Aku terus bergegas keluar dari dewan apabila dada aku terasa semakin sesak. Aku tidak menangis tetapi airmata ini tidak mahu berhenti keluar. Seluruh badan aku terasa lemah dan lembik. Menggeletar, sehingga aku terpaksa mencari sokongan pada pemegang besi di sini untuk membantu badan aku berdiri dengan baik. Disebabkan aku tidak mahu diketahui oleh sesiapa, kaki secepatnya aku atur ke satu ruangan yang agak sunyi dan tersembunyi.
Muka terus aku tekup dengan kedua tangan. Esak tangis aku semakin menjadi-jadi. Entah kenapa aku begini, perasaan aku tidak dapat untuk aku kawal lagi.
Aku mengandung, Ya Tuhan. . .
Ini adalah kebahagiaan yang sukar untuk aku gambarkan.
“Jeon Sung Kyung.”
Sedikit demi sedikit tangan aku alihkan semata-mata untuk melihat gerangan yang menyeru nama aku.
Jeon Jungkook.
Dia berdiri di hadapan aku.
“J-Jungkook. . .” Aku menggigit bibir bawah bila tangisan menjadi semakin menggila. Tanpa meminta izin, dia terus menarik aku masuk ke dalam dakapannya. Ini yang aku rindukan, ini yang aku mahukan, merasakan kehangatan tubuhnya membaluti tubuh aku sepenuhnya. Baunya yang selalu menjadi jamahan hidung aku, bau yang teringin aku hidu selama ini.
Dia ada di sini, dia ada dengan aku. Dia adalah punca kenapa aku jatuh sakit, kerana aku merindukan dirinya.
Setelah Jungkook meleraikan pelukan, kedua tangannya menekup pipi aku menarik wajah aku supaya mendongak padanya. Dia meneroka seluruh wajah aku, matanya tidak berkedip memandang segenap inci wajah aku, dan pada akhirnya dia mengunci aku di dalam renungannya. Dahi kami disatukan.
Dan matanya juga mula mengalirkan cecair jernih itu.
“J-Jungkook, saya—”
“Saya tahu, baby. Saya tahu,” Matanya terpejam seketika sewaktu dia membenamkan bibirnya pada bibir aku. Tangan kiri aku memegang tangannya yang masih menekup pipi aku, sementara tangan kanan aku menyentuh pipinya. “Dan saya betul-betul gembira mendengarnya. Takdir memang tidak mahu kita berpisah.”
Aku mengetap bibir. “Saya minta maaf, Jungkook. Saya tak ada pilihan lain, s-saya cuma tak nak awak jalani hidup yang sukar dengan saya. S-saya tak sanggup tengok awak menderita.”
Kepala dia geleng-gelengkan. Mata terbuka semula. “Saya yang sepatutnya minta maaf, saya pengecut sebab tak berani untuk berdepan dengan awak. Saya pengecut, sebab saya diamkan semuanya.”
“Jungkook,” Aku melihat ke dalam matanya. Tangan aku mula menggeletar semula. “Saya cuma bebanan untuk awak. Malahan saya semakin menyusahkan awak. Tapi saya takkan terima, kalau awak dipisahkan dengan saya lagi. Saya mahukan awak, sentiasa ada di samping saya. Jangan pergi lagi.”
Semakin lebat airmatanya jatuh membasahi di pipi. Dia menganggukkan kepala. “Saya takkan pergi lagi, kita tak akan berpisah lagi. Kita akan kekal bersama, sampai maut yang pisahkan kita. Saya janji.”
“Saya sayangkan awak, Jungkook.”
“Sung,” Dia lepaskan pipi aku, lalu sekali lagi dia mendakap aku dengan penuh kasih sayang. Kepala aku diusap dengan lembut. “Saya tak mampu menjanjikan kebahagiaan buat awak, tapi saya berani bersumpah yang cinta ini akal kekal selamanya untuk awak. Sehingga ke akhir nafas saya.”
Dahi aku dikucup, lama.
Aku memejamkan mata, merasakan cinta dan kasih sayang yang dia berikan.
*****
lupa nak cakap,
jutaan terima kasih pada yang masih menunggu dan menyokong ff noob ini. iya walaupun aku dengan gediknya pub unpub pub. aku tatau nak kata apa, aku rasa serba salah. im sorry. keep on supporting, dan aku takkan hampakan korang yang sudi baca ff ni.
with love,
woly ❤
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...