Bab 39

264 44 0
                                    

Aku mencelikkan mata bila terasa dahi aku melekap dengan suatu objek yang basah. Nafas aku hela perlahan, melepaskan satu keluhan yang panjang. Aku menggerakkan sedikit badan aku yang terasa kaku dan sengal kerana berbaring dalam satu keadaan yang sama sahaja. Apabila sudah sedar sepenuhnya, tangan aku bergerak ke dahi untuk mengambil tuala basah yang menempel di situ.

Apabila badan aku tiba-tiba terasa dingin dan menggigil, selimut di bawah kaki aku tarik sehingga menutup sebahagian kepala. Aku berpaling ke kiri dan menenangkan diri. Masih terasa kesan demam itu, kepala aku masih terasa berat. Mahunya berbaring dan tidur sahaja.

Dalam lebih kurang beberapa saat aku menutup mata, aku dikejutkan semula dengan jeritan nyaring seseorang dari luar rumah. Dalam keadaan masih mamai, aku mencuba mengenal pasti suara siapakah itu.

Sekali lagi suara itu menjerit, lantas jantung aku berdegup kencang kerana suara ini, sangat-sangat aku kenali. Badan aku yang sedia menggigil, bertambah menggeletar mengetahui ayah aku berada di luar sekarang ini.

Dalam keadaan yang lemah, aku berjalan keluar untuk mencari Hyojung. Baru sahaja aku mendekati pintu biliknya, bila mulut aku tiba-tiba ditekup oleh seseorang dari belakang. Aku meronta-ronta meminta untuk dilepaskan, namun bisikkan pada telinga aku membuat perlakuan aku terhenti.

Aku berpaling padanya. “Hyojung, aku takut. Ada ayah aku di luar. Aku nak buat apa ni? Aku takut.”

“Shhhh. . . .” Dia letakkan hujung jarinya pada mulut aku. Matanya meliar ke kiri kanan dalam keadaan cemas. “Kau jangan risau, aku akan hadap dia. Kau bawa beg kau ni, keluar dari pintu belakang sementara aku alihkan perhatian dia, faham? Ada seseorang yang akan tolong kau di belakang.”

Badan aku yang tadinya dingin, kini berpeluh-peluh kerana ketakutan. Kepala aku gelengkan. “Nanti ayah apa-apakan kau, macam mana? Aku takkan tinggalkan kau.”

“Pergi sekarang, Sung Kyung. Dia ke mari untuk mencari kau, jadi kau perlu untuk selamatkan diri kau bukan aku. Pergi, faham?”

Aku menjadi cemas luar biasanya, ditambah lagi dengan demam. Menyebabkan kepala aku bertambah seperti berpusing-pusing. Jadi mahu tidak mahu, aku terpaksa akur dengan arahan Hyojung.

“Jung, jaga diri iya?”

Dia memeluk aku kejap. “Kau juga jaga diri iya di tempat orang. Satu sahaja yang aku ingin katakan, dia memang bersungguh dengan kau. Jadi binalah kisah cinta kau sendiri, bina kebahagiaan kau.”

“M-maksud kau, dia, dia siapa?”

Hyojung hanya tersenyum lembut sebelum menolak belakang badan aku ke arah pintu belakang. Sementara dia berjalan ke pintu depan. Tangan dia berikan isyarat, menyuruh aku pergi.

Lantas dengan gementarnya, aku memulas tombol pintu belakang lalu menguakkan daun pintu. Aku terkaku seketika melihat gerangan yang dimaksud dia, oleh Hyojung tadi.

Tanpa banyak soal lagi, dia terus menarik tangan aku, membawa aku pergi. Langkah ini, bermakna aku sedang menuju ke satu hidup yang baharu. Dia melangkah keluar dari pintu rumahnya, hanya kerana aku? Hanya kerana ingin hidup bersama dengan aku?

“Saya sudah pernah katakan, tiada apa yang dapat pisahkan awak dari saya melainkan maut sahaja.”

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now