Aku segera bersiap, menukar pakaian ke pakaian formal kerja lantas aku terus beralih ke kaunter. Menunggu pesanan pelanggan disiapkan untuk aku hantar ke meja-meja bar. Hyojung lincah mengocak bir bersama ketulan ais lalu dituangkan ke dalam gelas bertangkai. Setelah apron diikat kemas pada pinggang, tangan aku bergerak ke tepi talam untuk menatangnya.
“Meja berapa?”
“Meja VIP, nombor lima.”
Aku berjalan menempuh orang yang sudah ramai memenuhi kelab ini. Bunyi muzik galak bergema membingitkan telinga. Begitu juga dengan jeritan demi jeritan dan laungan orang ramai yang asyik tenggelam dalam dunia masing-masing. Menari bagai orang yang hilang akal.
Iya, aku bekerja di kelab. Dan aku tak kisah langsung tentang pendapat orang luar tentang kerja aku. Yang aku tahu, niat aku cuma mahu mencari duit. Lagi pula, aku bukan buat perkara kotor di dalam sini. Aku hanya pelayan untuk menghantar minuman sahaja. Tidak lebih dari itu.
Aku masih mempunyai maruah diri. Dan aku masih waras lagi untuk berfikir melakukan benda-benda bodoh begitu.
“Minuman encik.” Aku letakkan gelas berkaki tadi ke atas meja. Sebelum sempat aku melangkah pergi, tangan aku dipaut dan memaksa aku untuk berpaling melihatnya.
“Mind to join me, miss?”
Aku meneguk liur pahit. Kepala aku geleng-gelengkan, meskipun aku tidak faham maksudnya tetapi pandangannya itu aku faham.
“Saya tak boleh, encik. Saya ada kerja lain, saya minta maaf.” Aku menundukkan badan, menarik tangan aku dari genggaman eratnya.
“Ah, just join me already. Come on girl. Lets having fun!”
“Lepaslah!” Aku menolak badannya bila dia mula berdiri dan tarik badan aku melekap dengannya. “Lepaslah! Tolonglah! Saya bukan bekerja untuk melayan lelaki!”
Seluruh badan aku mula menggeletar bila aku sedar yang peluang aku untuk melepaskan diri itu sangat nipis. Tolonglah, jangan sekarang.
Aku mencuba untuk menenangkan diri yang semakin ketakutan. Meronta-ronta aku dalam pegangan erat lelaki ini.
“L-lepaslah!” Suara aku tenggelam timbul, tekak aku mula rasa perit menahan tangisan.
Baru sahaja aku ditarik ke sofa yang tersedia, bila ada tangan lain menarik badan aku menjauhi lelaki tadi. Aku diselindungkan di belakang badannya.
“She's not a prostitute, so you can't buy her. Please show your respect.”
“Fuck! We just playing around man.”
Tidak mahu menunggu lebih lama di sini, aku terus berlari keluar. Bersembunyi di bawah meja kaunter. Badan aku masih menggeletar, jadi aku keluarkan ubat dan menelannya segera.
Satu. .
Dua. .
Bertenang. .
“Sung Kyung? Ada orang ganggu kau lagi, hm?” Soal Hyojung selepas duduk berteliku di hadapan aku. Bibir aku masih sukar untuk berbicara jadi aku hanya mengangguk.
“Shh. . .sudah bertenang. Kau okay Kyung, tarik hembus nafas berulang kali.” Belakang badan aku diusap lembut, sementara dia memeluk tubuh badan aku yang masih bersisa takut. “Kalau ibu kau tahu soal ini, takkan punya dia biarkan kau bekerja di sini.”
Aku hanya memejamkan mata bila ia terasa hangat dengan cecair jernih itu.
****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanficETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...