Bab 13

345 60 0
                                    

Aku memejamkan mata sambil menikmati angin malam yang menerpa sayup ke wajah. Nafas ditarik dalam lalu menghelanya dengan kasar. Suasananya sangat tenang begini. Berjalan kaki perlahan di tepi jambatan yang terbentang luas sungai di bawahnya. Kereta-kereta yang lalu lalang sudah tidak aku hiraukan akibat terlalu asyik merasakan nyaman dan tenang.

Gemerlapan lampu-lampu yang menghiasi sepanjang perjalanan Incheon-dong menggamit perhatian aku. Sangat indah.

Kepala aku tolehkan ke belakang untuk melihat Jungkook yang mengikut jejak langkah aku dari belakang. Senyuman aku koyakkan buat dia.

“Terima kasih, sebab bawa saya keluar.”

“Sama-sama.” Balasnya berserta tawa kecil.

Aku hentikan langkah semata-mata menunggu dia semakin mendekat. Supaya kami dapat jalan seiring bersama. Dia tarik bahu aku pindahkan posisi aku. Aku di kirinya, sementara dia di kanan, di mana lebih dekat dengan jalan raya. Jeon Jungkook benar-benar menjaga keselamatan aku.

Aku suka menyebut nama penuhnya, Jeon Jungkook.

“Kenapa awak mahu bawa saya keluar, hm? Bukankah sepatutnya awak halang saya, sebab awakkan doktor yang merawat saya.”

“Saja, sebab saya tahu makanan di hospital tak seberapa enak dimakan. Saya nak bawa awak pergi satu tempat makan kegemaran saya.”

Tangan aku diraih ke dalam genggamannya, lalu dia membawa aku masuk ke dalam kerumunan orang ramai yang mulai memenuhi kawasan ini. Selepas berjalan agak jauh ke dalam, Jungkook memasuki satu gerai bertutup kanvas jernih dari luar. Aku hanya mengikutnya dari belakang.

Dia memesan makanan sementara aku sudah mengambil tempat buat kami berdua. Sejujurnya aku rasa kekok dengan semua ini, aku mana pernah makan di luar begini. Sungguh. Lagi satu hal, mesti makanan di sini semuanya mahal, kan?

Aku rasa ragu-ragu untuk terima.

Jungkook menarik kerusi di hadapan aku lantas duduk di situ. Dia tersenyum lebar. “Awak kena cuba makan semua yang saya pesan, okay?”

“Tapi—”

“Tak ada tapi tapi, awak harus makan supaya cepat sembuh, faham?”

“Saya sudah sembuh pun.”

Wajahnya berubah serius. “Awak tahu apa itu malnutrisi? Awak tahu sakit apa yang sedang awak alami sekarang ini?”

Aku menggeleng kepala. “T-tak tahu.”

“Malnutrisi tu kekurangan zat dan vitamin dalam badan sebab cara pemakanan awak yang tidak sihat. Siapa sahaja yang kena malnutrisi dalam zaman sekarang ini, huh? Saya jadinya tertanya-tanya tentang hidup awak bagaimana sehingga makan awak pun tak terjaga.”

Aku menundukkan wajah apabila mendengar nada suaranya yang agak, serius.

“Jadi, terima pelawaan saya, okay?”

“Terima kasih, Jeon Jungkook.”

*****



Eternal Love ✔Where stories live. Discover now