Terbangun sahaja dari lena, aku terus meraba tilam di sebelah aku untuk mencari badan Jungkook. Awalnya aku mahu bermanja dulu dengan dia sebelum bangun, macam yang selalu aku buat. Tapi aku tidak dapat menyentuh sedikit pun tubuh badannya di sini. Aku yang masih mamai lantas menjadi sedar sepenuhnya, mata aku terbuka luas mencari kelibat Jungkook di mana-mana.
“Mana pula dia pergi?” Gumam aku perlahan sebelum bangkit dari pembaringan. Kaki aku jejakkan ke atas lantai lalu langkah diatur ke luar bilik. “Jungkook?”
Pandangan aku jatuh pada sekujur tubuhnya yang terbaring di lantai ruang tamu. Terkulat-kulat dia memeluk dada seperti sedang kesejukkan. Acap kali juga aku mendengar dia mengeluh halus sambil mendesis. Aku bertindak menghampirinya. Bukan semalam dia tidur di sebelah aku ke, kenapa pula dia tidur di luar pula ni?
“Jungkook?” Tangan aku menyentuh pipinya dengan lembut. Mata aku terus membuntang bila merasakan kedinginan permukaan kulit wajahnya. “Awak sakit ke? Kenapa tidur di sini hm? Jungkook. .”
Matanya terbuka sedikit sebelum ditutup semula. Telapak tangan aku yang melekap pada pipinya semakin ditekankan. Merasakan hangatnya tangan aku yang melitupi wajahnya, dia menarik hembus nafas berat. Jungkook demam.
“Saya rasa macam tak sihat. Saya tak nak awak terjangkit sebab itulah saya keluar.” Ujarnya perlahan sahaja.
Aku menggigit bibir bawah, khuatir dengan keadaan Jungkook sekarang. Nampak teruk. “Sekejap, saya ambilkan awak bantal dengan selimut.”
Secepatnya aku bergegas ke dalam bilik mengambil bantal dengan selimut bagi keselesaan Jungkook. Dengan lembut dan perlahan, kepalanya aku angkat dan selitkan bantal ke bawah. Seluruh tubuhnya yang kedinginan aku selimutkan.
Wajah pucatnya jadi jamahan mata aku. Aku jadi tidak senang duduk melihatkan keadaannya begini. Sebab sejujurnya, aku tiada pengalaman dalam menjaga orang yang sakit sebelum ini. Aku tidak tahu hendak berbuat apa. Aku jadi huru-hara.
Pipinya aku sentuh lembut, Jungkook memberi respon akan sentuhan aku dengan mencelik beberapa saat. Bibirnya menggeletar. Aku bertambah risau bila dia tidak berkata apa-apa, hanya senyap menutup mata.
“Jungkook, kalau a-awak perlukan apa-apa bagitahu saya, okay? S-saya tak tahu nak apa buat apa sekarang ni. Saya risau tengok awak.” Kata aku dengan penuh kerisauan, dan Jungkook hanya menggumam perlahan.
Aku menggigit bibir. Pada awalnya aku ingin berlalu ke dapur untuk menyediakan sup hangat buat Jungkook, tetapi pergerakan aku terhenti bila dia genggam tangan aku. Matanya terbuka kecil untuk memandang aku.
“Iya?”
“Baby. .s-sejuk sangat.”
“Saya sediakan awak sup hangat, mahu?”
Dia menggeleng lemah. “Baring sini dengan saya, boleh kan?”
“Tentulah boleh.”
Senyuman kecil aku ukirkan. Kepala aku anggukkan memberikan keyakinan.Tanpa sebarang kejanggalan lagi, aku terus mengesot ke dalam selimut dan rebahkan badan sebelah Jungkook. Baru sahaja aku mengemaskan selimut yang menutup badannya, Jungkook terus memeluk aku. Kepalanya dirapatkan ke dada aku, badannya mengecil masuk ke dalam dakapan aku.
Bila pergerakannya terhenti, perlahan aku selitkan lengan bawah lehernya dan kemaskan pelukan. Seperti bayi, dia tidur dengan senyap.
Ubun-ubunnya aku kucup lembut.
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...