Ia terjadi lagi.
Terbuka sahaja mata, terbangun sahaja aku dari lena, Jungkook tiada di sisi aku. Aku segera bangkit bangun dari pembaringan. Tubuh aku yang kosong tanpa pakaian aku balutkan dengan kemeja labuh milik Jungkook yang terletak di hujung katil. Entah apa yang aku fikirkan semalam sampai terbawa-bawa perasaan mengada. Abaikan tentang diri aku sekarang, dia adalah keutamaan aku.
Masih dengan trauma kejadian yang berlaku baru-baru ini, lantas sepantasnya aku bergegas ke luar untuk mencari Jungkook. Dalam fikiran aku asyik merisaukan dia, kemungkinan dia sakit lagi. Tetapi jangkaan aku meleset bila tiba sahaja aku di ruang tamu, aku dikejutkan dengan kedatangan tetamu.
Langkah aku terus mati, mata aku membulat besar. Pipi aku rasa membahang panas sebab malu yang amat keluar dari bilik dalam keadaan begini.
Ada ibu bapa Jungkook di sini.
"P-puan, T-tuan. . ." Aku terkelu lidah apabila pandangan mereka teralih pada aku. Tangan aku menggenggam fabrik kemeja dengan kuat. "S-saya minta maaf, s-saya tak tahu kamu datang. Saya-"
"Hai sayang, dah bangun?"
Aku tersentak mendengar suara Jungkook. Secepatnya aku menoleh memandangnya yang sedang menatang dulang berisi air dari arah dapur. Selepas meletakkannya di atas meja, Jungkook bertindak menghampiri aku lantas menghadiahkan ciuman pada dahi aku. Aku terpempan. Bukan kerana tidak suka, tetapi sesuatu yang baharu. Seolah-olah Jungkook mencuba menyampaikan sesuatu yang tidak aku fahami.
Dia peluk pinggang aku, dan pusingkan tubuh untuk menghadap kedua orang tuanya. "As you can see, I'm okay here. As long as I stand beside her, as long as I have her in my hugs. I don't need anything else, Jeon Sung Kyung and our future baby are my entire world now."
Jungkook sebut nama aku, cuma apa yang dia cakapkan ini. Ergh. Dia tengah bergaduh lagi ke?
"But you need the treatment, Jeon Jungkook. Don't be so stupid. I don't want to lose you too! You're my son, my only son. Despise me instead of her, how could you? I'm your mother!" Balas Puan Jeon keras, bibirnya terketap rapat sementara matanya memerah.
"You thrown me away mummy, remember? You made everything more worse than before. I know I won't able to live any longer. . ." Jungkook menunduk sedikit untuk melihat wajah aku. Bibirnya tersenyum sayu. "But I'll endure it, as long as I can. For her, for my baby. Please mummy, you can hate me but don't hate them. Please, at least open your heart a little for accepting my child, mummy. ."
Puan Jeon menahan tangisnya, muka ditekup dengan kedua belah tangannya. Aku yang melihatnya turut berasa sendu, meskipun aku tidak faham apa yang mereka katakan semenjak tadi. Semuanya terlihat memilukan, dan tanpa alasan yang betul dada aku rasa sesak. Seolah-olah aku merasai apa yang Puan Jeon rasakan. Apa yang dia rasakan sebagai seorang ibu, kerana aku juga bakal menjadi seorang ibu.
Dia menyeka sisa airmatanya, sebelum bangkit menghampiri aku dengan Jungkook. Seluruh wajahnya kemerahan akibat menangis. "Stay with me, stay with us, Jungkook. I can't stop from blaming myself if, if something bad happens to you. Accept the treatment, and I'll try to accept her."
"Don't tell her, anything."
Jungkook peluk pinggang aku tambah erat bila ibunya kembali duduk. Kepala aku dongakkan untuk memandang Jungkook.
"Apa yang berlaku?" Bisik aku perlahan.
Dia cuma tersenyum kecil sebelum membelai rambut aku dengan lembut. "Kita pindah ke rumah ibu bapa saya. Sayang okaykan, dengan itu?"
Aku terdiam seketika, sebelum menganggukkan kepala akur. Aku cuma tak nak masalah tambah panjang jadi aku terima apa sahaja yang Jungkook rasakan baik untuk kami. Dalam hati aku berdebar Tuhan sahaja yang tahu.
"S-saya okay."
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...