Bab 8

371 57 0
                                    

“Okay, saya akan tinggalkan awak sendiri buat masa sekarang. Mungkin awak perlukan waktu, saya tak akan paksa awak.”

Ujarnya sambil masih mengekalkan ketenangan nada suaranya. Dari hujung mata aku melihat dia bangun dan berdiri di tepi aku. Bahu aku ditepuk perlahan, mencuba menenangkan kecamuk dalam jiwa aku. Aku tak tahu apa kuasa yang dia ada, tapi jujur aku rasa tenang. Dia ada aura yang dapat tenteramkan perasaan panik aku serta merta.

“Oh iya kalau boleh, jangan terlalu banyak bergerak dahulu. Badan awak masih lemah, sebab awak didianogsis mengalami simptom malnutrisi. Jadi lebih baik, awak baring dan berehat semula.”

Aku hanya diam, mengakukan diri mendengar segala bebelannya. Bukannya aku tahu pun apa yang dia maksudkan dengan semua itu. Dan lagi satu, aku tak nak terpuruk di dalam hospital ini sahaja. Aku perlu pergi kerja sekarang.

Oh, kerja!

Aku terus membuka mata luas-luas mencari jam di dalam bilik ini. Dan mata aku tertancap pada jam dinding yang tergantung di sudut kanan bilik. Jam sepuluh pagi. Oh tidak, aku lambat!

Selimut aku selak dari menutup sebahagian kaki, dan aku berura-ura hendak turun dari katil. Melihat badan aku yang berbalut baju asing, kepala terus aku dongakkan melihat dia.

“D-di mana baju saya? Saya nak baju saya, saya nak keluar dari sini. Saya tak nak duduk lama-lama di sini, saya ada kerja.”

Dia mengeluh halus, badannya ditundukkan sedikit lantas kedua belah bahu aku digenggam. “Dengar Sung Kyung, berehat di sini, okay? Saya akan bawakan awak baju ganti yang lain, dan saya janji, saya sendiri akan bawa awak keluar dari sini. Tapi yang penting, awak sudah sihat sepenuhnya.”

Aku hanya tinggal diam. Menatap ke dalam anak matanya. Mencari kejujurannya di situ. Senyumannya melembut, memberikan aku keyakinan untuk mempercayai setiap kata-katanya. Rambut aku diuntaikan oleh dia ke belakang telinga.

“Berehat iya? Saya keluar sekejap belikan awak barang, nanti saya datang balik jumpa awak.”

Seperti dijampi, aku menganggukkan kepala hanya menurut apa yang dia katakan. Sebaik sahaja dia melangkah keluar, badan aku rebahkan semula ke atas permukaan katil. Baring mengiring, merenung jarum yang tertusuk pada belakang tangan aku. Semakin lama, aku semakin berasa pening.

Jadi lama-kelamaan, aku kembali tertidur.

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now