Bab 37

262 42 1
                                    

Dia hanya mampu melihat belakang badan Sung Kyung yang berjalan semakin jauh dengan perasaan serba salah yang menebal. Jungkook mengepal penumbuk menahan emosinya, dia tidak mahu melawan dan meninggikan suara pada ibu bapanya. Namun dalam masa yang sama juga, dia hanya mahu membela Kim Sung Kyung.

Gadis yang dicintainya.

Dan, jiwanya meronta meminta agar dia segera keluar dari situ dan mendapatkan gadis itu. Tetapi dia sedari, keputusan itu bakal melukakan hati kedua orang tuanya, terutama sekali mummynya.

Jeon Jungkook menjadi dua hati.

Jadi hasilnya, dia masih terpaku di mana dia berdiri, menunduk memandang lantai setelah kelibat Sung Kyung hilang sepenuhnya. Dia terikat dengan janji untuk menjaga gadis itu, tetapi dia juga tidak mampu melawan kehendak ibu bapanya.

“Sudah, lupakan budak tu Jungkook. Mummy tahu, dia cuma gunakan kamu sahaja untuk memenuhi keinginannya. Bahkan mungkin dia sanggup berikan tubuhnya juga pada kamu, semata-mata demi duit. Masih ramai lagi perempuan di luar sana. Dan Mummy juga boleh carikan kamu pasangan hidup yang setaraf dengan kamu.”

M-Mummy. . .”

Suaranya bergetar kerana sendu tiba-tiba menguasai dirinya. Emosi yang melonjak naik, membangkitkan kemarahannya serta merta. Membina ayat-ayat kasar untuk dia lemparkan sebagai balasan sarkastik pada pernyataan murahan puan Jeon itu. Kerana rasa hormatnya pada orang yang telah melahirkannya ke dunia, dia menelan semula itu semua. Mengakibatkan tekaknya berasa perit.

Dia mengalihkan pandangan pada ayahnya pula, seakan-akan meminta sokongan kerana dia tahu selama ini hanya ayahnya sahaja yang mendukung segala keputusannya. Encik Jeon mengerti, lantas dia menganggukkan kepalanya memberikan keyakinan pada si anak.

Luahkannya, semuanya akan baik-baik sahaja.

Dengan itu, Jungkook memejamkan matanya seketika menarik semangat dari dalam dirinya. “Kalau Mummy katakan yang perempuan hanya mahukan kemewahan Jungkook, jadi apa bezanya Mummy dengan mereka? Mummy sendiri dahulunya hanya anak seorang pemandu kereta jika bukan kerana ayah mengambil Mummy sebagai isterinya.”

“J-Jeon Jungkook!”

“Jungkook katakan ini semua bukan berniat untuk melukakan hati Mummy. Tapi sebab saya mahukan Mummy sedar tentang status dan darjat itu semua tidak penting langsung. Perbezaan antara perempuan lain dengan Sung Kyung sangat banyak. Sehingga mata saya hanya tertumpu pada dia sahaja, kerana dia memiliki keistimewaan itu. Dia bukan gadis jalang yang dengan mudahnya merelakan dirinya hanya kerana duit. Kim Sung Kyung adalah gadis kecil yang paling sempurna di mata Jungkook setakat ini, dan saya cintakan dia.”

“Jungkook, seperti apa yang Mummy katakan tadi. Kalau kamu memilih budak itu, maka kamu bukan anak Mummy lagi.”

Jeon Jungkook tertawa halus, hujung jarinya menyeka setitis air mata yang mengalir dari tubir mata.

“Kalau Mummy tidak boleh mengalah dengan pilihan Jungkook, maka saya pun tak ada pilihan lain. Anggaplah yang anak Mummy tak pernah lahir, sebab saya bukan anak Mummy lagi. Jungkook dah cukup besar untuk membuat keputusan.”

Dan Jungkook terus berlalu keluar.

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now