Bab 31

276 45 2
                                    

“Tak, aku tak setuju.”

Terangkat terus kepala aku mendengar jawapan Hyojung. Mata aku buka besar-besar melihat wajah tenangnya, sementara aku pula yang berkerut seribu. Bukankah dia sudah berbaik dengan Jungkook? Kenapa pula dia menolak bila mendapat tahu yang Jungkook melamar aku?

“Tapi—”

“Kau masih muda Sung Kyung, masih terlalu mentah untuk masuk dalam kehidupan perkahwinan. Apa kau fikir ia semudah kau menukar baju? Tak Sung! Ia tak semudah itu.”

“Manusia boleh belajar, kan? Lagi pula, kami berdua sama-sama masih muda, kami boleh belajar untuk hidup berumah-tangga bersama. Kami akan cuba belajar berdikari. Dia akan bimbing aku, dalam hidup kami selepas ini.”

Hyojung mendengus kasar sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali. Rambutnya dia kuakkan ke belakang penuh frustasi. “Sung Kyung, kau baru kenal dia dua tiga bulan yang lalu, kau tahu? Dan sekarang, dengan tiba-tibanya kau katakan yang kau mahu berkahwin dengan dia? Cepat betul kau percayakan lelaki iya?”

“Sebab aku yakin, dia orang baik.” Ujar aku perlahan sahaja. Jemarinya aku berkait antara satu sama lain tanda gementar. Aku tidak menyangka perkara ini akan menjadi serius begini.

Apa benar aku terlalu terburu-buru?

“Aku— aku cuma tak nak kau tersilap membuat pilihan, Sung Kyung. Aku tak nak kau jadi seperti aku, seperti ibu kau. Ditinggalkan begitu sahaja selepas mendapat apa yang mereka mahukan. Selepas aku berikan kepercayaan aku sepenuhnya, aku dia buang macam sampah, kau tahu? Kau faham?”

Aku menundukkan wajah selepas mendengar suaranya yang serak menahan sendu. Aku faham mengapa Hyojung menjadi sangat melindungi seperti sekarang ini. Itu disebabkan dia pernah ditipu dengan lelaki sebelum ini. Aku juga dapat tahu yang Hyojung pernah keguguran, dan lelaki itu langsung tidak peduli. Begitu juga kesnya dengan ibu, kerana terlalu mempercayai lelaki mereka menjadi seperti sekarang ini.

Aku menjadi serba salah pada Hyojung. Aku hampiri dia sedikit demi sedikit lalu memeluknya. Dia menangis perlahan di bahu aku.

“Aku tahu Jung, betapa sakitnya yang kau rasakan sebelum ini. Aku faham, kau cuma risaukan aku. Aku minta maaf sebab buat kau teringat semula dengan kisah lama. Tapi kau sudah umpama ibu kedua aku, sebab itulah aku minta izin dari kau. Bukan semua lelaki teruk, dan aku yakin, Jeon Jungkook lelaki yang baik.”

“Aku harap yang pilihan kau, tidak bertukar menjadi seperti pilihan aku. Aku harap, dia benar-benar kebahagiaan kau, budak kecil.”

Aku tertawa dalam tangis mendengar ujarannya. Dan aku juga berharap yang sama. Semoga memang lelaki itulah yang ditakdirkan untuk aku, dan semoga keputusan aku ini benar.

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now