Jika tadi aku melangkah dengan bersungguh kuat, kini bagaikan semua tenaga di dalam tubuh aku hilang begitu sahaja. Seperti dibawa angin lalu. Badan aku lemah selemahnya sampaikan hendak berjalan ini juga seakan tidak mampu. Hati aku rasa sakit, tanpa sebab yang meyakinkan. Aku sedar akan keadaan aku bagaimana, dan ia membuatkan aku berasa kecewa yang teramatnya.
Mengapa aku merasakan ia seolah-olah adalah kesalahan aku?
Aku takut kalau-kalau Jungkook akan menjauhkan diri dari aku. Siapa sahaja yang mahu bersama dengan orang yang sakit macam aku ni? Dengan keadaan aku begini, mungkin akan jejaskan bayi dalam kandungan aku. Ayah Jungkook sendiri risau sebab anak ini besar kemungkinan akan terkena tempiasnya, kalau aku semakin lemah.
Dan Jungkook akan bencikan aku.
Baru sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik wad, langkah kaki terhenti tatkala mata aku terpandang sesosok tubuh yang sedang berdiri membelakangi. Memerhati dia yang masih menghadap tingkap membuang pandangan ke luar, aku berkira-kira hendak keluar semula. Namun cubaan aku untuk mengelakkan diri gagal, bila Jungkook berpaling dan memandang aku.
Seraut wajahnya kosong, tiada ekspresi yang ditunjukkan. Pandangan dia sukar untuk aku tafsirkan, sama ada dia sedang marah atau apa. Aku hanya buntu. Aku rasa takut dan gementar dalam masa yang sama. Dengan tindak balas yang Jungkook sekarang, bahkan membuat gelora di jiwa aku bertambah menggila.
Mata aku terus sahaja terasa hangat. Tanpa segan silu ia terasa berair semula, dipenuhi dengan cecair jernih ini. Aku sedih, kecewa, takut, segalanya. Aku takut ditinggalkan bersendirian. Aku tak kuat lagi.
“J-Jungkook saya, s-saya—” Kata-kata aku terhenti sebaik sahaja dia meluru ke arah aku secara tiba-tibanya. Mata aku terpejam. Lantas kemudian terasa tubuh aku ditarik masuk ke dalam dakapannya.
Aku terdiam kaku tanpa kata lanjutan, wajah dibenam di dadanya lantas aku menangis sepuas-puas hati. Melepaskan segala yang berbuku di hati aku dengan tangisan. Sesak kacau bilau di dada aku menjadi menggila, sakitnya itu sukar untuk aku ungkapkan. Lagi-lagi setelah aku terdengar Jungkook turut tersedu-sedu, rasa sedih sakit yang aku rasakan berkali lipat pedih jadinya.
Disebabkan perasaan takut kehilangan itu semakin membuak-buak di dalam diri aku, fabrik belakang baju Jungkook aku genggam kuat. Sambil aku menarik dia lebih rapat dengan aku, tidak ingin membiarkan dia pergi meninggalkan aku.
Sumpah, aku benar-benar takut, risau akan segala yang bermain dalam fikiran aku bakal menjadi suatu kenyataan yang memeritkan.
“S-saya sakit, Jungkook.” Luah aku perlahan, tersedu-sedu. Aku masih mahukan jawapan darinya. Jadi aku gagahkan diri, apa sahaja jawapan yang bakal dia berikan. Aku akan tahan.
Terasa belakang kepala aku diusap lembut, sebelum dia mengucup atas kepala aku. “Jangan fikirkannya, sayang. Awak takkan apa-apa.”
“Saya sedar realitinya seperti apa. Ia bukannya perkara yang mudah untuk dielak,” Aku menjarak tubuh sedikit. Cukup sekadar aku dapat melihat wajahnya yang memerah. “Sudah tidak ada apa-apa yang awak boleh harapkan dari saya. Apa awak akan tinggalkan saya, hm?”
Dahinya berkerut sementara tangannya digerakkan untuk menyentuh bibir aku. Meminta aku untuk tidak melanjutkan kata-kata lagi. “Apa yang awak cuba sampaikan ni, hm? Kenapa pula saya nak tinggalkan awak? Awak isteri saya, Jeon Sung Kyung.”
“Saya sakit, Jungkook. Saya takkan mampu bahagiakan awak, hanya bawa kesusahan. Pastinya awak akan rasa terbeban nantinya.” Tegas aku sekali lagi.
“Hey, takkan,” Jungkook pegang kedua belah pipi aku. Wajah dia rapatkan sedikit, memandang aku dari dekat. Memaksa aku untuk turut sama melihat ke arah matanya. “Takkan sampai bila-bila saya rasa begitu. Awak adalah tanggungjawab saya, dan saya tidak akan pernah tinggalkan awak. Kita sama-sama harungi semua ini, sayang.”
“Saya minta maaf. .”
“Awak tak perlu minta maaf. Awak tak salah apapun sayang. .” Sekali lagi aku ditariknya ke dalam pelukan. Kehangatan tubuhnya menyelimuti tubuh aku yang masih dihuni dingin takut. “Semua ini dugaan buat kita berdua. . Tuhan telah tetapkan satu takdir untuk kita, dan saya terimanya seikhlas hati. Sumpah, saya takkan berhenti mencintai awak sekalipun nafas ini terhenti.”
Aku bertambah sebak lagi-lagi setelah mendengar bait ucapan dari Jungkook itu. Entah mengapa, hati aku berasa lain. Sepertinya dia cuba menyampaikan sesuatu yang aku tidak fahami.
“Saya tak akan tinggalkan awak, sayang. . .”
*****
tataulaa, ada ka juga yg masi baca story ni hehe. sorryla mau tggu update bertahun lamanya TT ❤❤❤
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...