Bab 53

241 37 2
                                    

Aku betul-betul berputus asa.

Selepas satu masalah habis, satu lagi masalah yang datang. Tak putus-putus masalah. Baru sahaja beberapa minggu yang lepas aku berbaik semula dengan Jungkook, hari ini ada lagi isu yang timbul sampai aku pula yang terpaksa berdingin dengan dia. Aku benar-benar sakit hati sekarang ini!

Dia larang aku terlalu dekat dengan lelaki lain, dia larang aku terlalu mesra dengan orang lain, tapi dia sendiri melakukan hal itu. Dia sendiri menyakitkan hati aku. Dan kalau dia, boleh pula.

Aku tak pernah tahu dalam kehidupan suami isteri ada masalah-masalah begini. Dan bila sudah laluinya, rasa macam tak mampu. Hari-hari aku makan hati, hari-hari aku terpaksa jaga hati dia, semua benda aku buat rasa janggal. Semua benda aku kena tanya dia. Semua! Aku mula rasa terkongkong, dan aku tak biasa dengan semua itu.

Tapi aku tak pernah meluahkan segala yang berbuku dalam hati aku pada dia. Aku cuma, mahu menjaga hati dia, aku mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sebaiknya. Dan sebolehnya, aku tidak mahu dia terasa hati dengan setiap kata-kata aku. Oleh itu, sebaiknya aku cuba menjaga hubungan kami berdua.

Namun sepertinya hanya aku sahaja yang beria-ia.

Dari tadi aku hanya memendam, menahan perasaan geram dan sebal. Aku tunggu dia di sini macam tunggul tapi Jungkook boleh buat selamba badak sahaja membuang masa bercerita dengan Saeran. Seperti yang benar sahaja?! Aku ini apa sebenarnya dibandingkan dengan perempuan itu. Sudahlah waktu rehat tengah hari tadi kami tak dapat rehat bersama disebabkan masa shif kerja yang berubah. Boleh dikatakan dalam satu hari, kami belum ada bersua muka, bercakap juga jarang.

Hal ini sudah berlangsung beberapa hari yang lalu.

Dan Jungkook sepertinya mengabaikan aku. Apa dia tidak perasan marah aku ini, atau dia hanya berpura-pura tidak tahu? Aku mendengus geram.

Tali beg aku kaitkan pada bahu dengan kemas, lalu aku membuka langkah. Meninggalkan Jungkook di belakang. Makin lama aku tengok Saeran dengan dia, makin geram aku jadinya.

“Apa dia fikir kita patung atau apa tunggu dia sampai sakit punggung. Tapi dia boleh buat bodoh bersembang dengan orang lain. Tahunya buat orang sakit hati terus.” Bebel aku sendiri sambil berjalan pulang.

Aku melipat tangan ke dada, masih membebel sendiri, masih geram. Sampai kedengaran derap kaki seseorang sedang berlari ke mari, aku tetap berjalan ke hadapan. Pedulilah Jungkook situ.

Baby!” Aku abaikan dia.

Dia berlari laju memintas aku, lantas dia mendepakan tangannya. Berdiri tegak di depan aku, menahan perjalanan aku. Aku hanya memasang muka tegang, merenung dia tanpa reaksi.

Jungkook menarik nafas dalam, menstabilkan pernafasannya. “Kenapa balik dulu tak tunggu saya ni? Selalunya kita balik sama-sama, kan?”

“Tak adalah, saya fikir awak masih ada banyak perkara yang nak dibincangkan dengan Saeran. Sebab itulah, saya balik dulu. Tak nak jadi beban bila awak kelam kabut hanya mahu mengejar masa untuk balik bersama dengan saya.”

“Awak cakap apa ni?” Jungkook kerutkan dahi.

“Entahlah, awak fikirlah sendiri apa yang saya cakap ni. Saya malas nak berbalah dengan awak,” Aku kemamkan bibir beberapa ketika bila sebak tiba-tiba menyerang. “Saya penat.”

Aku tundukkan wajah, berura-ura untuk menyambung perjalanan. Tapi terbantut bila Jungkook tahan lengan aku, dan kekalkan kedudukan aku seperti tadi. Kedua bahu aku digenggamnya dan dia menunduk mencuba mengintai wajah yang aku selindungkan.

Hey baby. . .” Aku gigit bibir dari dalam, mata mula terasa hangat mendengar suaranya yang merendah. Jari runcingnya menarik bawah dagu aku agar dia dapat melihat wajah aku sepenuhnya. “Pandang saya, bila saya panggil.”

Perlahan-lahan anak mata aku menaik sehingga bertembung dengan matanya.

“Bagitahu saya, kenapa awak buat begini? Kenapa awak abaikan saya begitu? Memangnya apa salah saya?”

Aku tidak tahu kenapa emosi aku jadi tak keruan, dan tak tentu pasal aku menangis macam orang yang tak betul. Tapi hati aku rasa sakit sangat, aku pula yang merasakan cemburu yang melampau bila tengok Jungkook mesra dengan perempuan lain. Sedangkan aku tahu, dia adalah suami aku. Cuma, aku cemburu sampai terbawa perasan geram dan marah berapa hari ini.

Esak tangis aku menjadi-jadi, airmata yang mengalir di pipi aku seka dengan belakang tangan. “S-saya minta m-maaf, saya m-minta m-maaf. Saya sakit hati dengan awak, awak yang abaikan saya beberapa harini. Saya c-cemburu tengok awak de—”

“Dengan Saeran?” Celahnya, aku menganggukkan kepala. Tak lama kemudian, Jungkook tersenyum nipis lalu menarik aku ke dalam dakapannya. “Baby, tak ada maknanya awak nak cemburukan saya dengan Saeran. Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia, tidak lebih hanya sekadar kawan sekerja. Saya minta maaf kalau baby rasa terabai, tapi percayalah saya tak ada perasaan dengan Saeran.”

Aku melepaskan pelukan dan mengundur sedikit. “Tapi Saeran sukakan awak.”

“Tapi saya tak suka dia. Saya cuma suka, sayang, dan cintakan seorang gadis bernama Jeon Sung Kyung sahaja. Tak ada yang boleh gantikan tempat awak, tak ada yang boleh tandingi awak.”

“Betul, awak tak ada apa-apa dengan dia? Tak tipu?”

“Betul baby. .buat apa saya nak tipu awak? Tak ada faedah pun.”

Kemudiannya aku hanya berdiam, melihat kejujuran dari dalam renungannya. Sambilan aku menenangkan diri dari kecamuk emosi dan cemburu yang membelenggu. Lama-kelamaan aku mengeluh kecil apabila tepi perut aku terasa sedikit perit. Mungkin kerana aku berjalan terlalu laju tadi.

Baby, awak okay tak ni?” Tanya Jungkook risau. Kedua pipi aku ditekupnya, sambil matanya mencari mata aku.

Aku mengeluh perlahan. “Okay, cuma saya penat.”

“Saya dukung awak balik ke rumah.”

Aku hanya tersenyum lemah, menahan rasa sakit.

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now