Aku mengemam bibir, menundukkan wajah melihat tangan aku yang berkait antara satu sama lain. Bergemetaran, risau yang amat. Entah apa yang berlaku dengan Jungkook di dalam. Sudah lebih kurang setengah jam dia dibawa ke mari, terus dimasukkan ke dalam wad kecemasan sebab suhu badannya terlalu tinggi. Aku meletakkan sepenuhnya harapan pada ayah Jungkook sendiri.
Semoga sahaja Jungkook tidak apa-apa, walaupun hanya sekadar demam. Tapi keadaannya teruk.
Mata aku pejamkan seketika apabila ia terasa sarat dengan airmata. Fikiran aku melayang jauh, memikirkan tentang Jungkook sehingga aku tidak sedar kehadiran seseorang di hadapan aku. Jika bukan kerana dia berdehem kuat, aku mungkin tidak akan perasan.
Pandangan aku naikkan sedikit demi sedikit untuk melihat cerlungan tajam ibu Jungkook pada aku. Liur pahit aku telan payah di anak tekak. Dia menggenggam kepalan penumbuk sambil merenung aku tajam.
“Tengok apa yang jadi sekarang. Puas hati kau, perempuan?” Aku menundukkan wajah, mengelak sebarang kontak mata dengannya. Pertanyaannya itu cukup membuat rasa bersalah aku bertambah tebal. “Anak aku tak pernah buat kerja-kerja berat, tak pernah merasa hidup susah, tapi disebabkan oleh kau! Dia bersusah payah hidup begitu. Disebabkan kau, dia sanggup belakangkan ibu bapanya! Kau tahu, kau hanya bawa nasib malang buat dia!”
Aku pejamkan mata, sebak menguasai diri aku. Sehingga airmata yang bertakung semenjak tadi tidak mampu aku bendung lagi. “S-saya minta maaf, p-puan.”
“Aku tak akan terima maaf kau begitu mudah. Hati seorang ibu hancur, bila anaknya mula membelakangkan dia hanya kerana seorang perempuan yang menjadi perosak hubungan ibu dan anak. Dia sanggup derhaka dengan aku, kerana kau.”
Mulut aku tekup dengan kedua belah tangan bila esak tangis semakin teruk. Dada aku menjadi sesak. Aku semakin tenggelam di dalam kesedihan, di dalam perasaan serba salah yang mendalam.
Semua ini memang berpunca dari aku.
“Tinggalkan anak aku.”
Kepala aku terus tegak melihatnya. Wajah dia langsung tidak menunjukkan riak bersimpati dengan aku, sebaliknya dia betul-betul serius. Aku terkelu. Masa terasa seakan-akan menjadi lambat berlalu, sementara fikiran aku bertukar kosong. Aku hanya berdiam, tidak berkutik.
Aku takkan sanggup untuk bersetuju dengan itu. Aku tak akan sanggup, berpisah dengan Jungkook. Dia sudah umpama sebahagian dari diri aku, hilangnya maka dia membawa separuh hidup aku.
Apa gunanya hidup aku tanpa dia?
“P-puan. .”
“Permintaan aku mudah sahaja, tinggalkan anak aku. Selepas itu, anggaplah yang kau tidak pernah kenal dengan mana-mana lelaki bernama Jeon Jungkook. Begitu juga sebaliknya, aku akan pastikan dia lupa tentang siapa kau. Mudahkan? Jangan risau, aku akan urusakan semuanya kau hanya mengikut sahaja setiap arahan aku.”
Bibir aku menggeletar. “T-tapi puan. . .”
“Apa? Kau enggan?”
“Saya sayangkan Jungkook, dia suami saya. Takkan mungkin saya dapat tinggalkan dia.”
Ibu Jungkook tersengih sinis. “Sayang? Apa kau buta? Kau tak tengok keadaan Jungkook sekarang? Apa kau ingat sayang kau itu boleh bawa kebahagiaan buat dia? Kalau dia bahagia dengan kau, dia tidak akan berakhir dengan terlantar sakit di hospital begini! Anak aku sakit menderita sebab kau, kau tidak lihat itu?!”
Aku, terdiam.
“Dengar sini perempuan, aku akan uruskan segalanya dan kau hanya perlu patuh sahaja. Faham? Jangan susahkan hidup anak aku lagi.” Sambungnya sebelum berlalu pergi.
Aku masih terdiam.
Semua apa yang dia katakan, adalah benar belaka. Aku hanya membuat Jungkook menderita dengan aku.
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...