Bab 90

157 15 0
                                    

Dia tidak dapat menahan air mata lagi sebaik sahaja dia melihat anaknya dibawa masuk ke dalam bilik ini. Sung Kyung mengangkat sedikit badannya dan bersedia untuk menyambut anak kecil itu dari dukungan Jungkook.

“Baby kita, sayang.” Jungkook meletakkan bayi kecil itu dengan penuh berhati-hati pada lengan Sung Kyung. Melihat tangisan isterinya, dia juga turut berasa hiba dan sayu. “Saya dah beri dia nama, Jeon Junkyung. Awak suka tak?”

Selepas mencium lembut dahi bayinya, Sung Kyung tersenyum kecil sambil menganggukkan kepalanya sedikit. Dia sendiri tidak dapat bergerak banyak memandangkan tubuhnya yang masih lemah. Kerana dia bertegas mahu bertemu anak mereka, Jungkook mahu tidak mahu terpaksa akur juga.

Setelah begitu lama Sung Kyung menahan diri, rindunya ini akhirnya dapat terlepas.

“Jeon Junkyung. . . Saya suka,” Sung Kyung berusaha untuk menggerakkan tangannya, mengusap pipi kemerahan Junkyung. “Baby. . Jaga diri baik-baik tahu kalau ibu tak ada.”

“Hey sayang, apa cakap macam tu,” Jungkook mencelah. Tangan Sung Kyung dicapainya lantas digenggam perlahan. “Jangan cakap begitu lagi. Saya tak suka dengar. Awak kena sihat. Selepas itu, kita bertiga akan hidup gembira, bahagia bersama-sama. Awak tak tahu betapa risaunya saya bila awak tak sedarkan diri berminggu lamanya. Jadi saya minta, awak jangan cakap yang bukan-bukan lagi.”

Sung Kyung mengetap bibirnya yang mulai bergemetaran menahan tangisan. Matanya memandang sayu ke dalam mata Jungkook. “Saya minta maaf, Jungkook.”

Jungkook bangkit semata ingin mencium dahi isterinya. Cukup lama, sehingga dia juga turut mengalirkan air mata. Kemudian dia mengucup lembut pula pipi bayi mereka.

“Semua akan baik-baik sahaja.”

***

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now