epilogue

297 18 0
                                    

“Lama tunggu?”

Satu suara lelaki menegur yang langsung membuat Sung Kyung terdongak laju. Melihat sahaja segaris senyuman itu, dia terus sahaja tersenyum gembira.

“Tak lama mana pun. Awak bersiap mengalahkan perempuan.” Balas Sung Kyung sebelum mencebik di hujung.

Jungkook terus mencuit hujung hidung Sung Kyung sambil tertawa kecil. “Saya bersiap lama, supaya nampak kacak di mata awak, sayang.”

“Biarlah ramai lelaki kacak sekalipun, mata saya cuma cari awak seorang.”

“Wau, sejak bila awak pandai bermanis mulut begini hm?”

“Sejak kenal Jeon Jungkook.”

Seterusnya masing-masing mereka pecah ketawa bersama. Suasana yang sukar digambarkan betapa gembira dan bahagianya mereka dengan pertemuan yang sederhana. Seketika kemudian, Jungkook menghulurkan tangannya ke arah Sung Kyung.

“Jom, kita dah terlambat ni.”

Sung Kyung menyambut huluran itu dengan senang hati. Senyuman tidak putus-putus dikuntumkan. “Okay, jom. .”

Mereka berjalan beriring menuju ke sebuah taman kehijauan yang dihiasi dengan bunga-bungaan berwarna putih.

“Sumpah, saya takkan berhenti mencintai awak sekalipun nafas ini terhenti.”

━━━━━━━━━━━━━━━

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now