Bab 24

325 52 1
                                    

Jeon Jungkook segera berlari ke dalam rumah apartment milik Kim Taehyung. Berasa yakin yang Elena mungkin juga berada di situ bersama Taehyung. Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu, dia mengetuknya tidak sabaran. Terbuka sahaja daun pintu itu dari dalam, terus dia merangkul erat tubuh Elena kerana perasaan gembiranya yang melonjak naik.

“Terima kasih, terima kasih, terima kasih, terima kasih banyak-banyak El!” Ucap Jungkook tanpa henti masih memeluk Elena. Matanya terpejam rapat kerana senyumannya melebar sehingga ke telinga. “Sebab kau akhirnya aku dapat jumpa dengan dia semula!”

Elena tertawa janggal, tangannya menepuk-nepuk belakang badan Jungkook. Seolah-olah faham punca keterujaan lelaki itu. “Iya iya, sama-sama. Tapi bukan aku tahu yang temukan kamu berdua semula. Itu semua kerja Tuhan, takdir kamu berdua. Aku tak tahu pun budak perempuan tu, Sung Kyung yang kau maksudkan selama ni.”

“Tapi tetap, terima kasih El!” Jungkook melompat kecil sambil berputar-putar membawa Elena yang masih di dalam pelukannya. Kegembiraan itu jelas terpancar di wajahnya, kerana dapat bertemu dengan Sung Kyung semula.

Semua kerana Elena dan Sung Kyung ditahan di balai polis. Mendengar berita itu, Kim Taehyung mengajak dia untuk menemankannya menjamin Elena. Namun tidak dijangka, mereka bertemu semula di situ. Takdir memang menyebelahi permintaan Jeon Jungkook.

Taehyung berdehem kasar yang menyebabkan Jungkook dan Elena terkejut. Pantas mereka berdua menoleh. “Aku tahulah kau gembira bila dapat jumpa buah hati kau balik. Tapi pergilah peluk dia, kenapa peluk teman wanita aku? Kacau daun betul!”

Jungkook tersengih-sengih selepas meleraikan pelukan. Mata dikecilkan melihat Taehyung atas ke bawah. Serabai, dengan kolar baju kemejanya yang terbuka tiga dari atas. Menyedari air muka Taehyung yang sepertinya memberikan pandangan menyampah, Jungkook tertawa kekok sambil menggaru belakang lehernya.

“Aaaaa. . .sorry for interupting your lovey dovey moments. But, I really really need Elena for now.” Pinta Jungkook bersungguh sambil menyatukan kedua belah tangannya. Lagaknya seperti merayu.

“What's wrong Jungkook?”

“No, I can't give you her.”

Elena dan Taehyung bercakap serentak. Taehyung memasang wajah merajuk sementara Elena mencerlung tajam ke arah Taehyung. Menyampah dengan perangai kebudak-budakkannya.

“Pedulikan budak tua bangka tu, Jungkook. Cakaplah, ada apa?”

Jungkook menggigit bibirnya dengan kekok, kepala digaru bagi menghilangkan kejanggalan.

“Tolong ajar cara untuk pikat hati perempuan, boleh?”

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now