Sung Kyung menggerakkan tangannya untuk mengusap air mata yang jatuh di pipi ibunya. Dia cuba untuk beriak tenang dan tidak apa-apa di hadapan ibunya kerana dia tidak mahu ibunya risau dan sedih dengan keadaannya. Padahal hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa perih, sakit yang dia alami. Dia tahu dan sedar, saban hari dia hanya semakin lemah dan lemah.
“Ibu jangan menangis. Sung juga ikut nangis nanti.”
Kepala dianggukkan laju bersama senyuman terukir di bibir. Cuba ditahan tangisan. “Iya, ibu takkan menangis lagi. Ibu tahu, anak ibu kuat kan?”
Sung Kyung mengangguk.
“Anak ibu sudah lalui banyak dugaan dalam hidup, kuat hadapi segalanya. Ibu yakin, anak ibu akan kuat melawan penyakit ini. Anak ibu akan sembuh seperti sediakala.” Ujar ibunya lagi sambil mengusap-usap anak rambutnya dengan lembut dan perlahan.
Sung Kyung hanya mampu mempamer senyuman kecil, sayu dan lemah. “Ibu. . .”
“Iya sayang?”
“Sung mahu berehat sekejap.”
“Oh,” Ibunya segera bangun. Mengerti akan keadaan anaknya itu. Sekarang juga waktu sudah menginjak ke jam sepuluh malam. “Baiklah, anak ibu berehat iya. Esok kita bercerita lagi. Ada Jungkook jaga kamu selepas ini.”
Baru sahaja dia ingin berlalu, tetapi tangannya ditarik kejap oleh Sung Kyung. Dia kembali menoleh. “Jagakan Junkyung ya, ibu. Maafkan Sung Kyung.”
Hatinya berasa lain, rasa sebak yang mendalam yang tidak pasti mengapa. Apa punca. Dia mengangguk bersama senyuman yang meyakinkan. Air mata ditahan. “Iya sayang. . Esok, ibu datang lagi jumpa kamu.”
Hanya senyuman, demi senyuman, menjadi pengiring pergi.
***
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...