“Aunty, apa yang bawa aunty ke mari?”
Pertanyaan Elena dibiarkan berterbangan tanpa mahu dibalas. Aku menjadi gementar takut apabila mata ibu Jungkook tak pernah tinggalkan aku. Sejujurnya aku tidak pasti apa maksud tatapannya itu, sama ada ingin marah atau apa sebenarnya. Aku tak mengerti.
“El, please leave us alone.” Ayat itu meluncur keluar dari celahan bibir puan Jeon, yang tidak aku faham lagi apa ertinya.
Elena kelihatan gusar dan ragu-ragu. Melalui matanya aku dapat melihat satu ketakutan yang nyata. “What are you going to do?”
“Just leave us alone, can you? I know what I do, Elena.” Tegas ibu Jungkook lagi. Wajahnya tampak serius bila memandang Elena.
Dan di saat itu, El mengalah. Perlahan-lahan langkah kaki diatur keluar dari bilik wad ini, meninggalkan aku bersendirian di sini bersama ibu Jungkook.
Aku meneguk liur, gentar.
Tapi perasaan itu semakin memudar digantikan dengan satu perasaan tertanya-tanya, selepas melihat air muka puan Jeon berubah lembut memandang aku. Dia melabuhkan punggung ke atas kerusi di sebelah katil, mata dia masih memandang sekalian tubuh aku yang terlantar atas tilam.
“Bagaimana kamu hari ini?” Soalan pertama yang dilontarkan buat aku. Aku terkesima. Terkejut akan kelembutan pada nada suaranya yang bertanyakan tentang aku.
Apakah aku bermimpi sekarang?
“S-saya uhm. . saya b-baik saja. Baby pun okay.”
Dia menguntum senyuman sayu. Entah kenapa aku turut berasa sayu, hanya kenapa? “Baguslah. Mesti kamu terkejut kenapa saya berubah begini drastik di depan kamu, kan?”
Antara angguk atau geleng, aku memilih untuk berdiam sahaja. Otak aku masih belum dapat mengakses apa yang berlaku sebenarnya waktu ini. Aku masih kosong.
“Saya akui, kekasaran saya pada kamu selama ini. Semua itu berpunca kerana saya membenci kamu. Benci sangat,” Dada aku penuh dengan debaran tertanya-tanya bila dia menggantung ayat. Wajahnya ditundukkan seketika, sepertinya dia sendiri beradu dengan dirinya. “Kebencian saya mengaburi mata sampai-sampai saya terlupa akan takdir dan ketentuan Tuhan. Berbohonglah kalau saya cakap yang saya masih tidak boleh menerima kenyataan. Buktinya saya sudah cuba menurunkan ego saya, untuk minta maaf pada kamu sekarang.”
Mata aku terkedip-kedip, mencuba memahami situasinya seperti apa. “Puan Jeon, saya tak faham.”
“Saya minta maaf, Jeon Sung Kyung. Atas keterlaluan saya selama ini, penghinaan saya, segala kesakitan yang saya berikan pada kamu. Saya minta maaf.”
“A-apa puan cakap ni. . Saya tak simpan dalam hati, bahkan sudah lama saya lupakan semua itu. Saya tahu, puan sebagai ibu cuma mahukan yang terbaik buat Jungkook. Saya faham. Saya tak pernah berdendam. Jujur saya katakan. Saya yang rasa bersalah pada puan.”
Ibu Jungkook menggigit bibirnya apabila matanya mulai berkaca-kaca. “Tak perlu lagi rasa begitu, Sung Kyung. Terima kasih sebab buka mata saya selama ini yang dibutakan dengan harta, status dan pangkat.” Ucapnya lagi, sebelum bingkas bangun mendakap badan aku, buat pertama kalinya.
“Saya minta maaf, puan Jeon.”
Tangannya menggosok belakang badan aku perlahan. “Kamu tiada salah, sayang. .”
Selepas meredakan tangis masing-masing, ibu Jungkook kembali berduduk. Senyumannya tidak lekang di bibir semasa bertukaran pandangan dengan aku. Aku bersyukur sangat akhirnya hubungan aku dengannya memulih. Sekurang-kurangnya aku ada tempat untuk menumpang kasih seorang ibu.
Ibu Jungkook terus menerus memandang aku, sehingga aku sedari dia kembali menitiskan air mata. “Kenapa takdir kamu dengan Jungkook begitu memedihkan. . ia membuat hati Mummy remuk mengetahui semua ini. Jungkook di sana merana, kamu di sini juga sama. Melihatkan kamu berdua, buat Mummy rasa sangat-sangat bersalah.”
“A-apa yang puan cuba sampaikan ni?”
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...