Bab 67

193 24 0
                                    

“Sini, sayang.”

Aku merangkak menghampiri Jungkook yang berada di hujung katil, apabila dia menepuk permukaan tilam. Berikan aku isyarat supaya ke situ. Aku lunjurkan kaki menyentuh lantai, lalu dia berteliku di hadapan aku.

“Awak nak buat apa?” Soal aku bila melihat dia menarik tangan aku lalu membelek-belek ia.

Sebelah tangannya memegang tangan aku, manakala sebelah lagi memegang pengetip kuku. “Saya nak potong kuku sayang, dah panjang sangat ni.”

Aku hanya tersenyum kecil sambil memerhatikan dia yang begitu tekun dengan kerjanya. Timbul rasa serba salah dalam hati aku. Tapi sejujurnya aku lagi lebih terharu bila diperlakukan sebegini. Aku berasa disayangi sangat-sangat oleh dia. “Sebagai isteri awak, sepatutnya saya yang peka dengan semua ini. Sepatutnya saya yang melakukan hal ini pada awak, tapi sekarang keadaannya jadi terbalik pula. Saya jadi serba salah.”

“Kenapa pula cakap begitu?” Dia mendongak sedikit untuk bertatapan dengan aku seketika. Bibirnya menarik senyuman lembut. “Sebab awak isteri sayalah, saya buat semua ni tanpa rasa sedikit terbeban sekalipun. Lagipula, awakkan sekarang sedang mengandung, tak salah kalau saya jaga setiap satu keperluan awak. Ia tanggungjawab saya.”

Aku terharu, sungguh. Sehingga aku tidak dapat menahan diri dari tersenyum lebar bila dia kembali mengetip kuku aku. Wajahnya yang sedang memfokus aku tenung dalam-dalam. Betapa aku bersyukur memiliki lelaki bernama Jeon Jungkook ini, dalam hidup aku. Pelengkap untuk setiap kekurangannya aku.

Lama-kelamaan merenung wajah Jungkook, aku mulai sedari yang kulitnya semakin pucat dan tidak bermaya. Kata hati aku kuat mengatakan yang dia mungkin sahaja sakit, tetapi setiap kali aku bertanya, dia akan menidakkannya. Sedangkan mata aku jelas boleh melihat yang sebenarnya dia menyelindungkan sesuatu. Aku takutkan kenyataan itu.

Kenyataan yang Jungkook sering berahsia dengan aku.

Disebabkan aku sayu melihat wajahnya kini, tangan aku gerakkan ke pipi dia lalu mengusap ia perlahan. Hal ini membuat dia terhenti dengan perlakuannya lalu dia mengangkat wajah melihat aku.

Sekali lagi, dia mengukirkan senyuman lembut buat aku. “Kenapa sayang?”

Kepala aku geleng lemah, begitu juga dengan senyuman aku, lemah sahaja. Aku turut menjadi lemah melihat Jungkook, sungguh. “Awak baik-baik sahaja kan, Jungkook?”

“Saya okay, jangan risau.”

“Tapi muka awak betul-betul pucat. Awak buat saya risau.”

Tangan dia naikkan untuk mengusap atas kepala aku. “Saya terlalu penat bekerja barangkali, sebab itulah saya minta cuti dua hari ni. Saya nak rehat di rumah.”

Aku tenung ke dalam anak matanya, mencari-cari kepastian. “Betul, awak tak sakit apa-apa?”

“Iya sayang, buat apa saya menipu kan?”

Dia yakinkan aku. Tetapi kenapa hati aku tetap rasa aneh? Rasa takut tanpa alsebab yang betul.

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now