Bab 70

262 27 4
                                    

“Syukurlah tiada apa yang buruk berlaku ke atas Sung Kyung dengan anak kamu. Mujur dia cepat dibawa ke mari, dan kami berjaya buang kesan ibuprofen dengan lain-lain jenis ubat dalam tubuhnya sebelum ia melumpuhkan kandungannya.”

Jungkook menghela nafas lega yang teramat lega setelah mendengar ujaran doktor itu. Namun dalam masa yang sama, dia juga berasa sedikit aneh dan tertanya-tanya. Cuma kenapa isterinya mengkontaminasi ubat-ubat penahan sakit yang berdos tinggi sebegitu?

Sebelum sempat dia bertanya, ayahnya telah terlebih dahulu mengutarakan persoalan sama yang seperti yang bermain di dalam fikiran Jungkook.

“Sekejap Hwang, tadi kau cakap, ibuprofen?”

Doktor Hwang menganggukkan kepalanya dengan yakin. “Iya benar. Ibuprofen dan beberapa jenis ubat penahan sakit yang lainnya. Bila dicampurkan begini, ia bukannya lagi bertindak sebagai ubat tetapi dadah. Dan ia hampir membahayakan kandungan isteri Jungkook.”

“Tapi saya tak yakin, yang menantu saya ambil ubat-ubat begitu. Saya pernah menegahnya sebelum ini dan rasanya dia sendiri faham akan bahaya ubat painkiller untuk bayinya.” Bantah tuan Jeon mempertahankan Sung Kyung di hadapan isterinya, dan beberapa ahli keluarnya yang hadir di situ.

Sekali doktor Hwang menganggukkan kepalanya. Tanda mengerti akan kejutan yang mereka alami setelah mengetahui situasi Sung Kyung seperti apa. “Itu saya tidak tahu. Ia diluar pengetahuan saya. Kita kena tunggu pesakit sedar, dan mendengar sendiri penjelasannya.”

Jungkook menggigit bibirnya tidak sabaran. Dia hanya ingin menemui Sung Kyung sekarang ini. Dia tidak akan tenang selagi tidak melihat isterinya dengan mata kepalanya sendiri, ingin memastikan sendiri apakah Sung Kyung baik-baik sahaja.

Jadi dengan itu, dia terus mencelah di antara perbualan ayahnya dan doktor Hwang. “Doktor, boleh kalau saya masuk dan jumpa isteri saya?”

“Tentulah boleh. Semestinya dia akan tenang melihat kamu bila dia membuka mata nanti.”

Setelah mendapat izin, Jungkook langsung sahaja menerobos masuk ke dalam wad yang menempatkan Sung Kyung. Kerisaukan jelas terpancar di wajahnya.

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now