Dia meneguk cola sementara menunggu mi ramennya kembang dan siap untuk dimakan. Punggung disangkut pada tepi meja, menatap mangkuk ramen dan tin melekap di bibir. Jasadnya di situ, tetapi fikirannya melayang jauh. Atau lebih tepatnya, fikirannya memfokus pada seseorang.
Terlalu asyik mengelamun, tidak sedar yang dia sedang tersenyum-senyum sendiri. Juga dia tidak perasan akan seorang manusia yang menyelinap masuk ke dalam bilik itu secara senyap.
Masih dengan dunianya sendiri.
“Booo!”
Belakang badannya dicepuk kuat sehingga cola yang berada dalam tangannya terlepas jatuh. Jungkook melompat terkejut. Melihat tingkahnya, Taehyung ketawa terbahak-bahak sambil menekup perut.
“Mengelamun apa weh sampai aku masuk pun kau tak sedar? Sudahlah sengih-sengih sendiri, macam orang tak betul aku tengok. Apahal?” Soal Taehyung setelah meredakan tawanya. Dia duduk di kerusi kulit berdekatan.
Jungkook mendengus geram, melihat colanya yang tumpah di lantai. Jelingan maut dilemparkan pada Taehyung. “Kau hutang aku cola, setan,” Hambur Jungkook sambil menunduk mengutip tin cola yang sudah kosong. “Kau nak apa datang sini?”
Taehyung kerutkan dahi. Pelik. “Aku nak apa kau tanya? Weh setan, kau yang suruh aku datang sinilah!”
“Oh,” Jungkook tertawa halus menyedari kesilapannya. Selepas membuang tin ke dalam tong, dia mengambil tempat di hadapan Taehyung dan bersedia untuk memakan ramennya. “Aku ada benda nak minta tolong dengan kau sebenarnya.”
Taehyung angguk tanda faham. Mata fokus melihat Jungkook yang begitu berselera menyantap ramen. “Kata doktor, kenapa makan ramen je?”
“P-pembetulan,” Berusaha Jungkook bercakap dengan mulut yang penuh dengan mi ramen panas. “Fuhh, aku bukan doktor tapi sekadar pembantu sahaja. Bapa aku yang doktor.”
“Eleh, sama saja pun. Hospital in bapa kau punya, kan? Kiranya macam kau punyalah juga, jadi kau pun doktorlah, arnab.”
“Lantaklah, apa-apalah yang kau kata.” Jungkook masih fokus untuk makan ramen. Berasa panas, hoodie yang menutup sebahagian kepala ditolak ke belakang.
Pandangan Taehyung lantas jatuh pada luka lebam yang berada di tepi mata kanan Jungkook. “Ohoi, siapakah yang berani-berani pukul kawan aku ni, haaa?!”
“Apa?” Jungkook blur.
“Itu, luka lebam tepi mata kau tu, kenapa setan? Dia yang luka tapi tak sedar. Kau dari mana sampai kena pukul?”
“Oh ini, semalam aku bergaduh di club. Chill man, biasalah orang lelaki kan?” Selamba Jungkook membalas sambil menayang sengihan.
Taehyung menggeleng kepala, tangan disilang ke dada. “Apa benda yang kau nak minta tolong dari aku ni? Aku jadi curious. Tak pernah-pernah kau nak minta tolong dari aku.”
Jungkook tersenyum senget. “Aku nak kau tolong aku cari identiti seseorang. Aku dengar kau ada orang-orang upahan yang boleh cari benda semua itu. Boleh tak?”
“Benda mudah, kau nak aku cari siapa?”
“Ada satu budak perempuan ni, aku nak tahu siapa dia.”
Taehyung membesar matanya sebelum tersengih sumbing. “Ohoooo, tengoklah Jungkook tiba-tiba nak tahu pasal perempuan lah. Siapa agaknya budak tu yaaa.”
Jungkook hanya tersenyum.
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
ФанфикETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...