Bab 38

253 42 0
                                    

Aku memeluk tubuh sendiri yang kedinginan dan kesejukkan kerana dibasahi dengan hujan yang lebat. Semakin jauh aku berjalan, semakin kuat tangisan aku. Melepaskan segala yang berbuku di dalam hati. Rasa sakit dan perit itu.

Bibir aku bergemetaran hebat dek sejuk dan esak tangis yang menggila. Entah mengapa kali ini rasa sakitnya itu sangat menyakitkan, seperti direntap-rentap hati aku dengan kasar. Sakit sangat. Padahal sebelum ini juga aku pernah menghadap tomahan dan cacian seperti ini. Tetapi kenapa kali ini, ia memberikan aku rasa sakit yang sepertinya meninggalkan bekas di dalam hati aku.

Kenapa?

Dan jauh di sudut hati aku, aku merasakan suatu perasaan kecewa yang tersangat tebal. Memang apa ini yang Hyojung cuba sampaikan pada aku? Memang apa begini sakitnya hati terluka kerana hati dan perasaan? Kerana cinta?

Jika begini, memang aku tidak sanggup lagi. Aku lebih rela tidak mengenali apa itu cinta, berbanding harus menghadap kesakitan ini semua.

Ia menyakitkan, terlalu menyakitkan.

Aku tak pernah merasakan perasaan cinta, dan perasaan terluka kerana cinta juga tidak pernah. Kedua perasaan itu, adalah kali pertama ini aku rasakan.

Dan aku menyesalinya kini.

Tangan aku bergetar menekan loceng rumah Hyojung beberapa kali sehingga pintu pagar dibuka dari dalam. Terpampang susuk tubuh Hyojung di situ, sedang memandang aku atas bawah dengan matanya yang membuntang.

Aku tidak mampu membantu diri dari terus menerus menangis, dan akhirnya aku terus merangkul badan Hyojung. Mengharapkan sokongan kekuatan darinya kerana sejujurnya, aku benar-benar lemah sekarang ini.

“Jung. . .ia terlalu menyakitkan. A-Aku tak pernah rasa sakit begini, ia cuma— s-sakit.”

Belakang badan aku terasa ditepuk-tepuk lembut olehnya, sambil dia menggumam perlahan. Menenangkan aku. Semakin lama, kepala aku terasa semakin berputar-putar. Pening. Badan aku juga menggigil kerana kesejukkan. Aku semakin hilang keseimbangan diri bila pandangan aku mula berpinar. Dan akhirnya, penglihatan aku menjadi gelap serta merta.

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now