Seminggu lagi telah berlalu benar seperti yang dijangkakan. Aku dipinggirkan oleh kawan-kawan dan guru. Paling menyedihkan bila dipinggirkan oleh sahabat sendiri iaitu Maryam. Maryam pun sudah tak bertegur denganku. Cikgu pun seperti sedaya-upaya untuk tutup berkenaan kes itu kerana tak mahu mencemar nama baik sekolah lebih-lebih lagi Harraz adalah pelajar harapan.
Seperti mengotakan janjinya Farhan saja yang rapat denganku. Kemana saja aku selalu dengannya. Harraz? Dia sendiri kata ingin menjalani kehidupan biasa seperti sebelum ini.
Hari ini entah kenapa guru-guru tiba-tiba ingin menyatukan seluruh pelajar untuk melakukan sukaneka. Katanya untuk release tension.
Apabila acara sudah dibahagikan. Aku lihat senarai. Tak ada satu pun nama aku tercalon dalam apa-apa acara.
Aku bingung kenapa semua buat aku seperti tak wujud di sekolah ini?
Aku hanya duduk di diam tepi padang menyaksikan mereka bermain. Tiba-tiba Ayu lalu disebelah. Dia memandangku dari atas sampai bawah.
"Kau tahu tak sebab apa kau tak boleh ikut bermain? Kau kan lepas kena rogol. Jadi kau tak boleh main takut nanti keguguran anak dalam kandungan kau tu." Ayu tergelak sambil berkata.
Aku menjeling Ayu sambil mengetap bibir. Rasa nak tampar aje muka si Ayu ni.
Farhan berlari anak ke arahku.
"Kenapa tak ikut main sekali?" soal Farhan.
"Nama aku satu pun tak ada dalam senarai acara. Tak apalah duduk sini ajelah." Balas aku pasrah.
Farhan mencekak pinggangnya dia pandang Ayu.
Sekilas aku pandang Farhan dia kelihatan begitu kacak dengan potongan rambutnya yang baru. Sebelum ini jujur aku katakan dia tak pernah sesegak ini. Baju sukan yang mengikut potongan tubuh badannya yang tegap menjadi tumpuan gadis seusianya dan pelajar menengah bawah.
Dengar cerita banyak juga mula menaruh perasaan pada Farhan. Aku? Entahlah cuma kadang-kadang rasa berdebar juga bila dengannya. Namun aku sedar batasku dengannya. Aku adalah isteri orang. Isteri kepada lelaki yang begitu rapat mendampingi Eliana kemana-mana sahaja. Aku hanya mampu menganggap Farhan sebagai sahabat tak lebih dari itu. Lagipun aku rasa selamat bila berada di sisinya.
"Cikgu Farah!" Farhan melambai tangannya untuk mencuri tumpuan cikgu. Cikgu Farah dan pelajar lain sudah membahagikan kumpulan memandang kearah kami.
Sempat aku pandang sekilas Harraz dan Eliana bergurau senda dan main kejar-kejaran bagaikan tak ada apa yang berlaku. Mereka tak ubah bagai pasangan bercinta.
"Kenapa nama Eryna tak ada satu pun tersenarai? Kenapa dia terkecuali?" soal Farhan bingung.
"Sebab cikgu risaukan keadaan dia kalau dia terlibat dalam aktiviti lasak nanti akan bahayakan dia." ujar Cikgu Farah. Aku dah agak mesti Cikgu Farah fikir seperti apa yang Ayu katakan tadi.
Aku baru saja ingin bangun dan pergi dari situ. Tak ada guna aku duduk di situ hanya akan menyakitkan saja.
"Eryna, tunggu!" Farhan lantang menghalangku.
Pandangan pelajar lain sudah semacam padaku. Aku menelan air liur kerana ketakutan. Harraz juga memberi pandangan tajam padaku.
"Kenapa semua nak pinggirkan dia? Ingat saya tak tahu apa yang cikgu cuba maksudkan? Baiklah kalau macam tu saya pun tarik diri dari semua acara yang melibatkan saya. Saya akan duduk di sini dan temani Eryna. Dia sepatutkan diberikan sokongan dari semua orang bukannya dipinggirkan." Kelu lidah guru yang ada di situ. Mereka tak mampu nak menafikan kebenaran kata-kata Farhan tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...