Bab 20

345 53 1
                                    

Aku berusaha menahan amarah yang bercampur aduk dengan rasa hormat terhadap lelaki tua di hadapan aku ini. Jika bukan kerana aku masih waras hendak melawan orang yang tua, mungkin sudah lama aku hempuk kepala dia dengan kerusi. Dia fikir aku apa bekerja untuk dia selama ini, tapi bila masanya bayar gaji banyak pula dia membebel.

Kalaulah begini, macam lebih baik aku kerja di kelab sahaja. Sekurang-kurangnya gaji aku jalan. Ini sudahlah dalam kontrak kerja sebulan, dia bagi gaji dipotong lagi.

“Jadi kau nak terima ke tidak duit ini?”

“Encik tak bayar gaji saya penuh. Encik janji kalau saya kerja sebulan ni, encik gajikan saya sebanyak 500 000 won. Tapi encik cuma berikan saya 400 000 won sahaja. Saya kerja cari duit, encik.”

“Amboi dia berani buat bunyi pula,” Mata aku menatap wajahnya tegang bila nada suaranya meningkat seoktaf. “Yah, budak mentah! Aku cakap kerja sebulan kan, kau pernah tak datang kerja sehari tahu tak?! Sudahlah makanan dalam stor kau makan!”

Aku mengepal penumbuk. “Encik sendiri yang cakap saya boleh makan makanan yang sudah luput dalam stor tu! Kenapa baru sekarang encik nak ungkit?! Pasal saya tak kerja sehari tu pun, saya dah terangkan alasannya. Encik yang tidak adil sekarang ini!”

“Yah budak, bersyukurlah aku bagi kau gaji daripada tidak ada! Sekarang ini, kau nak ambil atau tak? Kalau tak, keluar sana!”

Aku mengetap bibir kuat sambil menahan diri dari menumbuk mukanya itu. Baru sahaja aku mahu mengambil sampul duit itu bila ada tangan lain yang lebih dulu mengambilnya lalu dibaling semula ke muka pak cik tua itu. Terkejut dengan itu, aku langsung menoleh.

“Bayar gaji dia sepenuhnya.” Dingin suara gadis berambut panjang hitam bercampur merah di sebelah aku ini. Matanya tajam merenung bekas majikan aku.

“Woi! Ini lagi satu budak mentah tidak beradab! Apa masalah dengan kau pula hah?! Aku yang punya kedai, jadi suka hati akulah bayar gaji pekerja aku.”

“Dia bukan bekerja percuma, dia jaga kedai kau, datangkan untung untuk kau, dan kau balas dengan gaji yang dipotong? Sudahlah kau bagi dia makan makanan yang luput. Kau rasa kalau aku laporkan kau pada kebajikan pekerja, kedai kau ini masih akan dibukakah?”

“Aku tak kira, sekarang ini dia tiada pilihan lain dari ambil duit dan berambus dari kedai aku!”

“Kau—” Sebelum sempat gadis tadi membalas, aku menahan lengannya meminta dia berhenti. Sampul duit tadi aku ambil dan aku membuka langkah ke luar kedai. Aku cuma tidak mahu memanjangkan perbalahan, sebab aku tahu orang tua itu jenis yang tidak mahu kalah. Tahi hidung masin.

Aku berdiri di luar menunggu gadis tadi untuk berterima kasih sebab sudi mempertahankan aku. Setelah aku mendengar dia ditengking kuat, dia berjalan kasar ke luar. Wajahnya betul-betul tegang. Lalu aku tidak menjangka dia akan mengutip batu bata dan membalingnya pada cermin kaca kedai itu. Hancur terburai.

Mata aku membesar pandang dia yang seperti berusaha menahan amarahnya. Dia tersenyum kemenangan sementara aku menggeletar ketakutan bila melihat orang tua tadi menjerit dan bergegas ke mari.

“Budak sial!!! Tengok apa yang kamu buat!!! Arghhh!! Budak tak guna!!”

Pipi gadis tadi ditampar kuat, begitu juga dengan pipi aku. Berpinar kepala aku terus selepas mendapat impak tamparannya. Terasa darah bercampur liur di dalam mulut aku. Kolar baju aku ditarik, begitu juga dengan gadis tadi.

Kami diheret ke balai polis.

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now