega selepas menghabiskan sisa tangis aku di dadanya.
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...