Bab 74

157 23 1
                                    

Kaki melangkah seiring seperti yang minda aku arahkan, sementara mata aku mencari-cari pintu yang ada tercatat nama Doktor Jeon. Lebih kurang dua pintu aku lalui akhirnya pejabat yang aku cari-cari telah ditemui. Aku tersenyum senang hati, lantas tangan aku mengetuk permukaan pintu.

“Uhm, ini saya, Sung Kyung.” Ucap aku.

Setelah mendapat izin masuk dari pemilik sang suara di dalam, tombol pintu dipulas lalu aku mengatur langkah ke dalam. Sebaik sahaja mata bertembung mata, ayah tersenyum tawar sambil memberikan isyarat mata yang meminta aku untuk mengambil tempat duduk di hadapannya.

Aku mengetap bibir. Berdehem perlahan menghalau kekok. “Ada apa ayah panggil saya ke mari? Ada masalah dengan baby ke?”

Ayah menundukkan mukanya seketika sambil memejam mata. Aku perhatikan tangannya yang tergenggam rapat di atas meja. Selang beberapa saat, dia mengeluh halus, memandang aku tepat. “Ia bukan tentang baby kamu sahaja, tetapi diri kamu sendiri. Sung Kyung.”

Mendengarkan keseriusan dari nada suaranya, aku terkelu lidah. Mata aku bergerak ke sana sini, entah apa yang ingin aku fikirkan sebenarnya. Apa yang patut aku balas. Risau yang bercampur perasaan gementar membataskan pemikiran aku. Hasilnya aku masih tetap berdiam meskipun pandangan ayah seakan-akan menuntut aku untuk bersuara.

“Kamu pernah mengadu pada ayah sebelum ini, yang kamu sering mengalami sakit pada bahagian sisi abdomen kan?” Sambung ayah, lebih kepada pertanyaan berkaitan hal pernah aku tanyakan padanya dulu.

Aku masih tidak dapat menghadam maksud yang ingin disampaikan melalui air muka ayah, jadi aku masih mengunci mulut. Hanya mata yang memfokus, kepala yang mengangguk.

Sekali lagi ayah melepaskan keluhan berat sebelum melanjutkan kata-katanya. “Selepas pemeriksaan dijalankan, didapati yang kamu menghidap kanser buah pinggang.”

Aku terpaku beberapa ketika. Jantung bertukar rentaknya. "A-apa maksud ayah? Ayah mesti bergurau dengan Sung, kan? Sung tak apa-apa kan, cuma sakit perut biasa sahaja kan, ayah?"

"Pada awal pemeriksaan, ayah juga tak jangka semua ini. Ayah hanya buat kesimpulan yang mungkin kamu cuma kena apendiks, tapi bila sudah begini. . . Ayah sendiri hilang kata, Sung."

Aku ingin membuka mulut lagi, ingin menidakkan perkara ini. Namun fikiran aku bercelaru sehingga aku tidak dapat berfikir dengan baik. Tanpa aku pinta, air mata kini memenuhi kolam mata. dek hati aku terpagut rasa pedih yang amat. Hanya kenapa aku sentiasa mendapat dugaan seberat ini?

Ya Tuhan. . .

Di saat-saat seperti ini, hanya suami aku yang terlintas di dalam fikiran aku. Apa dia akan tinggalkan aku setelah mengetahui yang aku menghidap penyakit begini? Jungkook akan tinggalkan aku lepas ini. . .

"Jungkook tahu yang saya ada sakit?"

Pandangan ayah menjadi redup dan sayu. Aku seakan-akan dapat meneka apa jawapannya. "Ayah minta maaf. Tapi hal ini tidak boleh diselindungkan. Jungkook ada hak untuk tahu sebab kamu isterinya, dan ayah tak ada hak langsung untuk merahsiakannya."

Aku tiada kata lagi.

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now