Bab 17

355 57 2
                                    

“Saya nak balik.”

Aku menyuarakan hasrat hati. Sudah lebih seminggu aku di sini, rasanya tak ada alasan lagi untuk dia menahan aku lebih lama lagi. Serasanya sakit aku itu juga sudah sembuh, sebab sejujurnya aku katakan, dia menjaga aku dengan baik sekali. Terlalu baik, sehingga aku sendiri menjadi segan dan malu menumpang rawatan secara percuma di sini.

Dia berpaling memandang aku bersama senyuman nipis. “Balik ke mana? Rumah sewa awak tu? Macam mana kalau ayah awak datang semula ke situ?”

Aku diam sejenak berfikir. Memang aku takut kalau-kalau ayah datang semula dan ganggu aku lagi. Tapi tak mungkin aku akan tinggal di hospital ini sampai bila-bila, kan?

“Saya tak tahu, tapi saya akan usahakan sesuatu. Sebab tak mungkin saya tinggal di sini selamanya, kan? Saya tak nak menyusahkan awak lagi, Jeon Jungkook.”

“Awak tak menyusahkan saya langsung, sungguh. Jadi, saya ingat nak bawa awak tinggal dengan saya.”

Mata aku terus membulat besar mendengar pelawaannya itu. Yang benar sahaja? “S-saya tak boleh terima, s-sebab saya harus kembali bekerja. Mungkin majikan dan kawan saya tengah risau cari saya sekarang.”

“Kerja di mana, apa yang di club itu? Baik awak berhenti dari kerja di situ, tak selamat untuk gadis muda macam awak. Macam-macam boleh jadi ke atas awak. Kejadian tempoh hari mungkin akan berulang.”

“Walaupun begitu, saya tetap kena balik ke sana. Di sana tempat asal saya, dan orang yang saya sayangi ada di sana. Saya mungkin orang susah, tapi saya tak suka menyusahkan orang lain. Sebelum ini juga saya mampu hidup begitu, jadi mengapa tidak?”

Jungkook berdiam seketika sebelum menghela nafas berat. Kedengaran begitu sukar untuk dia menyuarakan apa yang bermain di dalam fikirannya. Menjadikan aku tidak sabaran ingin mendengarnya.

Dia menggaru belakang tengkuknya sambil tersengih janggal pada aku. “Ini mungkin kedengaran agak mendadak, tapi saya sudah mula sukakan awak. Jadi kalau awak jauh dari saya, apa mungkin awak akan fikirkan tentang saya? Apa boleh kita berjumpa lagi?”

Sumpah aku malu!

Pipi aku terasa bersemu, jadi aku yakin muka aku sekarang sedang memerah. Disebabkan itu, aku tundukkan wajah sambil menggigit bibir.

“Mestilah boleh. Saya mungkin, akan rasa gembira jika begitu. Tapi awak jangan cari saya, biar takdir dan waktu yang temukan kita berdua.”

“Saya percayakan takdir kita berdua adalah satu, dan saya terima cabaran awak. Bila waktu itu telah tiba, saya takkan lepaskan awak untuk kali keduanya. Lihatlah nanti, awak akan jadi milik saya.”

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now