Langkahnya menjadi perlahan, menghampiri katil yang menempatkan isterinya. Anak tekaknya terasa perit apabila dia mencuba menahan tangis, sedih gembira kerana mengetahui yang Sung Kyung dan anak mereka baik-baik sahaja. Tidak dapat terbayangkan oleh dia, bagaimana jika dia kehilangan insan-insan ini.
Jungkook sendiri tahu, yang Sung Kyung juga berjuang untuk bertahan demi menyelamatkan bayi dalam kandungannya. Silap-silap, Jungkook mungkin akan kehilangan kedua-duanya sekaligus.
Sebaik sahaja dia tiba di sisi Sung Kyung, punggung dilabuhkan ke atas kerusi. Bibir diketap rapat sementara setitis air mata jatuh mengalir di pipi. Tangan si isteri dicapai lantas dibawa ke dalam genggamannya, dirapatkan ke pipinya selepas mengucup belakang tangan kecil itu.
“Sayang. .” Wajah pucat Sung Kyung ditatap sayu. Sebelah tangannya digerakkan untuk mengusap anak rambut wanita ini dengan lembut. “Cinta hati saya, jangan buat begini lagi. Saya takut, takut kehilangan awak. Takut sangat-sangat.”
Semakin lama, air mata yang mengalir menjadi semakin deras. Entah apa yang sebenarnya menghambat kuat hatinya tika ini, apa yang dia fikirkan, dan apa yang dia selindungkan. Dia hanya mampu meluahkannya dengan tangisan di saat Sung Kyung tidak memerhatikan dia. Di waktu-waktu begini sahaja dia dapat meluahkan rasa sesak ini.
“Saya belum bersedia untuk kehilangan awak, dan saya juga belum bersedia untuk tinggalkan awak, sayang. . .” Jungkook menekup wajahnya pada tangan Sung Kyung. Melepaskan tangisan semahunya. “Apa yang patut saya buat, hm? Patutkah saya terus-menerus selindungkannya dari awak? Saya sendiri tak kuat, saya tak kuat.”
Tidak kuat menahan rahsia itu.
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanficETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...