"Sayang- sayang?"
Mengabaikan Jungkook, aku terus berlari ke dalam bilik air apabila mulut aku terasa pahit, tekak aku rasa loya. Sepantasnya aku mencapai tepi sinki untuk berpaut sementara aku memuntahkan isi perut. Bukannya ada apa juga, hanya air yang bercampur dengan air liur. Tapi peritnya bukan alang-alang lagi. Tertarik-tarik perut aku jadinya, sakit.
Tidak lama kemudian, Jungkook datang lalu mengusap-usap belakang badan aku untuk memberikan kelegaan. Aku berusaha untuk menahannya, tetapi tidak mampu. Bila sahaja rasa mual memang rasanya macam mahu terus terkeluar dari tekak. Rambut aku yang berjuntai di muka, dia tarik ke belakang dan kepilkan menggunakan tangannya.
Mata aku jadi kabur dengan airmata, sebab menahan sakitnya perut aku tertarik ke atas dengan paksa. Sumpah sakit, sampai terbawa-bawa pada emosi. Aku terus menangis selepas mencuci mulut. Sungguhan sakit.
Bibir aku ketap rapat. Badan Jungkook aku peluk erat, muka aku sembamkan pada dadanya. "Perut saya senak bila muntah terus, sakit sangat."
Belakang kepala aku dibelai lembut sebelum ubun-ubun aku terasa diciumnya. "Saya tahu, sabar ya sayang. Itu namanya morning sickness, memang normal bila usia kandungan masih muda."
"Jadi saya akan muntah-muntah teruslah sepanjang mengandung ni?"
"Tak juga sayang. Nanti bila dah masuk lima ke enam bulan, dah tak ada alahan semua tu lagi."
Aku mendongak sambil memuncungkan mulut. "Lamanya, tak tahanlah begini. Asyik muntah terus."
"Kena tahan juga, bersabar banyak-banyak. Ini memang dugaan bila dalam proses menjadi seorang ibu, sayang. Awak tengah bawa harta kita yang paling berharga, kenalah ada pengorbanan. Sini." Jungkook kucup sekilas hujung bibir aku sebelum mencempung tubuh aku, bawa aku keluar dari bilik air.
Penuh berhati-hati dia letakkan aku ke atas katil, lalu dia duduk di sebelah aku. Menatap aku dengan senyumannya yang lembut dan mempesona.
"Bila awak dah lahirkan baby nanti, percayalah awak akan rasa berbaloi untuk semua ini. Kebahagiaan itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata."
Aku tersengih manja mendengarnya. Dalam fikiran aku sudah membayangkan betapa comelnya anak aku nanti. Agak-agaknya perempuan atau lelaki iya? Aku jadi teruja.
"Awak rasa anak kita lelaki atau perempuan?" Soal aku. Senyuman melebar ke pipi. Lupa sudah tentang sendu aku sebentar tadi.
"Jantina baby boleh tahu bila kandungan dah cecah enam ke tujuh bulan begitu. Tapi saya nak sangat anak pertama saya lelaki. Sayang pula, nak lelaki ke perempuan?"
"Saya terima sahaja, saya tak kisah lelaki ke perempuan."
Jungkook mencuit hujung hidung aku dengan manja sebelum dia melihat jam tangannya. Dahi aku dikucupnya selepas itu. "Sayang rehat iya kalau ada rasa pening, telefon saya kalau ada apa-apa. Kalau lapar turun bawah, minta Ibu Yoo buatkan makanan yang sayang nak, okay?"
Aku kerutkan dahi. Lengannya aku paut bila dia mula berdiri. "Awak nak pergi mana? Janganlah tinggalkan saya di sini sendiri."
"Saya nak pergi kerjalah. Pergi mana lagi, sayang?"
"Tak payah pergi kerjalah, iya? Saya takut tinggal sendiri, saya takut kalau awak tak ada."
"Kalau saya tak kerja, macam mana nak tanggung kehidupan kita? Kita tak boleh terus berharap dengan orang lain, lagipula awak adalah tanggungjawab saya. Saya kena kerja juga."
Aku muncungkan mulut bila sudah kehabisan modal untuk membantah. Aku bukan mahu mengada tapi aku cuma takut bersendirian di dalam rumah ini. Dengan Puan Jeon nya lagi.
Jungkook cucuk pipi aku dengan hujung jarinya lalu tertawa halus. Atas kepala aku diusapnya lagi dan belakang kepala aku ditarik ke depan sedikit supaya dia dapat mencium dahi aku lagi.
"Nanti saya bagitahu Ibu Yoo untuk tengokkan sayang dalam sini. Tapi, sayang cubalah berbaik-baik dengan mummy. Takkanlah awak nak berkurung dalam sini sahaja, kan? Mummy tu sebenarnya baik penyayang kalau dah kenal betul-betul. Percayalah."
Aku hanya akur.
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...