Aku menundukkan wajah apabila orang tua bangka tadi menunding jari pada aku berulang-ulang kali sambil membebel entah apa sahaja pada anggota polis di situ. Seolah-olah semua masalah ini timbul memang hanya disebabkan oleh aku. Sedangkan sekarang aku sudah duduk di dalam sel, apa lagi yang dia tak puas hatinya?
Bila aku mendengar dengusan kasar dari gadis yang datang bersama aku tadi, wajah aku angkat sedikit untuk melihatnya. Dia sedang merenung tajam ke arah Encik Hwang sambil mengepal penumbuk. Lagaan giginya juga kedengaran.
“S-saya minta maaf sebab libatkan awak dalam hal saya, tapi saya juga mahu berterima kasih kerana mahu membantu saya.” Ucap aku perlahan selepas menundukkan wajah semula.
“Berterima kasih pada aku kemudian, bila aku sudah keluar dari sini dan hadiahkan penumbuk pada orang tua itu!”
Aku hanya tinggal tersenyum kecil sambil menganggukkan kepala tanda mengerti. Ganas sungguh dia, mengalahkan kekuatan seorang lelaki. Dari pengamatan aku, sepertinya dia lebih tua dari aku.
“Uhm, nama kakak siapa?”
Dia tertawa kecil. “El, Elena Kim. Dan jangan panggil aku kakak, anggap sahaja aku seumur dengan kau.”
“Baik, El.” Aku ukirkan senyuman. Aku agak dia ada campuran keturunan dari barat berdasarkan namanya. Tambah lagi, wajahnya yang juga ada iras-iras orang barat, dan bila dilihat betul-betul matanya berwarna biru laut. Cantik.
Sudah lebih kurang setengah jam berlalu, telinga aku naik bernanah bila mendengar bebelan Encik Hwang yang seperti tiada penghujungnya. Jadi aku memelut lutut dan letakkan dagu di antaranya, bosan dan menyampah. Ini kalau ibu atau Hyojung tahu aku masuk penjara, mesti mereka kecewa dengan aku.
Tapi apa yang aku boleh buat, bukannya salah aku pun.
Tidak lama kemudian, pintu sel dibuka oleh salah satu anggota polis bila seorang lelaki berambut merah datang ke mari. Aku hanya senyap memerhati situasi. Bila Elena terus berdiri setelah melihat lelaki itu, tahulah aku dia adalah kawan Elena yang bakal membebaskannya.
Memang nahaslah Encik Hwang ini.
Aku kembali menundukkan pandangan ke lantai sehingga ada satu suara yang sepertinya pernah aku dengari sebelum ini bergema. Merdu, suara seorang lelaki. Mendengar suaranya seperti dejavu.
“Kim Sung Kyung?” Suara ini. .
Aku mengangkat wajah sedikit demi sedikit sehingga mata kami bertembung. Satu senyuman terbit di bibirnya.
“Jeon, Jeon Jungkook?”
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...