Bab 40

314 48 0
                                    

Semuanya berlaku sekelip mata sahaja.

Seperti baru semalam aku mengenali lelaki bernama Jeon Jungkook ini, baru mengenali apa ertinya cinta, dan baru mengenali apa maksudnya pengorbanan. Dan seperti baru semalam juga aku merasakan kekecewaan, tetapi hari ini sepertinya hati aku telah diubati sepenuhnya.

Tiada perkataan selain bahagia, yang dapat menggambarkan perasaan aku tika ini. Beberapa saat yang lalu, Jungkook dan aku memeterai janji akan hidup semati, di kala senang dan susah, di kala gembira dan sedih, di kala bahagia dan terluka, di dalam ikrar ikatan perkahwinan yang suci. Hanya bersaksikan paderi, Elena dan Taehyung.

Majlis ini berjalan dengan sederhana.

Namun membawa berjuta rasa gembira dan bahagia yang tidak terkata. Aku tidak menjangka yang aku akan berkahwin di usia semuda ini, dan aku juga tidak menduga yang aku akan berkahwin dengan seorang lelaki yang baru aku kenali beberapa bulan yang lalu. Aku tidak pernah menjangka, seorang Jeon Jungkook mampu membuat hati aku berputar 360 darjah sehingga aku sendiri tidak sedar yang aku telah membuat keputusan sejauh ini.

Aku telah sah menjadi isterinya, isteri kepada Jeon Jungkook.

Ada satu perkataan yang tidak lagi pernah terluahkan oleh aku selama ini pada dia, namun perkataan itu membawa seribu satu makna di dalam hidup aku. Dia satu-satunya lelaki yang berjaya membuat aku merasakan kehebatan satu perkataan itu.

Cinta.

Memikirkan tentang itu, membuat aku berasa sebak tanpa alasan yang betul. Akhirnya tanpa kata, aku menangis perlahan sebaik sahaja aku berpaling menghadap suami aku. Wajah aku tundukkan melihat badannya yang tersarung kemas sut berwarna hitam. Dia terlihat sangat sempurna dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Betapa aku bertuah kerana memilikinya.

“Tengok saya,” Kedua tangannya menekup pipi aku, menaikkan wajah aku supaya dapat bertatapan mata dengannya. Disebabkan aku masih berasa sebak, aku memejamkan mata. “H-hey baby. . .tengok saya. Buka mata dan pandang saya, tolong.”

Aku mengetap bibir mengawal esak tangis, lalu sedikit demi sedikit mata terbuka membalas renungan matanya yang redup. Sebaik sahaja mata kami bertembung, dia tertawa halus di dalam sendu yang bercampur. Mata dan pipinya juga kelihatan merah kerana menangis.

Dahi kami disatukan, menjadikan jarak wajah kami rapat, sangat rapat. Nafasnya menampar kulit wajah aku dengan lembut.

“Walau apapun yang berlaku di masa hadapan, berjanji dengan saya yang awak tak akan pernah tinggalkan saya. Awak akan kekal di sisi saya, bersama mengharungi apa sahaja dugaan.”

Aku menganggukkan kepala. Mendengarkan kata-katanya itu bahkan membuat aku bertambah sebak. “S-Saya janji.”

“Berjanji yang awak cintakan saya, sampai bila-bila?”

“Saya cintakan awak, Jeon Jungkook.”

Jungkook tersengih halus sambil menganggukkan kepalanya tanda berpuas hati dengan jawapan aku. Lalu tanpa memberikan sebarang isyarat dia melekapkan bibirnya pada bibir aku, tanda yang kami telah bersatu di dalam satu ikatan yang suci. Ikatan suami isteri.

“Saya cintakan awak juga, Jeon Sung Kyung.”

*****

a lot of wuv for the vote! jutaan terima kasih pada yang sudi baca story ini ❤❤

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now