Aku sengaja menyelindungkan wajah di sebalik rambut yang terurai, menutup sebahagian muka aku. Mengelak dari dilihat oleh Jungkook, aku tahu tindakan aku ini bakal terlihat seperti kebudak-budakkan. Aku cuma tidak mahu dia melihat betapa pucatnya wajah aku tika ini. Berkali-kali aku mengerling dia dari ekor mata, mencuri pandang.
Melepaskan rasa rindu.
Kalau diikutkan hati aku, mungkin sudah lama aku berlari pada dia lantas memeluknya erat seeratnya. Sumpah, aku betul-betul rindukan dia, menginginkan dia berada di samping aku. Jauh di dalam benak, ada satu perasaan yang tidak dapat untuk aku tafsirkan. Serasanya aku begitu teringin merasakan sentuhan dan belaian Jungkook ke atas aku. Seperti satu perasaan rindu yang tidak terkata.
Namun sepertinya, dia tidak terkesan dengan perpisahan kami. Tengok sahajalah, dia tidak menunjukkan sebarang reaksi pun bila terpandang aku. Mungkin dia juga menerima perpisahan ini, mungkin juga memang tidak mahu untuk hidup bersama dengan aku lagi. Mungkin, dia mula sedar yang aku ini sememangnya satu bebanan untuknya.
Ah, kenapa semua ini terlalu memilukan.
Aku menggigit bibir apabila sebak mula terasa. Mata aku mula kabur dengan airmata. Sebelum ia jatuh tanpa dipinta aku segera menyeka dengan lengan baju. Aku tidak mahu kelihatan seperti meminta simpati di sini. Lagipula aku sudah berjanji dengan Puan Jeon, yang aku tidak akan membantah apa-apa pun yang dikemukakan kemudian.
Perpisahan ini harus diteruskan.
Pertemuan kami adalah tidak dijangka sama sekali, begitu juga dengan perpisahan ini. Nampaknya kami hanya terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan, langsung tidak memikirkan akan padah hari kemudian. Terlalu ikutkan perasaan. Padahal kami berdua sama-sama masih muda, masih mentah dalam menentukan perjalanan masa depan. Hasilnya sekarang, mungkin penyesalan yang menjadi jawapannya.
Tetapi sumpah, mengenali dia, menyayangi dia, mencintai dia, memiliki dia, adalah hal yang paling indah di dalam hidup aku. Dan aku tidak menyesali itu. Yang aku sesali adalah, kenyataan yang aku tidak mampu memberikan Jungkook kebahagiaan yang selayaknya.
“Perhatian semua,” Suara yang bergema menarik perhatian kami semua. Seorang wanita feminin berdiri lalu berdiri di hadapan yang hadir. “Terlebih dahulu saya minta maaf, tetapi kes ini tidak dapat diteruskan.”
Aku terus terlopong mendengarnya. Elena yang duduk di sebelah aku sudah menggenggam lengan aku dengan kemas. Dia tersenyum kecil apabila pandangan aku alihkan pada dia. Apa maksudnya itu?
“Ada apa yang berlaku?” Soal aku.
Baru sahaja dia mahu membuka mulut untuk berbicara apabila suara tegas Puan Jeon bergema memecahkan suasana. Mata aku terus terfokus padanya.
“Mengapa pula begitu?”
Peguam tadi hanya beriak tenang. Satu fail diletakkan di hadapan Puan Jeon. “Menurut laporan kedoktoran, Cik Jeon Sung Kyung disahkan positif mengandung. Dan oleh itu pemfailan penceraian ini serta merta terbatal.”
Apa yang baru dia katakan?
Aku. . .mengandung?
Masa terasa begitu lambat berlalu sehingga aku mendapati yang diri aku terdiam untuk satu masa yang lama. Aku mengerdipkan mata beberapa kali, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru dikatakan. Aku tidak percaya semua ini. Aku sendiri bahkan tidak tahu yang aku, mengandung. Aku tidak tahu harus bereaksi seperti apa sekarang.
Sedih, sebak.
Gembira, bahagia.
Semua bercampur aduk, sehingga tangan aku menggeletar tanpa sebab. Aku gembira mengetahui hal ini, namun dalam masa yang sama aku takut. Takut dengan reaksi ibu Jungkook. Pastinya dia bertambah bencikan aku lagi selepas ini.
Dan, bagaimana aku boleh berpisah dengan Jungkook jika begini yang terjadi?
Perlahan-lahan mata aku mencari seraut wajah Jeon Jungkook. Airmata aku terus jatuh mengalir di pipi sebaik sahaja mata aku dan matanya bertembung. Jungkook memberikan aku satu pandangan yang baharu, yang agak sukar untuk aku tafsirkan.
Dia melihat aku, seperti dia memandang sesuatu yang berharga dan sangat-sangat dia sayangi.
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...