BAB 61

616 16 5
                                        

Selesai makan tengahari dengan umi. Aku hampir tak tahu hendak melakukan apa lagi. Sempat aku bertanya umi ketika makan tadi. Kenapa abah tak ada ketika waktu makan tengahari tadi. Umi kata yang abah dah lama tak makan lauk masakan umi. Harraz dan Inara pula masih belum pulang. Sekarang jam sudah masuk pukul 2 petang.

Aku berjalan ke dapur lalu memandang ke pintu dapur. Aku nampak kelibat abah yang sedang jauh termenung dibawah pohon yang redup. Disebabkan hatiku mula terdetik ingin keluar aku segera menyarung tudung sarung dan keluar untuk bertemu dengan abah.

"Assalamualaikum abah." Sapaku sambil tersenyum lalu mengambil tempat dekat dengan abah.

Abah yang tersedar dari lamunan terus memandangku. Tak ada pula tanda-tanda dia akan marah tapi dia langsung tak menjawab salamku. Iyalah, orang tengah marahkan? Karang silap cakap mau aku pulak yang makan penampar.

"Abah dah makan ke tadi masa Eryna makan dengan umi. Eryna tak nampak abah pun."

"Dah."

Aku hanya menganggukkan kepala. Terasa aura yang menakutkan berada disekelilingku.

"Abah nak minum air ke? Kalau nak Eryna boleh tolong buatkan untuk abah. Mesti hauskan tengah panas kan?" Aku mula mempelawa abah untuk minum. Dah tak ada topik punya pasal nak bersembang.

"Tak payah, tak haus pun." Abah memandang ke arah lain. Nampak gaya macam dah jauh sangat fikiran melayang tu. Entah apa yang difikirkan tak tahulah.

Aku menghela nafasku.

"Abah marahkan Eryna ke? Eryna minta maaf dengan kata-kata Eryna tempoh hari. Eryna akui, Eryna dah biadap dengan abah. Eryna tak ada niat pun nak buat abah kecil hati dengan Eryna." Aku cuba berani untuk berterus terang dengan niatku. Sampai bila nak bergaduh?

Lama abah mendiamkan dirinya. Fikiran abah nampak kusut.

"Abah tak salahkan Eryna. Abah sepatutnya malu dengan diri abah sebab tak dapat kawal perasaan abah."

Aku menghela nafas mendengar kenyataan dari abah. Sekurang-kurangnya aku tahu dia tak menyimpan amarah pada aku.

"Abah malu dengan menantu abah yang tegur dan sedarkan abah. Abah baru tersedar yang selama ini abah banyak salah dengan anak kandung abah sendiri. Abah abaikan satu-satunya anak tunggal abah. Abah tak pernah bagi dia perhatian sejak dari kecil. Abah berdosa dengan anak abah sendiri. Abah orang gagal." Nada suara abah mula berubah. Seolah-olah menahan sebak.

"Abah tak gagal. Sekarang abah tengok siapa Harraz sekarang. Dia adalah orang yang paling Eryna kagumi sekarang."

"Eryna, dah lama abah simpan kisah ini. Abah sebenarnya malu nak cerita pada orang lain."

Aku mula berdebar mendengar kata-kata abah.

"Abah dengan umi pernah bercerai sebab tak sehaluan. Kami kahwin sebab aturan orang tua. Abah tak pernah cintakan umi. Masa awal perkahwinan kami, abah dah cakap dengan umi awal-awal. Abah sibuk dengan kerja dan tak nak ada anak lagi. Abah minta umi rancang kehamilan tapi Tuhan tu lebih berkuasa. Allah S.W.T hadirkan seorang zuriat dalam rahim umi. Abah tak boleh terima anak tu. Untuk pengetahuan, Eryna daripada sebelum kahwin lagi abah memang tak suka dengan umi. Abah tak suka umi sebab dia punca abah tak dapat kahwin dengan pilihan hati abah.

Selepas anak tu lahir. Abah tak pernah endahkan dia. Abah tak ambil tahu pasal dia. Selama ini yang didik dia semuanya adalah umi. Umi tak ubah seperti ibu tunggal. Cukup bulan abah bagi nafkah tapi abah tak pernah ambil tahu tentang mereka. Sekali lagi masa Harraz umur 10 tahun. Abah nekad nak menceraikan umi tapi tak jadi sebab Harraz terkena jangkitan paru-paru. Berhari-hari Harraz kena tahan dekat wad. Abah langsung tak pernah ambil tahu tentang dia.

Ada suatu hari abah tak ingat sebab apa tapi abah pernah pukul dia lebih teruk daripada yang berlaku tempoh hari. Abah sepak terajang dia sampai dia ada parut dekat bahagian betis. Allahuakbar, berdosanya aku pada anakku." Akhirnya abah menghamburkan tangisnya.

Memang aku perasan ada parut dibahagian betis Harraz. Tergamak betul abah buat Harraz begitu.

"Abah, setiap manusia ada buat kesilapan. Eryna pun ada kesilapan sendiri."

"Tapi kesalahan Eryna tak sebesar kesalahan abah."

Aku memegang erat tangan abah. Salah satu cara menenangkan abah.

"Abah malu dengan isteri dan anak abah. Abah malu dengan perbuatan abah selama ni. Abah memang kejam bahkan binatang pun tak pernah buat anak dia macam tu." Abah mengutuk dirinya sendiri.

"Abah, selagi kita bernafas. Kita masih berpeluang untuk tebus kesalahan. Selagi ada waktu kita ambil kesempatan ini untuk minta maaf dari mereka. Sekurang-kurangnya kita masih ada kesedaran dengan kesalahan kita. Eryna selalu sokong abah. Eryna yakin Harraz bukanlah seorang pendendam walaupun Eryna baru kenal Harraz. Eryna yakin yang dia dapat maafkan abah."

"Dapat ke umi maafkan abah?"

"Eryna tak yakin tapi selagi kita tak cuba. Kita tak tahu. Abah kena tunjukkan kesungguhan pada mereka yang abah betul-betul dah berubah. Abah tak boleh marah-marah lagi. Mulai hari ini abah kena tekad. Eryna yakin yang abah boleh." Aku menepuk bahu abah untuk memberinya semangat dan tekad yang baru.

Abah mengesat sisa air matanya.

"Ayah kalau nak bagi Eryna semangat macam nilah sebab tu sampai sekarang Eryna masih kuat."

"Ayah Eryna hebat dia tak gagal didik menantu abah. Beruntung abah ada menantu yang baik macam Eryna. Cantik, baik dan hormatkan orang tua."

Malu pulak rasa bila dipuji oleh abah. Terasa hidungku kembang semangkuk.

"Eryna mencontohi sikap umi. Umi walaupun dah berusia tapi masih cantik. Baik? Eryna beruntung ada ibu mentua sebaik umi. Selalu perempuan takut nak kahwin kalau dapat mentua garang tapi Alhamdulillah rezeki Erynakan. Eryna pun beruntung juga sebab ada bapa mentua yang tegas. Tak dapat bayangkan kalau abah tak tegas entah-entah kami mungkin dah bercerai-berai agaknya."

Abah hanya tersenyum memandangku.

Aku rasa ada mata yang memerhati kami berdua. Sempat aku mencuri pandang ke arah pintu dapur. Aku nampak Harraz bercekak pinggang memandang tajam ke arah aku dan abah. Dah balik rupanya? Muka pula ketat semacam. Aku nampak kelibatnya mulai menghilang. Aku mula fokus kembali kepada abah.

"Terima kasih Eryna. Selama ini abah tak ada tempat nak luahkan apa yang terbuku dalam hati. Abah banyak simpan sendiri dalam hati ni."

"Terima kasih pada abah juga. Eryna sayang abah dengan umi. Jangan gaduh-gaduh lagi abah. Bahagiakan umi isteri abah. Doa Eryna selalu ada buat abah."

Abah mula melafazkan syukurnya.

"Abah betul ke dah makan? Eryna tengok abah macam tak bermaya aje."

"Belum dari semalam abah belum makan. Sebelum ni abah memang ada makan dekat luar tapi hari ini rasa macam malas nak keluar tapi tak apalah. Abah belum lapar lagi."

"Abah jangan macam ni. Abah kena jaga kesihatan. Abah kena makan baru ada tenaga. Umi pun sebenarnya risau abah tak nak makan. Jom, Eryna teman abah makan nak?"

"Umi risaukan abah ke?" Soal abah.

"Mestilah risau. Abah kan suami dia. Jom, abah kena makan banyak-banyak. Hari ni, Eryna dengan umi masak. Insya-Allah dijamin sedap. Mesti bertambah nasi kalau abah makan nanti." Aku mula bangun.

Berat untuk abah bangun. Aku memegang tangan abah. Akhirnya, abah akur dengan kata-kataku. Aku menyediakan semula lauk. Nasi ku letakkan dalam pinggan abah. Air juga ku tuangkan untuk abah. Nampak abah seperti menelan air liur.

"Kan Eryna dah cakap abah mesti lapar kan? Tadi Eryna ajak kata tak lapar lagi. Sekarang makanlah." ujarku dengan mesra.

Abah mula menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Yang tu lauk umi yang masak."

Hampir menitis air mata abah ketika mengunyah makanannya.

"Sedap." puji abah.

"Mestilah sedap. Air tangan seorang isteri yang masakkan? Makanlah kenyang-kenyang." Aku hanya melihat ayah makan. Sesekali bila lihat gelas abah hampir kosong aku tuang air lagi. Berselera betul abah makan.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang