Bab 25

358 48 6
                                    

Aku tertawa kecil sambil menyentuh hujung hidung aku. Rasanya aku seperti orang yang tidak betul sahaja bila tidak boleh berhenti memikirkan tentang kelakuan Jeon Jungkook semalam.

Jeon Jungkook, akhirnya nama itu meluncur keluar lagi dari mulut aku selepas sebulan lebih tidak bersua muka.

Entah mengapa aku menjadi sefanatik ini bila memikirkan tentang lelaki itu. Seperti kelmarin adalah pertama kali aku bertemu dengannya. Waktu ini, saat ini, aku rindu ingin melihatnya lagi, melihat senyumannya, dan mendengar suaranya yang merdu itu. Padahal sebelum ini, tidak juga aku memikirkannya bagaikan orang dilamun cinta.

Kenapa kali ini?

Kenapa setelah dia muncul semula, aku merasakan perasaan ini?

Aku tersenyum malu. “Jeon Jungkook.”

“Iya saya?”

Satu suara bergema di belakang aku lantas sepantasnya aku berpaling. Melihatnya seluruh muka aku terus terasa berbahang panas. Dia, di depan aku sekarang. Sudah berapa lama dia mengikut aku? Apa dia melihat kelakuan gedik aku yang tersengih-sengih sendiri tadi? Ah malunya!!!

“J-Jungkook? Sejak bila awak ekori saya ha? A-awak nak apa?”

“Semenjak tadi, dari mula awak melangkah keluar dari pagar rumah lagi saya sudah ekori dari belakang.”

“M-maksudnya, awak tengok saya membebel sendiri, ketawa-ketawa sendiri, sejak tadi itu?”

“Dengan jelas,” Ujarnya lalu tertawa. Matanya tak pernah tinggalkan mata aku, sehingga aku yang terpaksa tunduk menyelindungkan muka, malu. “Awak nak pergi kerja ke?”

Aku hanya menganggukkan kepala bagi menjawab pertanyaannya itu. Tidak lama kemudian, dia maju menghampiri aku lantas beg yang tergantung di bahu aku diambil olehnya. Tali beg disangkutkan pada bahunya pula, lalu tangan aku diraih ke dalam genggamannya. Aku hanya terkaku, membiarkan dia dengan perlakuannya.

“Jom, saya temankan awak.”

Tanpa sempat aku menolak atau berkata apa-apa lagi, dia sudah menarik tangan aku supaya mengikut langkahnya. Lagipula, disebabkan aku terikat janji dengannya, tidak mungkin aku dapat menolaknya.

“Awak tahu ke di mana saya kerja?”

“Entah, cuma saya teka-teka sahaja yang awak masih bekerja di minimart 7Eleven tu. Dan, saya lega awak sudah tidak bekerja di kelab lagi.”

Aku memang sudah lama berhenti dari bekerja di sana. Dari semenjak kali terakhir aku bersamanya dulu, aku mengikut nasihatnya supaya tidak bekerja di situ lagi. Hasilnya pada waktu malam aku kerja separuh masa di kedai runcit Encik Hwang untuk sebulan. Tapi sekejap. . .

“Awak cari tahu pasal saya lagi ke? Jangan-jangan pertemuan kelmarin itu pun memang awak yang rancang kan?”

Dia hanya tertawa mendengar tekaan aku. Aku dipandang sekilas dengan senyuman sebelum dia memandang ke hadapan semula. “Kalaulah saya yang rancang, mungkin hari kedua selepas kita berpisah dulu saya dah cari awak semula. Buat apa saya buang masa lama-lama berpisah dengan awak. Tapi saya bukan pengecut, yang main kotor dalam cabaran awak. Rasanya pengorbanan saya berbaloi.”

“Tetapi kenapa? Apa yang ada pada saya sampai awak masih tetap tunggu saya? Sudahlah saya budak lorong kotor, banyak lagi perempuan yang lebih cantik dari saya. Saya tak ada rupa pun.”

“Saya tak pernah bagitahu sebabnya?”

Aku menggelengkan kepala. “Tak.”

“Sebab awak gadis pertama yang berjaya mencuri hati saya. Awak pencuri yang nakal, selalu buat saya terfikir tentang awak. Apa yang awak buat pada hati saya, huh?” Dia tersenyum senget pada aku sambil menyepetkan matanya. Aku tertawa kecil lalu mencebikkan bibir.

“Awak nak ke hati awak semula, saya boleh pulangkan?”

“Tak apalah, awak boleh simpan buat selama-lamanya.”

Aku tidak dapat membantu diri dari tersenyum setelah mendengar ujarannya itu. Terlalu manis.

*****

//fangirling// XD

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now