BAB 88

305 7 5
                                    

"Dia insiden langgar apa?" Soalku setelah Faiz usai bersembang dengan papa Farhan.

"Dia bawak motor, masa tu lalu dekat dengan kebun sawit. Entah macam mana ada babi melintas. Jadi dia terlanggar babi. Teruk jugaklah keadaan dia kaki dengan tangan patah. Dekat bahagian betis dia kulit terkoyak."

"Dia langgar babi? Ya Allah, kesiannya."

"Dia tengah kritikal sekarang."

Aku hanya mendiamkan diri lalu mengambil tempat duduk semula. Dalam banyak-banyak benda, binatang babi juga yang Farhan langgar. Mungkin ini juga balasan dia atas perbuatannya pada aku tapi aku turut bersimpati atas nasibnya yang sedang bertarung nyawa.

Apa-apa yang terjadi aku sudah memaafkan segala perbuatannya. Andai dia diberi peluang lagi, aku yakin yang dia akan berubah menjadi lebih baik.

"Eryna dengan Harraz baliklah dulu tak payah tunggu. Lagipun dia masih lama lagi dalam wad. Insya-Allah nanti dia bila dah sedar baru saya panggil awak Eryna untuk jumpa dengan Farhan." Faiz bersuara lagi.

"Iyalah." Aku hanya akur. Sebenarnya aku pun sudah merasa mengantuk serta letih.

Pada mulanya aku menyangka bahawa Farhan sudah meninggal dunia kerana insiden. Tapi bila tiba di hospital, aku bertanya pada Faiz dimana jenazah Farhan. Faiz mengerutkan dahinya.

"Bila masa saya cakap dia meninggal dunia?"

"Habis tadi siap ucap Innalillah tu apa? Ingatkan dia dah meninggal dunia."

"Ucapan tu bukan untuk orang yang meninggal dunia aje. Salah faham ni. Farhan hidup lagi cuma keadaan dia sekarang yang teruk." Faiz menggelengkan kepalanya.

Sesiapa pun mesti akan berfikir bahawa Farhan sudah meninggal dunia. Mengikut dari segi percakapan Faiz tadi macam Farhan memang dah tak ada. Siap nak bawak aku jumpa dengan Farhan lagi. Lepas tu aku pulak yang disalahkan sebab salah faham.

"Sayang, jomlah balik. Abang tengok sayang nampak penat sangat." Tiba-tiba aku terdengar suara Harraz bercakap denganku. Ni lagi sorang, masa tengah marahkan aku bukan main macam gorilla lapar.

Bila dah berbaik mula nak sayang-sayang balik. Percayakan sangat cakap si Eliana sewel tu. Geram aje aku tengok. Ikutkan hati nak aje lagakan kepala Harraz dengan Eliana ni. Dua-dua sama aje!

Aku menjeling Harraz tanpa berkata sepatah apa pun.

"Faiz, awak lama ke dekat sini?" Aku menyoal Faiz yang wajahnya dari tadi nampak resah.

"Saya tunggu sampai semuanya selesai."

"Iya ke, jaga diri okey. Saya balik dulu nanti apa-apa hal call saya okey?"

Faiz hanya menganggukkan kepalanya.

Aku terus mengambil beg tanganku dan berlalu pergi tanpa menghiraukan Harraz. Apabila dia sedar aku sudah berlalu barulah dia mengejarku dan mengekori.

"Nak pergi mana?" soal Harraz.

"Nak cari kafe." Aku berjalan mencari kafe berdekatan.

"Nak buat apa?"

"Nak beli air kopi."

"Sayangkan pregnant kenapa nak minum kopi? Tak elok untuk kesihatan baby." Saat Harraz berkata begitu langkahku mati. Aku berpaling kepala memandangnya yang berada dibelakangku.

"Siapa cakap yang saya nak minum? Saya bukannya pertama kali mengandung sampai tak tahu bahaya kafein untuk kandungan."

"Habis tu sayang nak belikan untuk siapa?"

"Faiz." Selepas berkata aku kembali meneruskan langkahku.

Tapi langkahku mati kembali saat melihat ada sebuah mesin yang berisi minuman itu. Alah, biasa orang panggil mesin gedegang tu. Aku mendekati mesin itu sambil menilik satu persatu air.

"Wonda premium coffee original? Yang premium coffee mocha pun ada bolehlah janji kopi. Tapi nak pilih yang mana?" Aku memegang daguku sambil berfikir.

Saat itu Harraz berdiri betul-betul bersebelahanku.

"Nak yang mana? Biar abang yang bayarkan."

"Tak payah, saya nak bagi dekat dia. Pakai duit sayalah. Buat apa pakai duit awak. Awak simpan aje duit tu pergi belanja Eliana makan. Upah dia sebab jadi penyiasat tak berbayar awak." Sempat aku menyindir Harraz.

"Sayang sudahlah. Abang minta maaf sebab terburu-buru percayakan Eliana. Abang janji lepas ni abang akan dengar cakap sayang aje. Abang akan percaya cakap sayang. Abang betul-betul rasa bersalah."

Aku hanya buat-buat tak dengar dengan pujuk rayu Harraz. Aku memasukkan duit lalu menekan butang. Air tin itupun keluar daripada mesin. Pantas aku mengambil dan segera beredar. Memang aku sejenis yang mudah memaafkan tapi kalau selalu sangat pun tak boleh jugak. Aku pun ada ego juga.

Harraz masih sabar melayan kerenahku. Sampai di wad aku nampak Faiz menyandar keletihan.

"Nah, air saya belikan."

"Bukan tadi kata nak balik?" Soal Faiz terkejut melihat aku menghulurkan air padanya.

"Saja saya yang nak belikan bagi awak segar sikit. Saya tak tahu minum apa jadi saya ambil mocha. Awak tak kesahkan?"

"Terima kasih." Faiz menyambut dari tanganku.

"Sama-sama awakkan kalau rasa lemau masa study dulu mesti akan belikan air kopi untuk minum. Jadi saya teringat sebab tu belikan untuk awak. Awak ingat tak masa awak mula-mula nak kenal dengan saya dulu awak belikan saya secawan kopi. Sejak tu kita jadi rapat kan?"

"Mestilah ingat." Faiz tertawa kecil. Nampak wajahnya seperti mengantuk.

"Okeylah, minum jangan tak minum. Saya nak balik nak tidur. Kalau rasa letih sangat awak baliklah. Bukan tak ada orang tunggu. Tu kakak Farhan tu ada." Aku merendahkan suara sambil memandang kakak Farhan yang turut ada sekali. Setahu aku Farhan dan kakaknya tinggal ditempat berlainan sejak mereka lahir lagi. Jadi mereka pun sebenarnya tak mengenali sangat antara satu sama lain.

"Tengoklah macam mana nanti." Hanya itu Faiz menjawab. Aku faham sangat kalau macam tu jawapan Faiz. Mesti dia akan tunggu sampai keputusan tentang Farhan keluar. Selagi Faiz tak berpuas hati tentang sesuatu perkara dia takkan berdiam diri.

"Ikut awaklah. Saya pergi dulu." Kali ini aku betul-betul terus pulang. Harraz juga banyak berdiam diri. Sengaja aku buat dia cemburu kerana aku banyak bercakap dengan Faiz berbanding dengan dia. Siapa suruh buat aku marah lagi. Tak jaga hati isteri langsung.

Sepanjang perjalanan hanya ditemani suara radio yang berkumandang.

"Faiz tu betul ke tak ada perasaan pada sayang?" Mendadak sekali pertanyaan Harraz. Mataku yang perlahan-lahan ingin tertutup untuk terlena terkejut kerana mendengar Harraz bertanya.

"Apa?"

"Betul ke Faiz tu tak ada perasaan dekat sayang langsung?"

"Soalan apa ni? Awak lelaki mestilah awak tahu cara menilai macam mana lelaki tu suka atau tak. Saya ni perempuan. Mana saya tahu apa-apa tentang lelaki." Selamba aku menjawab dengan mata dah nak terlelap boleh pula tanya soalan macam tu.

"Sebab abang lelakilah abang tanya soalan tu. Abang nampak yang Faiz tu macam suka sayang."

"Tanyalah dia sendiri. Tanya Eryna buat apa?" Aku malas nak melayan lalu aku memejamkan mata kembali.

"Yang paling penting sayang tu betul ke tak ada perasaan dekat Faiz."

Aku membuka mata semula lalu menjeling Harraz.

"Boleh tak jangan tanya soalan yang merepek! Kalau awak masih ragu-ragu dengan saya lepaskan ajelah saya. Saya dahlah tengah penat ni. Awakkan percayakan si Eliana tu gila-gila. Bila dah lepaskan saya bolehlah awak mula hidup baru dengan dia. Tak ada semak kepala awak fikir samada ada tak orang lain suka isteri awak."

Setelah aku berkata begitu barulah Harraz tak berani mengajukan lagi pertanyaan. Banyak betul tanya. Dia tak tahu ke yang aku masih marahkan dia. Ingat dengan dia punya kesalahan tu kecil ke? Suka-suka hati aje percaya fitnah orang sampai anak sendiri pun kena fitnah anak luar nikah. Mahu tak sakit hati aku ni.

Andaikan Cinta Itu AdaWhere stories live. Discover now