Bab 92

179 15 0
                                    

Baru sahaja Jungkook melangkah masuk ke dalam bilik wad Sung Kyung, alangkah terkejutnya dia bila mendapati yang isterinya itu mencuba untuk membuka segala alat bantuan yang tercucuh di tangannya. Alat oksigennya juga dibuka. Kelam kabut dia mendekat lantas menghalang tangan Sung Kyung.

“Apa awak buat ini, hm?”

“Saya mahu keluar dari sini. Saya mahu melihat pemandangan langit untuk terakhir kalinya.”

Jungkook memejam matanya sesaat. Bibir dikemam lalu dia menggelengkan kepala. “Apa yang awak merepekkan ini sayang? Sekarang sudah malam, di luar tu sejuk sangat. Awak mahu lihat apa kalau gelap?”

“Bintang, bulan kan ada? Bawa saya ke luar Jungkook, boleh?”

“Sayang . . .—”

“Ini permintaan terakhir saya.” Ujar Sung Kyung dengan suara sayu yang hampir tidak kedengaran.

Jungkook menunduk buat seketika, tidak tahu harus berkata apa lagi untuk menegahnya. Perkataan terakhir itu sendiri seakan-akan menghambat hatinya dengan kuat. Dia menggigit bibir dalam, mencuba menahan perasaan sebak yang menyerangnya.

“Jungkook. .” Sung Kyung menggoyangkan bahu suaminya apabila dia tidak mendapat respon untuk waktu yang agak lama.

Jungkook menarik nafas dalam dan menghembusnya perlahan. Badan diluruskan lalu dia mengusap rambut Sung Kyung ke belakang perlahan. Bibir dipaksakan satu senyuman nipis. “Baiklah, sayang. Tapi sekejap sahaja, selepas itu awak kena masuk semula ke mari.”

Sung Kyung tersenyum. “Okay.”

Dengan itu, Jungkook lantas menyusup lengan kanan ke bawah peha dan tangan kirinya menyokong belakang badan Sung Kyung. Badan kecil Sung Kyung dengan mudah dapat diangkatnya lalu dia berjalan menuju ke taman di luar.

Sebaik sahaja mereka berdua tiba di situ, kedinginan malam terus menerpa. Jungkook melabuhkan punggungnya ke atas sebuah kerusi kayu yang disediakan kebetulan menghadap langit malam yang terbentang luas. Terhiasi bulan dan bintang.

“Cantiknya.”

“Tapi sejuk, sayang.” Jungkook tertawa halus. Mahu menceriakan suasana yang janggal.

“Awak ada buat rawatan tak selama saya tak sedar hari itu?”

“Ada.” Dijawab sepatah. Jungkook menelan kegusarannya kerana menipu.

Tetapi Sung Kyung tidak menanggapinya sebagai satu penipuan. Dia percaya. Dalam hatinya ada sedikit kelegaan. “Baguslah. Awak kena sihat, tahu. Untuk anak kita.”

“Sayang pun kena sihat juga.”

Ada jeda seketika dalam perbualan. Sung Kyung menyandarkan kepala pada dada Jungkook, lalu memejamkan matanya beberapa saat tatkala dia berasa sedikit kelelahan. Nafas ditarik hembus berkali-kali, sebelum dia membuka mulut untuk berbicara lagi.

“Jungkook.”

“Iya, sayang.”

Sung Kyung menggerakkan tangannya untuk memegang bahu Jungkook. “Saya minta maaf sebab hampakan harapan awak. Saya nak awak tahu, cinta saya pada awak takkan pernah hilang. Meski saya sudah tak ada nanti, cinta saya tetap ada bersama awak.”

Jungkook menggigit bibirnya. Air mata sudah jatuh berjuraian ke pipinya, tidak tertahan perasaan sedih mendengar ucapan itu. Dia tidak sedap hati dengan semua ini, dia merasakan sesuatu yang aneh. Entah apa, cuma hatinya benar-benar rasa sakit seperti direnggut kuat. Pelukan tambah dieratkannya, Sung Kyung semakin ditarik ke dalam dakapannya, tidak mahu melepaskan.

Dia belum bersedia.

“Sayang. . . .tolonglah jangan. .” Dia mengucup lama dahi Sung Kyung, sambil air mata tidak putus-putus mengalir keluar. “Saya merayu. .”

“Maafkan saya, hm. .”

“Tak. . .tak jangan, sayang. .”

Perlahan-lahan, dia rasakan pegangan tangan Sung Kyung di bahunya semakin layu dan akhirnya, terjatuh. Tubuh badan dalam dukungannya ini juga seakan-akan tidak lagi bergerak. Tangisan Jungkook semakin lama semakin kuat, terhinjut bahunya berkali-kali kerana esak tangisnya yang menggalak. Dahi dingin Sung Kyung diberikan kucupan demi kucupan, lantas tubuh itu makin erat didakap.

“Sung, Jeon Sung Kyung!”

***

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now