Kepala aku tongkatkan dengan lengan di atas meja. Muzik yang bergema seolah-olah mendodoi aku supaya cepat-cepatlah tutup mata dan tidur. Jika bukan kerana Jimin yang berulang kali mengetuk meja kaunter ini, mungkin aku sudah lena tertidur semenjak tadi.
Ya Tuhan, mengantuknya. .
Aku tekup mulut dengan sebelah tangan bila ia ternganga luas menguap. Mata aku pejam seketika. Dan untuk seketika itu, mimpi juga mula melabuh layar. Aku betul-betul mengantuk.
“Uhm, cik?”
“Cik?!”
Bagai direnjat elektrik, belakang badan aku langsung lurus. Mata aku terbuka luas. Terkebil-kebil aku melihat seorang lelaki berhoodie hitam di hadapan aku.
Segera aku menunduk maaf. “Minta maaf, saya minta maaf.”
Aku mula mengscan setin cola bersama sepaket ramen yang diletakkan ke atas meja kaunter. Okay, tiga ribu won. Selepas memasukkan barangan tersebut ke dalam beg plastik, aku tersenyum kecil pada pembeli.
“Semuanya tiga won.”
“Huh?” Dia besarkan mata melihat aku. Tak lama kemudian, dia tertawa halus. Kenapa, aku ada salah cakap ke? “Awak serius, tiga won sahaja?”
“Iyalah,” Aku melihat semula ke arah skrin mesin duit. “Uh oh, maaf, maaf. Saya silap, semuanya tiga ribu won.” Aku tersipu malu atas kesilapan aku sendiri. Aduh, malunya!
Dia masih tertawa melihat aku. Sejumlah wang dia keluarkan lalu dihulur pada aku. “Kalau penat, rehat. Jangan paksa diri. Manusia juga ada batas kemampuannya.”
Aku menundukkan badan beberapa kali tanda maaf. Sungguh aku malu. Tapi dia hanya tersenyum, menayangkan gigi arnabnya.
Seperti aku mahu mencelup muka ke dalam sinki. Ergh! Malu!
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...