Entah kenapa diriku bagai telah dipukau segalanya telah berlaku dan aku masih tak sedar. Semuanya ku turuti tanpa ku lawan. Tapi benci dan dendam aku terhadap lelaki itu semakin menebal. Biarpun sebelum ku pernah simpan sedikit perasaan pada dirinya. Segala perasaan itu telah hancur tatkala dia sendiri mengaku bahawa dia adalah pelaku di depan ibu bapanya dan ayahku.
Dia adalah lelaki palingku benci! Setiap inci susuk tubuhnya aku jeling. Terasa jijik bila ku ingati semula. Aku terpaksa setuju kerana tak mahu membesarkan masalah. Saat ini aku sudah sah bergelar seorang isteri buat Adam Harraz pada usia belasan tahun. Gila kan? Ya ini memang gila! Mahu saja aku cakar-cakar wajahnya. Itukah wajah yang dibangga-banggakan oleh guru kerana kecemerlangannya daripada tingkatan satu hinggalah sekarang.
"Kau jangan ingat bila kita dah kahwin kita akan hidup macam suami isteri yang biasa." Harraz meletakkan songkoknya pada meja belajarnya.
"Kau ingat aku ni terhegeh-hegeh sangat sangat ke nak jadi isteri kau? Dasar perogol! Ini ke anak buah pak imam kononnya setiap malam solat jemaah kat masjid padahal dalam diam nafsu bertuhankan syaitan! Kau memang munafik!" Lantang suara aku mengeluarkan suara.
Terjegil mata Harraz melihat tingkahku. Lantas dia menuju ke arahku dan menekup mulutku persis kejadian pagi tadi. Segala-galanya terimbas kembali. Aku kembali panik.
"Mulut kau jaga sikit. Kau ingat dengan keadaan kau dah kena rogol dan tak suci ni lelaki mana yang nak ambik kau jadi isteri? Satu kampung dah tahu kau dah kena tebuk. Kalau mulut kau tak lantang bersuara masa kau kena rogol tadi mesti aku takkan jadi suami kau. Eliana tu jauh lebih bagus dari kau." Bisikkan Harraz pada telingaku membuatkan hatiku sakit. Tiba-tiba nama Eliana dipetik.
Ya, Eliana adalah teman Harraz. Ada ura-ura mengatakan mereka sebenarnya dalam diam bercinta. Ternyata memang benar setelah mendengar kenyataan dari Harraz yang telah membandingkan aku dan Eliana.
Aku menolak kasar tangan lelaki itu.
"Aku benci kau Harraz. Kau memang lelaki tak guna!" Aku jerit sepuas hatiku.
"Kau diamlah!" Suara garau lelaki itu bergema di telingaku.
Pintu bilik diketuk dari luar. Aku dan dia berpandangan.
"Kenapa ni? Korang bergaduh ke?" soal umi Harraz dengan lembut yang risaukan keadaan anaknya dan aku di dalam bilik.
"Kau ni memang nak mati!" Jari telunjuknya menunjal dahiku. Rambutnya dikusutkan dan dia melangkah membuka pintu terlihat susuk tubuh dengan riak wajah yang begitu risau.
Sempat Harraz menjeling tajam padaku sebelum keluar dan menutup semula pintu. Aku dibiarkan seorang diri di dalam bilik.
******
Setelah seminggu berlalu barulah aku mempunyai kekuatan untuk datang ke sekolah. Sampai saja di sekolah mereka yang ada di tapak perhimpunan masing-masing berbisik sesama sendiri. Aku malu kerana menjadi bahan bualan orang.
"Untunglah, dapat jadi isteri Harraz! Tapi kesian kena rogol dulu baru dapat kahwin dengan dia!" Terdengar sindiran dari suara yang cukup ku kenali. Dia adalah Ayu. Mulut celupar dan memang sejak azali menjadi musuhku.
"Mulut kau jaga sikit Ayu!" Farhan yang diam bersuara.
Tanpa banyak kata Farhan menarik tanganku ke kantin sekolah. Aku hanya menurut.
"Eryna, ni aku ada belikan kau karipap. Aku tahu kau sukakan?" Farhan yang baru datang dan menyerahkan kuih yang dibelinya.
Dia duduk berhadapanku.
"Apa-apa yang jadi hari ini percayalah Allah SWT sentiasa ada dengan kau. Dan, kau percayalah aku pun akan selalu ada dengan kau Eryna. Kitakan sahabat. Aku akan cuba lindungi kau." Ujar Farhan memulakan bicara.
Aku rasa terharu dengan kata-kata Farhan. Benar, aku rasa selamat bila berada dengannya. Kata-katanya membuatkan hatiku sedikit tenang.
"Berani betul jantan tu masuk sekolah macam biasa padahal dialah punca, dasar binatang! Tak ada pulak orang mengata dia. Kau pula bila masuk sekolah kena pandang serong macam kau pulak yang rogol orang. Tak faham aku." Farhan mengetap bibirnya.
"Dia tu budak bagus kepercayaan orang. Aku ni apa aje ada. Kelas pun kelas corot. Apa yang aku nak harapkan. Aku tak harap pun akan disanjung bila masuk sekolah. Aku kuatkan diri pun sebab aku nak belajar. Aku tahu risiko aku masuk sekolah aku akan dipinggirkan." Lemah aku menuturkan kebenaran yang akan terjadi.
"Aku sayang kau Eryna." Bisik Farhan.
Aku yang terdengar bagaikan terpaku. Benarkah apakah yang diungkap oleh lelaki itu tadi.
"Apa kau cakap tadi Farhan?" Aku bertanya kembali.
"Tak ada apalah. Dengar ni Eryna, mulai hari ini kalau kau nakkan pertolongan aku boleh tolong." Entah kenapa senyuman ikhlas dari Farhan membuatkan jantungku berdebar.
Tiba-tiba ada tepukan dari seorang lelaki yang tersenyum sinis.
"Wow! Ada yang nak jadi hero!" Reza gelak sakan memandang Farhan.
"Kau nak apa?" soal Farhan yang menjeling pada Reza.
"Kenapa kau nak lindungi dia Farhan? Dia dah tak suci pun. Orang pun akan pandang dia macam perempuan jalang." Reza gelak terbahak-bahak persis orang gila. Pelajar lain yang lalu terus menumpukan pandangan pada kami.
Entah kenapa ketawa Reza bagaikan dejavu buatkan aku teringat sesuatu. Ketawa dia bagaikan aku kenali. Kepala aku menjadi kusut segera aku tepis jauh kejadian yang mula ulang tayang semula bagaikan rakaman video di dalam minda.
Loceng mula berbunyi menandakan perhimpunan bermula. Aku dan Farhan terus berlalu meninggalkan Reza. Dia seolah tak berpuas hati dengan kami.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...