ETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK
❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...
Jungkook meraih tangan aku ke dalam genggamannya sebaik sahaja kami mula melangkah ke dalam kawasan taman mini ini. Sepanjang laluannya telah dihiasi dengan lampu neon terang terus menuju ke arah sepohon pokok yang agak rendang. Juga telah digantungkan dengan lampu-lampu yang dapat menaikkan suasana romantis.
Aku tidak boleh menahan diri dari tersenyum malu semenjak tadi, semua ini membuat aku gembira dan terharu.
“Awak yang buat semua ini?” Soal aku. Melihat ke dalam matanya sementara langkah masih berjalan.
“Sebenarnya saya minta tolong Taehyung dengan Elena yang siapkan semua ini.” Balasnya sambil tergelak kecil begitu juga dengan aku.
“Ia, sangat indah. Saya sukakannya, terima kasih.”
“Awak selalu ucap terima kasih, tak penat ke?”
“Berterima kasih untuk perkara yang kecil atau besar sekalipun, maknanya tetap sama. Yang penting ikhlasnya hati seseorang itu. Apa salahnya saya berterima kasih selepas mendapat pemberian dari awak, kan? Awak tak berbaloi?”
Jungkook tersenyum mempamerkan giginya. Setibanya kami di bawah pokok rendang tadi, kedua bahu aku dipegangnya lantas aku dipalingkan menghadapnya. Dagu aku dicuit oleh dia.
“Sebab sifat awak yang inilah, saya sukakan awak,” Aku tersenyum malu, melihat keserian wajahnya di bawah cahaya lampu yang terang. “Saya ada sesuatu untuk awak.”
“Apa dia?”
“Tunggu sekejap,” Usai berkata, dia bertindak membuka baju tebal yang membungkus tubuhnya, meninggalkan hanya berbaju tee berwarna putih. “Saya pergi ambil di tasik.”
“A-apa?” Tanpa sempat aku bertanya lebih lanjut lagi, dia sudah berlari menuju ke tepi tasik dan melompat ke dalamnya. Aku terkejut, semua berlaku secara tiba-tibanya. “J-Jungkook?!”
Permukaan tasik tadi yang bergelora menjadi tenang kembali, namun kelibat Jungkook tidak kelihatan di mana-mana. Mata aku liarkan ke kiri dan kanan, mencari-cari kemungkinan dia berada. Aku hanya mendapat kehampaan. Aku mula berasa panik, peluh dingin mula membasahi sekitar dahi aku.
“Jungkook?! Jeon Jungkook!!” Jerit aku kuat, dengan harapan yang dia akan muncul semula di permukaan air. Penglihatan aku mulai kabur bila air mata sudah bertakung di tubir mata. “Jungkook!!”
Aku berlari ke tepi tasik berniat untuk membantunya, tetapi aku langsung tidak tahu cara untuk berenang. Jadi aku menjadi semakin gelabah. Dada aku sakit bila jantung aku mula berdegup diluar batasannya. Aku mula menangis perlahan, aku risau dan takut, semuanya bercampur aduk.
“Tolong!! Sesiapa tolong saya!!” Aku menjerit kuat meminta bantuan dari sesiapa sahaja, tapi taman ini kosong. “Tolong!!!”
Baru sahaja aku berlari meninggalkan tepi tasik untuk mencari sebarang bantuan, bila telinga aku menangkap bunyi kocakkan air di tasik. Langkah aku termati, dan sepantasnya aku menoleh semula.
Ada Jungkook di situ, terbaring di tepi tasik. Aku segera berlari mendapatkannya.
“Jungkook!”
Badannya menggigil kesejukkan dan matanya terpejam rapat. Dadanya naik turun laju mencari udara. Terus aku membuka jaket yang tersarung pada tubuh aku, dan menyelimuti badannya yang lecun. Aku mengusap lembut rambut yang menutupi dahinya.
“J-Jungkook. . .” Suara aku bergetar sebab sendu. “Kenapa awak buat saya begini ha? Saya risau, saya takut awak— awak. . .”
Mengendahkan kerisauan aku, dia malahan tertawa perlahan dengan mata yang masih terpejam. “Jangan risau, saya pemenang aktiviti tahan nafas di bawah air semasa di sekolah dulu. Ini hal biasa.”
Mendengar itu, aku terus menumbuk dadanya perlahan. Bibir aku ketap menahan gementarannya. “Tak lawak langsung, Jeon Jungkook.”
Dengan itu matanya terbuka, menatap aku lama sebelum senyuman nipis terukir di wajahnya. “Muka awak merah sebab menangis. Awak betul-betul takut kehilangan saya ke?”
“Berhenti, saya kata semua ini tak lawak.”
“Saya mahu berikan awak ini.” Dia hulurkan sebiji batu yang sebesar telapak tangan pada aku. Bibir tambah aku gigit kuat bila sendu mula mencengkam semula.
“Awak pergi menyelam lama-lama yang mungkin boleh buat awak mati lemas, awak buat saya menangis macam orang tak betul, semata-mata hanya untuk sebiji batu?! Semua ini lawak bagi awak ke ha?!” Hambur aku bersama tangisan. Dadanya aku pukul bertubi-tubi melepas geram.
“Sung,” Aku endahkan dia. Aku masih geram dengan perbuatannya tadi. Aku betul-betul fikir yang dia sudah mati tadi. Ini bukan jenaka. “Sung Kyung!”
Kedua belah tangan aku digenggamnya kuat, menahan aku dari terus menerus memukulnya. Perlahan dia bangun lalu mendekatkan dirinya dengan aku. Aku tundukkan wajah, masih bersisa esak tangis.
“Saya minta maaf. .” Dia lepaskan tangan aku perlahan-lahan, lalu kedua belah pipi aku ditekup dengan telapak tangannya. Dahi kami disatukan. “Saya sayangkan awak.”
Aku pejamkan mata rapat bila melihat wajahnya yang semakin lama semakin rapat. Hembusan nafasnya terasa kuat menampar pada kulit wajah aku. Tidak lama kemudian, hujung hidung aku terasa disentuh lembut menggunakan bibirnya yang sejuk, lalu di kedua belah kelopak mata aku. Dahi disatukan semula, dan terasa ada sesuatu menyentuh bibir aku.
Aku membuka mata untuk melihat wajahnya dalam keadaan yang sangat rapat. Bibirnya dihujung bibir aku. Aku berfikir yang dia akan melanjutkannya namun meleset, bila dia menjauhkan kepalanya dari aku. Jungkook mengambil batu tadi dari ribanya.
Ajaibnya, batu tersebut terbelah lalu dia hulurkan pada aku. Mata aku membuntang lebar dalam tidak percayanya. Ada, sebentuk cincin bertakhta batu permata di situ. Aku hilang kata-kata, hanya mampu memandang ke dalam anak mata Jungkook.
Dia tertawa halus sambil tersendu, anak matanya terlihat berair. “S-saya mahukan awak menjadi milik saya sepenuhnya, saya mahukan awak menjadi pendamping saya untuk hari-hari yang mendatang, saya mahukan awak di dalam kehidupan saya, menjadi seseorang yang bergelar isteri buat saya.”
“J-Jeon Jungkook. . .”
“Saya anggap itu sebagai iya.”
*****
fuh woly kasi fast forward sikit ni hahha harapnya tak terlalu mendadak lah. btw batu tu en seperti kotak ring begitu. namanya geode box. cute cute jak. and lastly, jutaan terima kasih pada yang sudi baca story yg agak noob ini. woly masih dlm proses kenal kenal wataknya, jadi harap maaf sekiranya terdapat banyak kekurangan. i purple you ❤
geode box;
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.